Monday, September 9, 2013

SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID DITOMBAK LEMBING GERGASI

https://www.facebook.com/asamadsaid
Tiga menteri kuasa jati-- mencemuh, 
menggertak, memperli. 
Senjata tuan lembing gergasi, 
badik patik hanya puisi. 
(Dipetik dari FB A.Samad Said 9/9/13)
Puisi pendek di atas dipetik dari Facebook Sasterawan Negara A.Samad Said. Bait-bait puisinya dapat ditafsirkan ia lahir dari qalbu yang luka dan berdarah kerana ditombak oleh tiga orang Pak Menteri. Pak Samad terasa dihina dengan cemuhan.
Sebagai penghormatan (kerana pernah mentelaah Sungai Mengalir Lesu sebagai teks sastera) kepada Pak Samad di bawah MR nukilkan sebuah puisi yang berjodol "MEMBADIK PUISI". 
Puisi ini dapat diistilahkan dalam kategori puisi jalanan kerana bukan datang dari seorang sasterawan.

MEMBADIK PUISI .
Dibadiknya puisi kerana terasa disindir
Pedih luka ditombak lembing gergasi
Sasterawan agung bukannya pandir
Mungkin sunyi tetapi tidak tergelincir
Mencacak panji purba 
"Sang Saka Malaya".

Membadik puisi di malam Merdeka 
Terkera-kera terkinja-kinja 
Ditengah-tengah pucuk muda 
Yang sedang meraba-raba 
Sejarah Merdeka 
Merdeka! Merdeka, Merdeka! 

Mamirokiah, 
Cyberjaya 9/9/2013

14 comments:

  1. apa gunanya Allah beri kekuatan dan akal untuk berfikir jika ia disalahgunakan untuk jalan yg salah...Jika dahulu yg tua dijadikan contoh tetapi kini yg tua banyak menimbulkan bala ....Pak samad eloklah buat sesuatu yg berfaedah sebagai tauladan tetapi bukan mengharu-birukan negara. lLakukanlah perkara2 yg baik supaya menjadi kebanggaan anak2 pak samad dan kami jenerasi baru sebelum anda menutup mata

    ReplyDelete
  2. Pemimpin UMNO memang buta perut terhadap Pak Samad malah pada siapa saja yang cuba membuka atau menggisahkan fakta sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Fakta sejarah banyak yang tak betul tapi hakikat sebenar telah di'suppress' oleh pemimpin UMNO namun anak muda telah mendapat kisah sebenar dari Internet, misalnya kisah Jalur Temberang/Jalur Gemiang adalah satu ciplakan dari bendera AS dibandingkan dengan motif yang ada pada bendera Singapura, Brunei, Indonesia malahan bendera UMNO sendiri kerana ada warna merah/putih, kedua lagu negaraku bukan ciptaan rakyat Malaya tetapi adalah diambil dari lagu Terang Bulan/Memula ciptaan orang Peranchis(kalu tak percaya cari pada Lebai Google, tekan carian 'Terang Bulan'), ketiga negara merdeka bukan kerana perjuangan orang UMNO kerana tiada seorang pemimpin UMNO yang disumbat ke jel, disiksa atau ditembak mati oleh penjajah; Penjajah British yang memberi setelah Malayan Union ditolak dan Tungku sibuk ke hulu hilir London membuat kerja kertas. Yang memperjuang Kemerdekaan dan ramai mati dek peluru British adalah antaranya golongan kiri PUTERA-AMCJA.Pak Samad sedar akan hal itu dan beliau cuba menerangkannya melalui wadah puitisnya.UMNO tak berkenan langsung lalu mempersendakan integriti Pak Samad. Pak Samad tak bodek UMNO itulah sebabnya dia dihina oleh UMNO. Berapa lama UMNO boleh tekan hakikat mengenai siapa pejuang kemerdekaan sebenar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si bangang mana yang komen ni? Cuba check fakta, bendera AS tu pula tiru bendera siapa?

      Takkan kena mati dulu baru namanya 'memperjuangkan kemerdekaan'? Sejarah UMNO tak nafikan pun peranan Burhanuddin Helmi, Boestamam, Ishak Haji Muhammad dll. Yang ditolak adalah pejuang-pejuang yang berkiblatkan Komunis China; yang tujuannya nak menarik Tanah Melayu keluar dari mulut orang Putih untuk disumbat ke mulut Komunis China.

      Pak Samad? Setakat mana kau kenal attention seeker ni? Dulu dpt royalti lebih seratus ribu dari DBP pun masih kalut dengan mogok seninya...

      Delete
    2. Masalah mamat diatas ialah bila mana mengkaji sejarah dgn hanya bergurukan lebai google. Dia ingat lebai google tu mahsum ka...So tak payah la jadi merak kalau ilmu tu setakat tau sikit2 ja. Belajarlah dgn pakar sejarah yang masih hidup untuk mendapat pencerahan ilmu..

      Delete
    3. Dalam jalur Gemilang ada bulan dan bintang melambangkan Islam Ugama rasmi, kuning adalah kedaulatan raja-raja, biru adalah perpaduan. nak wujudkan bintang dan jalur macam bendera yahudi-kah? hahaha.

      Pembangang eh pembangkang cuma nk kelirukan rakyat jelata. Nak bagi rakyat lupakan perjuangan Tunku dan angkatannya pergi ke London untuk tuntut kemerdekaan. Cara Tunku berjaya. Kita merdeka tanpa pertumpahan darah seperti di Indonesia.

      Pak samad dah lama makan duit royalti kan?

      Ada pepatah.. 'kalau nk hapuskan sesuatu bangsa, ubahlah sejarahnya'. Sebab tu pembangang eh pembangkang cuba nk kelirukan sejarah kita, agar Melayu akan lupa jatidiri.

      ~Nik Aziz

      Delete
    4. bangang punye komen.ada ke cari sejarah dalam google.

      Delete
  3. ada baiknya pak samad dok di rumah,
    jaga cucu lagi baik,
    dari dok layan hal2 dunia,
    baik pak isi masa dengan ibadat.

    ReplyDelete
  4. Putera Gunung Jerai.September 9, 2013 at 5:07 PM

    MR.
    Pak Samad salah masuk lorong.
    Pak Samad sudah jadi kuda tua dan tunggangan.
    Pak Samad patutnya tulis puisi banyak-banyak dan kritik melalui puisinya.
    Pak Samad ingat semua dia buat betul .
    Pak Samad lupa kata negara ada peraturan
    Pak Samad buat silap untuk dirinya
    Pak Samad kembali pada asal perjuangan Pak Samd.
    Pak Samad tak perlu merapu
    Pak Samad betul niatnya
    Pak Samad silap masuk kandang.
    Malang bagi Pak Samad.
    Puisi Pak Samad penuh emosi.

    Pak Samad pilihlah lorong yang betul
    Tak perlu bodek UMNO pun.
    Luahlah rasa hati Pak Samad.
    Bodek UMNO pun Pak Samad rugi
    Bodek PKR/PAS/DAP pun Pak Samad rugi

    Ingatlah Pak Samad
    Orang politik selalu menangguk diair keruh
    Pak Samad saja yang tak pandai menangguk dimana-mana warna air.

    Sudah lah Pak Samad.
    Binalah puisi Pak Samad sebanyak mungkin
    Bisa puisi Pak Samad masih ada.

    Ingat
    Pak Samad
    Banyak lorong bahaya hari ini.

    ReplyDelete
  5. Di Perak ada SMK Ahmad Boestamam

    dalam buku sejarah di sekolah juga dicatat pejuang yg berhaluan kiri seperti Burhanudin al-Helmi, Ishak Hj Muhamad, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam.

    Ketika wujud Malayan Union, golongan Melayu berhaluan kiri yg menyokong MU juga ditulis. Tulisan dan ulasan dalam buku sejarah di sekolah tidak menggambarkan mereka sebagai penderhaka sekali pun mereka berfahaman tidak mahukan raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  6. AnonymousSeptember 9, 2013 at 1:13 PM...anda buta sejarah...anda tidak cerdik..berhujahlah berdasarkan fakta dan bukannya emosi ataupun politik murahan...asalkan salah itulah UMNO....asalkan ditindas itu pembangkang...apa cerita sang saka Malays...sabah dan sarawak nak tak kat mana...guna kepala otak ...jangan guna kepala butoh bila berhujah...kisah sebenar kemerdekaan Negara tidak tercatat dalam internet...kerana internet wujud selepas merdeka...jangan jadi bangang...bukan semua dalam internet itu betul@benar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.

      "Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.

      Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.

      Mengimbau sejarah kemerdekaan negara, lelaki 81 tahun itu berkata, rakyat harus sedar pejuang-pejuang seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy bersungguh-sungguh mahu memerdekakan tanah air dari jajahan British.

      "Kita harus hormat orang-orang itu. Mereka telah memberikan nyawanya. Kita harus hormat kerana merekalah mempercepatkan kemerdekaan tanah air," katanya.

      Mengulas mengenai dakwaan bahawa bendera Sang Saka yang mewakili parti Komunis, Pak Samad berkata, Sang Saka mewakili semangat dan perjuangan pihak yang turut berjuang memerdekaan negara, sebelum ada pihak yang 'menikmati kemerdekaan', sambil menyifatkan orang yang tidak menghormati bendera Sang Saka sebagai buta sejarah.

      "Itu bagi saya ikut sedap mulut sahaja. Orang yang tak tahu sejarah memang buta sejarah, memang begitu sikapnya. Takkan bendera (Sang Saka) itu timbul begitu sahaja. Tentu ia mewakili satu semangat, perjuangan, pengorbanan, bendera itu simbolik kepada perjuanagan.

      "Cuba buktikan bendera itu adalah songsang, negatif, tidak. Dia adalah wakil kepada semangat perjuangan. Walaupun tempatnya sekarang tak sepenting Jalur Gemilang tapi jalur gemilang harus hormat, harus faham bahawa dengan ada Sang Saka ia berkembang menjadi Jalur Gemilang dan kita tidak harus ikut suka-sukaan mengata atau mencemuh.

      "Saya fikir orang yang menikmati kemerdekaan yang mencipta Jalur Gemilang. orang yang berjuang untuk kemerdekaan mencipta Sang Saka. Banyak latar sejarahnya yang barangkali kita tidak tahu," jelasnya panjang lebar sebelum menghirup secangkir kopi panas yang dipesan.

      Delete
  7. si jenglot ni dulu mogok sbb tak cukup royalti.
    bersih tak jalan..menyibuk plak dgn bendera. ada ke dia baca sejarah dulu..berpuluh bendera tanah melayu diwujudkan oleh organisasi/parti sama ada yg popular dan jugak kumpulan kecil.dgn tujuan yg sama.mendaulatkan negara. akhirnya bendera skrg yg rasmi menyatukan. otak jenglot betul.

    ReplyDelete
  8. Kalau ke Jakarta jangan lupa singgah ke Rumah Makan Mbok Berek.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.