Tuesday, September 3, 2013

KERAJAAN TAIK MINYAK

Sebelum pilihanraya rakyat dijamu gula-gula sehingga ada yang air kencingnya dihurung semut kerana kemanisan. Hampir setiap bulan dan minggu dalam lawatan PM ke seluruh pelusuk Negara PM akan mengumumkan berbagai-bagai habuan, Br1M Satu, Br1M dua, Br1M tiga, bantuan baucher buku, bantuan orang bujang, bantuan pelajar dan berbagai lagi. 
Rakyat bertepuk sorak seronok mendapat wang tunai. Sejarah tidak ada PM yang memberi wang tunai kepada mereka hanyalah Najib anak Tun Razak. 
Rakyat melihat ekonomi negara ini sungguh makmur wang ditabur seperti daun-daun getah kering yang berterbangan jatuh ke riba. Rupa-rupanya awan tidak selalu cerah dan panas tidak sampai ke petang. 
Sebelum pilihanraya minda rakyat dibasuh dengan belanjawan kasih sayang selepas pilihanraya kasih sayang terbang. 
Semalam nada cakap PM pun sudah berubah sama sekali di mana beliau meminta rakyat faham bahawa kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter rupa-rupanya bukan soal politik sebaliknya soal masa depan negara dan beliau risau kalau ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. 
“Pulak dahhhhh” keluh hamba rakyat di parlimen kedai kopi dan nasi kandar pagi tadi. 
Hari ini rakyat seperti gajah naik minyak, sebelum pilihanraya rakyat ditatang seperti minyak yang penuh bila harga petrol dan diesel naik rakyat mula menyumpah inilah kerajaan taik minyak.

13 comments:

  1. Ron95 original price RM2.79
    Ron97 original price RM2.70

    Najib ... kalau nak tipu rakyat pon sekurang-kurangnya biarlah bijak.

    Kalau nak tipu pon tak bijak... macam mana nak mengurus ekonomi negara?

    ReplyDelete
  2. Lama pembangkang tak ada isu hentam kerajaan.......kali ini Najib bagi lah chance untuk depa kumpul kekuatan berdemonstrasi! Kita tunggu dan lihatlah!

    ReplyDelete
  3. MR.

    Jangan lupa.
    BN Menang Kedah Senang.
    Janji Di Tepati.

    Itulah sebuah Kabinet Cincai yang lemah.
    Itulah Barisan MT UMNO yang lemah dan tidak ada kualiti.

    ReplyDelete
  4. Assalam Bro

    Masalahnya yg buat ekonomi kita nak menjunam bukan kat Najib dan para pemandu hantu dia... macam dia buat NKRAlah entah apa segalanya yg rakyat kat kg tak tahu apa.. Itu semua perlukan duit sebab pakai con SETAN... Kalau dia gunakan kepakaran kakitangan kerajaan sudah tentu tak perlukan perbelanjaan yang banyak... sekarang bila cash flow kerajaan dah tenat dia kenakan balik pada rakyat... Oklah dah dinaikan harga minyak... BR!M pun dai naikan... Abis kami yang tak layak terima apa2 siap kena bayar cukai lagi... Ini semua kerja punasihat sewel yang ada kat keliling dia... Hampas

    ReplyDelete
  5. Memang yea..pemimpin2 yang kaya giler tak terjejas..kita orang biasa yang ditindas..
    Betul cakap pembangkang.

    PM dan kuncu2 pakai duit negara macam tak berabis2..lepas tu dihalakan pada rakyat suruh tanggung beban.

    ReplyDelete
  6. Jangan marah sangat mummy....belanjawan nanti BRIM dinaikkan....sejuklah semua hati rakyat...

    ReplyDelete
  7. YANG BISING2 MINYAK NAIK....
    SURUH DORANG DOK THAILAND KE SINGAPORE 3 BULAN ...
    AMACAM...
    TAK PUN INDONESIA SANA...
    APA NIKMAT YG DORANG DAPAT KAT MALAYSIA NIE...

    ReplyDelete
  8. Tipu helah UMNO sebelum PUke-13 hanya dimakan oleh golongan Melayu daif/bangan mungkin ramai dari kalangan Felda, penduduk kampung yang masih minda mereka dibonsaikan dan juga ahli UMNO yang tak selalu cerdik. Semua yang cerdik sedar yang Najib akan tarik balik apa yang telah disumbatkan melalui BRIM/BROOM ke cuma waktu saja yang dikuatkuasakan dirahasiakan sehingga minit terakhir. Tulah dulu suruh pilih PR bangan ni kena jerut pula, tak sdar diri lagi, Ketuanan Melayu sangat bangan dari segi urustadbir negara atau ekonomi untuk kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Sebahagian besar rakyat Malaysia masih bangan dan selalu ditipu oleh UMNO pun tambil pot.

    ReplyDelete
  9. Berilah lagi banyak2 bantuan kepada sekolah2 china. Akhirnya kami orang2 melayu yang memberi banyak undi pada BN yang menanggung bahana nya. 20 sen seliter berlipat kali ganda dari BRIM yg diberi kepada rakyat.. Najib pasti sedang menghitong hari2 kejatuhannya sebagai PM...

    ReplyDelete
  10. mummy...lama dah tak baca blog mummy.mummy sihat?apa2 pun semoga mata hati mummy dibuka oleh Allah untuk melihat kebenaran. btw mummy...we've told you so....

    ReplyDelete
  11. Nak kiamat dah !!!
    nak kiamat dah !!!
    ceh.. minyak naik rupanya..
    ingat nk kiamat.
    hahahaha.

    ReplyDelete
  12. Orang atas tu kata dia tak terima apa2, tapi kena bayar cukai lagi..maknanya gajinya riban2 berganda2 dari yg terpaksa-rela terima BRIM. wakakaka.

    Ada ke yang gaji RM3000 kena bayar tax?

    kalau malas bayar tax, join bidang pertanian lah. lansung tak kena tax

    ReplyDelete
  13. mummy..whatever you say..at last your vote goes to BN too

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.