Friday, September 6, 2013

PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI JANGAN MENYAMAKAN 'PEMANDU' SEPERTI PEMANDU BAS YANG TERJUN GAUNG.

Di bawah MR siarkan kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang dipetik dari portal Free Malaysia Today di mana beliau mencadangkan supaya Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Najib ditutup. 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, menggajikan pegawai, pakar dan penasihat untuk bekerja secara kontrak sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan adalah satu pembaziran wang rakyat. 
Katanya, ia sebagai satu langkah yang adil bagi kerajaan mengatasi masalah defisit negara tanpa perlu membebankan rakyat yang terpaksa menanggung pengurangan subsidi petrol dan diesel. 
“Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tak ada pakai Pemandu pun, Unit Perancang Ekonomi yang ada sekarang dah cukup,” katanya.
Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkan cadangan tersebut kerana percaya EPU dan agensi kerajaan lain mampu menjalankan fungsi yang sama seperti Pemandu tanpa melibatkan kos yang banyak. 
Manakala ramai pakar dan penasihat tempatan perlu diberi kepercayaan menerajuinya  berbanding mengambil tenaga pakar daripada luar negara yang diberikan gaji berpuluh ribu
Ibrahim juga berkata, Perdana Menteri perlu bijak mengemukakan langkah alternatif sekiranya benar-benar mahu mengurangkan kadar defisit negara dan bukan hanya mengurangkan kadar subsidi minyak semata-mata. 
Langkah itu termasuk memotong gaji menteri, pegawai kakitangan awam berpangkat tinggi berpangkat Jawatan Gred Utama Sektor Awam (Jusa) termasuk ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara lima sehingga 10% selain mengurangkan perbelanjaan penganjuran majlis rasmi.
Menurut Ibrahim rakyat akan merasa lega jika mereka melihat gaji menteri dipotong 5-10% dan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan defisit negara. 
Pemandu ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian program transformasi kerajaan selain menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. 
Pengerusinya adalah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon manakala jawatan Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. 
Bagi rakyat istilah PEMANDU amat mengerikan semenjak duamenjak ini kerana banyak kejadian kemalangan yang melibatkan ramai nyawa berpunca dari pemandu yang gelojoh khasnya pemandu bas yang sentiasa terbabas sehingga terjun gaung baru-baru ini. 
Tidak salah lah jika rakyat menyamakan PEMANDU yang dipandu Idris Jala seperti memandu bas yang sedang menghala untuk terjun gaung.

2 comments:

  1. Tim Pemandu bukannya datang dari orang UMNO, patutlah Perkasa cemburu. Zaman Madey dulu pakai EPU tapi tidak juga dapat memberi manfaat pada rakyat majoriti, kroni Madey yang menikmati program pembanguan rakyat dan jurang atau kesenjangan pendapatan masih tinggi antara rakyat majoriti dan elit UMNO. Pada zaman Madeylah ketirisan besar berlaku misalnya habis RM 52 bilion yang diperuntukkan untuk bumiputra habis lesap dan jumlah ini adalah kecil berbanding dengan gaji RM300 juta yang diperolehi oleh tim Pemandu. Banyak lagi cerita/skandal kewangan berlaku di zaman EPU mentadbir urusan sosio-ekonomi negara dan kesannya terjadi defisit negara, beban hutang kerajaan meningkat, inflasi dan yang paling best sekal rakyat kelas menengah sulit nak beli rumah.

    ReplyDelete
  2. Mummy Rock

    Hamba cukup meluat Dgn loktot koh su kun tu.Dh lah kalah d Batu Kawan n jambtan baru pun runtuh n ragout nyawa baru2 ni.Muka tak Malu sungguh bekas KM pP ni.

    Wawa

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.