Saturday, June 15, 2013

LAGI CERITA MELAYU TONGGEK DALAM SYARIKAT CINA - APA IMPLIKASINYA?

Sinar Harian hari ini melapurkan seorang pengarah urusan syarikat Teknologi Maklumat (IT) dan kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh pengarah eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat TV transit digital, Asia Media Group Bhd, Datuk Ricky Wong Shee Kai pada Mei lepas (lihat Sinar Harian).
Umum, khasnya komuniti perniagaan mengetahui bahawa Asia Media Group adalah sebuah syarikat Cina yang melantik seorang Ketua Bahagian UMNO sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif nya. Umum juga mengetahui perlantikan itu hanya lah sebagai boneka untuk mendapatkan lesen dan projek Kerajaan. 
Apabila berlaku kes seperti di atas ianya bukan setakat tempias kepada pengerusi Melayu nya sahaja tetapi juga kepada keseluruhan imej bangsa Melayu itu sendiri. 
"Eh.? You tak tau ke syarikat ini bukan kah Si Fulan bin Si Fulan sebagai Chairman nya?" tanya seorang sahabat Melayu semasa minum pagi tadi sambil membalikkan akhbar Sinar Harian pada saya.
Inilah akibatnya jika ada Melayu UMNO yang sekadar tangkap muat ingin duduk dalam syarikat Cina yang entah dari mana sejarah syarikat nya bermula. Kerana ada syarikat Cina yang bermula dengan hasil wang tauke along dan wang haram. Apabila melantik Melayu UMNO dalam syarikat mereka secara atomatik mereka dapat membersihkan punca datang wang mereka. 
UMNO harus membasuh pemimpin-pemimpin mereka yang ‘tonggek’ kepada Cina dahulu baru mereka layak untuk bercakap tentang perjuangan Melayu. 
Jika tidak mereka seharusnya menyokong sahaja cadangan Parti Gerakan untuk dijadikan 1BN dan kuburkan sahaja UMNO.

7 comments:

  1. Bro, pendedahan yg minimum.

    Pengerusi non executive adalah 'patung' yg dibeli utk perhiasan.

    Semua, diulang - semua, SEMUA KETUA BAHAGIAN umno seluruh malaysia dilantik sekurang kurangnya non executive board director pd sykt2 cina - Ada juga yg dilantik dari kalangan timbalan ketua bahagian, setiausaha, bendahari, ketua penerangan Dan ajk.

    Umno $udah diluar kawalan.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin UMNO atasan akan mampus tanpa Cina yang berada dibelakang.
    Yang jadi kuda kayu ialah Melayu dikampung-kampung.
    Melayu kampung dapatlah kuah dantulang.
    isi daging pejal Cina khaskan untuk pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tak ada la saya nak beli barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Cina lagi. Kita beli barang buatan bumiputera aje.


    Maklumatnya ada di sini : https://www.facebook.com/BoikotBaranganCina

    ReplyDelete
  4. Janganlah kita boikot barangan Cina.Kesian laa pada pembesar Melayu UMNO yang hidup bawah ketiak Cina.
    Sokonglah barangan Cina.

    ReplyDelete
  5. Perkara ni dh lama berlaku.Melayu yg kemaruk dunia akn laku kn apa saja asal kn mendapat imbuhan.Dn kebanyakan dr mereka ada lh pemimpin2 UMNO.

    ReplyDelete
  6. Macamana Cina tak kaya .
    Macam di Kedah.
    Toke balak siapa dia.
    Siapa yang sedekah hasil balak itu.
    Bukan orang kampung.MB lah kot.

    Toke lombong pasir siapa dia.
    Siapa bagi.
    Tak orang kampung kot.

    ReplyDelete
  7. Out off topic. Hanya sebagai renungan.
    Kami berempat sekarang berada di Switzerland. Melihat alam semula jadi dengan kecanggihan dan kemajuan nya dan masing2 nya kami berkata - this should be Malaysia but alas .... God willing it can happen.

    Dan kami semua adalah rakyat Singapura.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.