MR kerap mengikuti posting-posting beberapa sahabat akar umbi di FB khasnya bukan orang politik tetapi memerhati situasi politik semasa dari kacamata mereka sendiri.
Di bawah dipetik dari FB saudara Ramli Rahman bekas seorang pendidik cemerlang.
"Tidak lama lagi Perhimpunan Agong UMNO akan berlansung. Pemilihan pucuk pimpinan juga akan berlaku. Bagaimana pun, tidak ada gunanya kalau pemimpin dan ahli2 UMNO berucap berdegar2 jika masih tidak mampu mengubah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap UMNO.
Keputusan untuk menukar pucuk pimpinan atau bertindak untuk mengubah sikap, tidak akan berjaya jika masih terdapat segelintir pemimpin yang membawa liabiliti.
Pilihlah yang "berani" bertindak bukan yang mencari populariti. Masih saya ingat "A ship at the habour is safe, but that's not what ship are built for"."
Berubah lah hari ini untuk 2018 sebelum UMNO diubah.
Berubah lah hari ini untuk 2018 sebelum UMNO diubah.
Nak pilih yang berani? Soalnya bukan itu kerana pucuk pimpinan tiada wawasan jelas untuk mengubah jati diri orang Melayu. Pertamanya setelah perginya Tun Abdul Razak tiada lagi pengganti yang mempunyai idea untuk mengubah minda atau jati diri Melayu ke arah yang beryakinan diri, luas pandangan, berketrampilan moden dan beretika dan mempunyai skil hidup yang kukuh. Pemimpin yang ada selepas TAR adalah pemimpin yang cekap mempermainkan rasa tidak selamat orang Melayu dan disebalik itu meneruskan kuasanya dan mengamalkan program keramat dan sakti iaitu menjarah kekayaan negara dan menggekalkan majoriti orang Melayu dalam kategori Melayu miskin bandar dan miskin desa. Dan seterusnya memutarkan secara berterusan yang orang Melayu sentiasa miskin lalu mesti ada program memperkasakan Melayu/bumiputra tetapi sembunyi hakikat yang pemimpin UMNO atau kroninya terus kaya raya. Di bidang pendidikan
ReplyDeletegraduan Melayu/Bumi terus dihasilkan tapi tiada bermutu atau kualiti walaupun dah 56 tahun merdeka.
MR, pandangan Sdra Ramli Rahman mesti dianggap penting & diberi pandangan berat. Sementelah beliau bkn sembarangan org tetapi bekas guru cemerlang. Saya amat setuju dgn pandangan beliau. Malangnya atas bab barisan yg kredibel ini, bukan saja ahli umno akar umbi tetapi pimpinan tertinggi pun alpa. Utk makluman MR, lima pemimpin tertinggi (presiden, timbalan, 3 naib presiden) sudah berbincang sesama mereka & memutuskan utk mengekalkan diri masing2. 3 naib presiden sudah menyelaraskan jentera masing2 & sudah mula berkempen scara rakit (walaupun bertentangan dgn etika pemilihan umno). Ini la contoh pemimpin memandang enteng hasrat akar umbi & pengundi. cakap tak serupa bikin, MR!
ReplyDelete