Wednesday, June 4, 2014

SURAT TUNJUK SEBAB UMNO HANYALAH BERSAMAAN KERTAS BALUT KETUL BELACAN

Yammy Sammat ibu kepada Ratu DAP Dyana Sofya telah diberi surat tunjuk sebab oleh SU Agung UMNO, Tengku Adnan bagi menjawab mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berikutan tindakannya berkempen bersama anaknya dalam PRK Teluk Intan baru-baru ini.
Menurut Yammy, tindakannya itu tidak salah kerana beliau hanya mengiringi Dyana dan bukannya berceramah di atas pentas untuk memburuk-burukkan Umno dan Barisan Nasional (BN). 
Menurut Yammy lagi beliau tidak salah kerana sebagai seorang ibu yang ingin menjaga keselamatan seorang anak beliau bertanggung jawab mengiringi anaknya ketika berkempen. 
Bercakap tentang surat tunjuk sebab di dalam UMNO ini ia tidak ubah persamaannya seperti kertas balut ketul belacan. Tidak ada nilai dan keharumannya.
Sewaktu pilihanraya umum yang ke 13 dahulu entah berapa ramai kaki sabotaj calun-calun UMNO yang terang-terangan mengangkat sepanduk menentang calun-calun yang bukan selera mereka. 
Di Kedah, calun-calun BN/UMNO pilihan Mukhriz dihamun dan disabotaj malah ada unsur ugut mengugut untuk menutup bilik gerakan dan bermacam-macam kerenah lagi. Malah ada tawar menawar inginkan habuan jawatan Senator bila tidak dipilih sebagai calun. Begitu juga di Selangor dan Terangganu. 
Yang terbaru bekas MB Terangganu telah pun menghantar surat keluar parti dan mengistihar sebagai wakil rakyat bebas. Mana surat tunjuk sebabnya? 
Konklusinya surat tunjuk sebab UMNO hanyalah bersamaan dengan kertas balut ketul belacan. Tidak ada nilai dan keharumannya.

5 comments:

  1. Jarum mummy jangan tak jarum - itu kan kerja mummy...

    ReplyDelete
  2. Elok la tu. Nilai Mummy diukur dengan kertas balut belacan. lagi elok kalau tulis tangan atas kertas buku latihan budak sekolah, lepas tu koyak tepi.

    ReplyDelete
  3. Tahun 2008, Mamakutty kempen untuk pembangkang , tak diambil tindakan pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah balasan UMNO pada insan yang ikhlas dalam perjuangan. Moga Yammy Sammat terus bahagia dan ceria selalu.

      Delete
  4. tgh confuse ni....gambar atas tu surat Perletakan Jawatan Dato Ahmad Said, bekas MB Terengganu.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.