Monday, September 2, 2013

PANTUN SENDALOKA CIK GU MAN PENDEK KINI BENAR-BENAR TERJADI

MR tertarik dengan pembahas En Ismail Yaakob @ Cik Gu Man Pendek dari Langkawi di dalam perhimpunan agung UMNO 2009. Di dalam pantun selokanya beliau pernah menasihat Najib yang bakal mengambil alih jawatan PM supaya tidak terlalu mendengar penasihat sekeliling dan banyak mendengar suara akar umbi. 
“Kepada Datuk Najib bakal perdana menteri, dalam sebuah kapal seorang sahaja jurumudi, jangan selalu dengar penasihat kanan atau pun kiri, kena ambil kira kehendak akar umbi”  
Sebaliknya apa yang terjadi hari ini ternyata ada kebenaran seperti di dalam isi pantun beliau. 
Mungkin pemimpin atasan menganggap seloka pantun rakyat di bawah hanyalah bahan penglipur lara untuk sendaloka semata-mata. 
Terima kasih Cik Gu Man.

2 comments:

  1. Saya nak tanya Mummy Rokiah. Ada segala teguran, sindiran, henjutan terhadap PM Najib sampai terus kepada beliau. Kalau sampai apakah reaksi dan tindakan beliau yg nyata yg layak diucapakan terima kasih kepadanya. Kalau tidak sampai, mengapa? Dimana tersangkutnya? Adakah tersangkut dikalangan penasihatnya atau isterunya sendiri? Saya pernah berkata didalam beberapa blog, PM najib sudah terhantok tapi tidak terngadah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. nasihat kepada Najib umpama menjirus air ke daun keladi. Tak terkesan, tak berbekas. Manusia jenis apakah yang seakan mati emosi seperti Najib? Tak logik juga kalau dia tak punya masa untuk sesekali menyelak blog pro kerajaan yang kini lantang mengkritiknya, kecualilah kalau semua berita yang nak dipersembahkan kepada Najib telah melalui tapisan division khas di PMO..

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.