MB
Pahang melenting naik gila memarahi Utusan Malaysia kerana ditegur Utusan
akibat dari pembangunan Cameron Highland yang mengila
Inilah
kisahnya apabila Menteri Besar merasakan dirinya terlalu besar.
Di
bawah artikel Zulkifli Bakar, Utusan Malaysia.
ADALAH sesuatu melucukan apabila istilah ‘ditawan’ yang digunakan
oleh Mingguan Malaysia berhubung kebanjiran warga asing khususnya warga
Bangladesh di Cameron Highlands menjadi perdebatan kelompok yang cuba muncul
sebagai ‘pembela’ kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ramai
yang memberi reaksi termasuklah menuduh Utusan Malaysia sendiri tidak boleh
dikritik apabila akhbar ini bertindak menegur sikap Adnan, tetapi lebih aneh
bukan isu yang diketengahkan menjadi perdebatan tetapi soal istilah.
Bagaimanapun
biarlah mereka terus keliru dengan istilah tersebut, kita tidak harus membuang
masa untuk memberi penjelasan, apa yang lebih penting ialah persoalan pokok
mengenai nasib Cameron Highlands.
Masalah
yang berlaku bukan soal istilah tetapi soal pokok iaitu kebanjiran warga asing
yang melimpah ruah di tanah tinggi itu atas alasan ia diperlukan oleh sektor
pertanian? Kenapakah tidak bercakap soal kemusnahan alam sekitar yang melanda
Cameron Highlands?
Kalau
betul sayang sangat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa yakin
kewibawaan Menteri Besar Pahang maka kemukakan cadangan bagaimana hendak
menangani masalah yang berlaku dan bukannya seolah-olah kembali ‘menyerang’
media.
Kelompok
ini perlu faham Cameron Highlands bukanlah satu-satunya kawasan yang menjadi
mangsa kerakusan manusia meneroka tanah secara haram, ada beberapa lagi
kawasan di negeri itu turut terlibat. Perkara ini seharusnya mendapat perhatian
dan diselesaikan segera.
Malang
sekali bagi negeri Pahang kerana mempunyai segelintir pemimpin yang masih lagi
mengamalkan sindrom penafian dan lebih suka bercakap soal remeh temeh sedangkan
isu utama mahu dipejamkan mata sahaja. Oleh itu adalah lebih baik mereka mereka
memberi tumpuan kepada 22 isu dan syor yang dikemukakan serta dibentangkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu Cameron Highlands
daripada menghabiskan masa mempertahankan perkara lain. Jadilah ‘pembela’ yang
memastikan kerajaan negeri memandangkan serius dan melaksanakan semua syor
SPRM itu.
Seperkara
lagi, dalam keghairahan menjadi ‘pembela tidak bertempat’, ada yang mengaitkan
Utusan Malaysia membawa suara pembangkang apabila mengkritik Adnan, tetapi
apakah seorang pemimpin UMNO berhak menghina Utusan Malaysia dengan menuduh
akhbar ini mencari berita sensasi bagi melariskan jualan akhbar?
Apakah
kenyataan itu tidak boleh dikategorikan sebagai emosional? Apakah emosional itu
hanya dibenarkan apabila seseorang pemimpin tersebut menunjukkan isyarat lucah
di hadapan orang ramai seperti mana berlaku dalam pilihan raya kecil Sanggang
tidak lama dahulu?
Utusan
Malaysia tidak kisah dikritik kerana sepanjang masa menjadi mangsa kritikan
bukan sahaja oleh pemimpin pembangkang tetapi juga pemimpin kerajaan tetapi
biarlah ia berasaskan kepada fakta yang dibentangkan.
Sepatutnya
yang perlu ditumpu dan diberi perhatian ialah mengenai sesuatu kejadian yang
didedahkan bukannya soal istilah yang digunakan apatah lagi kalau ia dalam
kategori metafora. Justeru kalaupun hendak menjadi ‘pembela’ sekali pun
fahamilah dahulu isu yang diketengahkan dan betapa serius masalah yang
dipaparkan.
Kenapakah
pendedahan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia sebelum ini seperti
penyelewengan diesel bersubsidi, jenayah di Kuala Sepetang, kegiatan mesin
judi haram dan penyeludupan rokok dan arak tidak dilayan secara emosional oleh
menteri, menteri besar, ketua menteri atau pegawai kanan yang terlibat?
Kenapakah apabila menyentuh sahaja isu di Pahang ia dianggap usaha untuk
memburuk-burukkan Adnan?
Pendedahan
yang dibuat bertujuan mencari penyelesaian bukannya mahu menjatuhkan sesiapa,
tetapi biasalah penyokong orang politik tidak akan selesa jika idola mereka
dikritik kerana bimbang ‘dahan yang dipaut’ akan patah, biarpun dahan itu
sepatutnya sudah lama ditebang.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan mummy jarum. Apa MB Pahang ni dari jenis yang "maksom" dan tidak pernah melakukan "khilaf" ?. Tak perlu lah nak merasa sombong dan bongkak kerana berjawatan Menteri Besar (yang tak besar mana pun dimata Tuhan) sehingga tak mampu untuk menerima kritikan yang besertakan fakta dan bukan nya auta. Buat Utusan saya ucapkan SYABAS dan teruskan perjuangan dan pembongkaran anda tanpa mengira status mereka yang terlibat.
ReplyDeletesusah bila ade dikalangan melayu yg berfikir menggunakan kepala lutut... terutama kalau brtaraf ketua. juak2 yg menyokong tu .. faham2 ajelah... bila rebah kelibat pun tak nampak.
ReplyDeleteAku pun dah lama menyampah dgn mamat yang bongkak Ni. Ape Hal le PM dok simpan dia Ni tak tahu la..
ReplyDeleteAku pun dah lama menyampah dgn PM hangpa.. Apa hal la hangpa dok simpan PM yang bodo tu lama-lama sangat.. Patutnya dah lama dah hangpa teqajang dia tuqun dari kerusi PM tu...buat qosak melayu saja...
DeleteMR, Aswandi Hashim mengamuk buang orang lagi di BDB... Dia claim kata 2nd top lawyer buruh di asia.... oh my god.... hahahaha penjawat awam ni asyik kena kencing dengan puak2 cari makan mcm aswandi ja.... rosak kedah dwngan aswandi taik betina ni...
ReplyDelete