Sunday, November 4, 2012

PENGUNAAN GAJET JAMES BOND DALAM MEMBONGKAR STRATEGI PARTI LAWAN

Di antara siri filem yang tidak pernah MR tidak menonton ialah siri filem James Bond 007. Minat terhadap filem ini bermula dari kecil lagi sejak lakonan Sean Connery, Roger Moore sehingga lah kepada siri yang terbaru lakonan Daniel Craig, Skyfall.
Spy Pen yang boleh merakam suara dengan jelas
Setiap filem James Bond pastinya akan ada gajet-gajet spy yang baru diperkenalkan. Cuma apa yang berlainan sedikit dengan filem terbaru James Bond, Skyfall ini ialah agen perisik 007 sudah tidak mempercayai lagi pengunaan gajet-gajet spy canggih. Cerita ini berakhir dengan agen 007 terpaksa lari dari Kota Metropolitan London dan balik ke kampung asalnya yang terpencil jauh bagi mengelak diekori musuh yang pakar canggih siber.
Spy Watch yang boleh merakam gambar
Mengikuti perkembangan semasa ‘peperangan’ politik dalaman negara juga nampaknya sudah mula menggunakan pendekatan James Bond dengan gajet-gajet spy yang terkini. Ia bermula pada tahun 1999 dengan rakaman perbualan kotor Mat Sabu dengan Norma sehinggalah rakaman video tersembunyi peguam VK Linggam “correct, correct, correct” yang dimainkan bertalu-talu oleh Pakatan Rakyat dalam media baru mereka.
Manakala yang paling kemuncak ialah rakaman kelakuan sex tak senonoh Anwar Ibrahim dengan China Doll juga di ambil melalui kamera rakaman kamera mikro yang cukup canggih sehingga jelas menampakkan wajah Anwar Ibrahim tanpa seurat benang pun.
Butang Baju berkamera
 Yang masih di dalam siasatan PKR Pulau Pinang ialah rakaman rahsia perbualan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman mengutuk Lim Guan Eng dengan kata-kata ‘corky and arrogant’ yang disiarkan di TV3 sebanyak 5 siri. Rakaman yang jelas telah memaksa Dr Mansor mengaku bahawa rakaman tersebut memang merupakan suaranya.
Kini yang terpanas dalam media sosial ialah rakaman kamera pergerakan anak Nazri Aziz dengan kereta mewah Hummer milik tauke balak Michael Chia telah diekori setiap minit oleh operatif Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dan gambar yang dirakam dengan jelas telah dimuat turunkan dalam media sosial.
Inilah petanda-petanda dunia akhir zaman di mana keburukan tidak boleh lagi disembunyikan sehingga meja dan kerusi pun boleh bercakap.

3 comments:

  1. MR.

    Itulah orang Kedah kata.Hang londeh aku.Aku londeh hang punya pula.

    Sebenarnya semua pelakon politik Malaysia ada cerita kelabu dan gelap.

    Baiknya supaya kita dapat kenal tokoh bersih PRU 13 nanti.

    Parti sudah tidak relevan lagi.
    Yg penting kita undi calon yg bersih dan mulia berjiwa rakyat.Bukan kepura-puraan macam setengah orang politi termasuklah YB-YB .menteri-menteri,exco-exco sama ada UMNO.PAS.PKR.Dap dsbnya.

    Bagus juga ada Spy ini.

    ReplyDelete
  2. Mat Teropong,
    Betul la tu. Tetapi PM sukar mencari calun yang bersih cthnya: Ketua UMNO Bahagian, mereka pandai berlakon depan rakyat konon baik dan pijak semut pun tak mati tetapi bila nama naik jadi calun pihak parti lawan mula lah kenjah dengan berbagai rakaman, gambar dan ragam yang tidak senonoh.
    Masing-masing parti simpan dulu rahasi dalam kocek tunggu penamaan calun.
    Mungkin ada baiknya cadangan untuk diumumkan nama- nama calun lebih awal supaya ada banyak masa proses penyucian jika spy parti lawan melondeh perkara-perkara yang jijik.
    FIKIR laaaa...

    ReplyDelete
  3. MR.

    pi mai pi mai tang tu jugalah.

    Pemimpin pas pun ada sknadel heboh dulu.sekarang orang terkanan.

    Pkr dgn video skandal sex.pemimpin top nya.

    Bn pun ada .skendel sex.orang terkanan Bn.tapi dia ngaku.hero siki juga.

    sebab tu kena nilai calon bukan parti.

    rakyat kena tubuh sendiri satu jawatankuasa adhoc untuk menilai calon yg diumum secara segera tanpa ambil kira parti.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.