Monday, January 12, 2015

NAJIB DIKELILINGI LASKAR SIBER YANG BANGANG

Apabila Najib melabelkan blogger yang hentam beliau sebagai bangang hari ini mari kita lihat siapa yang sebenarnya bangang. 
Bom Siber Kadir Jasin telah dilontar untuk laskar siber hingusan Najib menjawabnya.
"Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.
Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas.
Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka?"
Mereka sebenarnya sedang bermain api. Mangsanya kelak bos mereka dan isteri bos mereka. Bersiap-siagalah untuk mencari penganti Najib.

8 comments:

  1. MR,
    Adakah kita ingin lihat pisang berbuah dua kali. Apakah kita ingin lihat apa yang jadi kepada Pak Lah akan jadi kepada Najib? Melayu akan berpecah lagi.
    Saya harap Najib cepat berubah.

    mimi

    ReplyDelete
  2. Sungguh pelik bila ada berita pro kerajaan sendiri menghentam Tun Daim Zainuddin tak tentu pasal, malahan mempromosikan puak pembangkang untuk menghentam Tun Daim macam berita di TV 3 sebelum ini, yang mereka pergi temuramah pimpinan PKR yang mengkritik Tun Daim tak tentu arah itu pasal apa? Malahan apahal TV3 tak tanya pun pimpinan PKR itu pasal Jam Omega Anwar, pasal video tak senonoh Anwar, pasal kekejaman Anwar ainaya Tan Sri Khalid Ibrahim, dan macam-macam pasal kegilaan puak PKR itu.

    Young Cybertrooper belaan Najib ni tak mampu nak perbaiki imej Najib, malahan tindakan mereka bukannya Sungguh pelik bila ada berita pro kerajaan sendiri menghentam Tun Daim Zainuddin tak tentu pasal, malahan mempromosikan puak pembangkang untuk menghentam Tun Daim macam berita di TV 3 sebelum ini, yang mereka pergi temuramah pimpinan PKR yang mengkritik Tun Daim tak tentu arah itu pasal apa? Malahan apahal TV3 tak tanya pun pimpinan PKR itu pasal Jam Omega Anwar, pasal video tak senonoh Anwar, pasal kekejaman Anwar ainaya Tan Sri Khalid Ibrahim, dan macam-macam pasal kegilaan puak PKR itu.

    Young Cybertrooper belaan Najib ni tak mampu nak perbaiki imej Najib, malahan tindakan mereka bukannya nak perbaiki imej Najib, malahan menyebabkan imej Najib makin buruk disebabkan mereka ini menjadi penyokong membawa rebah kepada Najib, ibarat si kitol dan raja mendeliar, menceritakan pujian dongeng kepada Najib untuk membodek Najib, sedangkan itu semua hanya menghancurkan Najib.

    Saya bersetuju dengan pandangan daripada Saudara blogger A. Kadir Jasin, sebenarnya Young Cybertrooper belaan Najib ini tak tahu dengan siapa mereka berhadapan, mereka tak ada ilmu nak berhadapan dengan orang kritik Najib tetapi sayangkan UMNO dan Barisan Nasional.

    Kebanyakkan Young Cybertrooper belaan Najib ini tak ada pengetahuan yang mendalam mengenai isu semasa, sejarah, perekonomian, politik, budaya dan berbagai disiplin ilmu, sebab itulah mereka terus lakukan kesilapan demi kesilapan yang menjadi senjata makan tuan kepada Najib sendiri sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Misalnya isu undang-undang, puak Young Cybertrooper belaan Najib ini tak tahu sejarah, sebab itulah mereka setuju dan bermati-matian bela Najib mansuhkan ISA dan Ordinan Darurat serta sebelum ini Najib nak mansuhkan Akta Hasutan, bukan main galak Young Cybertrooper Najib menyokong tindakan buta kayu Najib itu. Mereka tidak sedar apa yang berlaku seperti isu Rusuhan Kaum di Singapura, isu Rusuhan 1967, isu Rusuhan 1969 secara terperinci, sebab itulah mereka memberikan komen dungu yang akhirnya menikam Najib sendiri.

    Begitu juga dengan isu 1MDB, mereka tidak ambil iktibar gelembung pasaran dan gelembung ekonomi yang melanda Amerika Syarikat, dan negara-negara seperti Sepanyol, Portugal, Ireland, Itali, Greece. Malahan di Itali berapa kali tukar perdana menteri dalam tempoh dalam dua tiga tahun sahaja, malahan ada yang baru sekejap pegang jawatan dah letak jawatan. Malahan seperti negara Greece, hampir muflis akibat gelembung ekonomi yang tidak terkawal bila meletup menghancurkan ekonomi negara. Dalam isu 1MDB ini kebimbangan rakyat adalah hutang 1MDB yang tidak terkawal boleh menyebabkan gelembung ekonomi yang bila meletup akan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada negara. Young Cybertrooper belaan Najib tak ambil iktibar berkenaan perkara ini kerana mereka tak tahu maklumat.

    Seperti isu Datuk Khairuddin Naib Ketua UMNO Batu Kawan, melalak puak Young Cybertrooper UMNO dan pimpinan pak turut dan gila glamour macam Ketua Pemuda UMNO, buat laporan polis pasal isu kebankrapan Datuk Khairuddin, laporan polis dibuat untuk merosakkan reputasi Datuk Khairuddin supaya menarik balik laporan polis terhadap 1MDB. Kemudian rumah Datuk Seri Khairuddin dilelong dalam tempoh yang singkat, menunjukkan betapa jijiknya perbuatan tukang bodek Najib ini buat kerja kotor. Mereka ini tak faham isu, laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin adalah untuk mengetahui ketelusan 1MDB yang menjadi kegelisahan kepada rakyat selama ini. Malahan puak pembodek Najib, para cybertrooper belaan Najib ini tak reti nak urus isu. Mereka tak lihat bagaiamana Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Marican yang menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Khairuddin oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dan kuncu-kuncunya itu tidak ada kena mengena dengan pendirian UMNO Pulau Pinang, ini kerana laporan polis Datuk Sri Khairuddin adalah kepada 1MDB, bukannya laporan polis kepada UMNO, patutnya 1MDB memberikan penjelasan terperinci berhubung tuduhan oleh Datuk Seri Khairuddin itu, bukannya para kroni Najib yang ketakutan buat hal dengan mengeruhkan keadaan yang sedia ada keruh

    ReplyDelete
  4. Najib jika terus memelihara para Young Cybertrooper hingusan ini serta mendengar bodekan dan ampuan dari para pecacai yang sanggup menjual maruah diri untuk secebis habuan, mungkin inilah penggal terakhir Najib jadi Perdana Menteri dan mungkin penggal terakhir Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia. Semuanya kerana kebodohan para pengampu Najib serta kedunguan Najib yang suka dipuji hatta yang pujian dongeng pun Najib gembira tak terkata.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
  5. Macam isu harga petroleum turun sekarang ini. Para cybertrooper blaan Najib tak tahu bahawa harga petroleum menjadi penanda aras kepada kedudukan ekonomi dunia, jika harga petroleum menjunam dengan mendadak, maka ada perkara yang tak kena dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ini.

    Dengan keadaan ekonomi dunia yang tak stabil akan menyebabkan eksport negara juga terjejas, malahan dengan dasar Najib yang kurang menggalakkan industri dan pengeksportan barangan, maka keadaan ekonomi negara makin teruk dan parah.

    Para Young Cybertrooper ini hanyalah tikus yang diarahkan oleh Najib untuk membaiki labu, akhirnya labu hancur, tikus entah ke mana.

    ReplyDelete
  6. Berhubung isu pekerja asing di negara ini, lambakan pekerja asing menyebabkan kos operasi negara meningkat sedangkan tidak membawa perkembangan ekonomi negara yang mampan.

    Jika sektor ekonomi negara terutama pasaran buruh dikuasai oleh pekerja asing, maka warga tempatan akan banyak menganggur di samping itu banyak wang negara mengalir ke luar negara kerana dalam setahun lebih kurang RM 1 bilion dikeluarkan oleh pekerja asing ke negara mereka.

    Selain itu, belanja negara meningkat terutama kos subsidi. Pendatang asing juga gunakan subsidi milik rakyat Malaysia, bayangkan dalam negara ini dianggarkan ada 5 juta pekerja asing, kalau sehari RM 1.00 untuk seorang, subsidi milik rakyat Malaysia yang mereka gunakan, maka sehari RM 5 juta, seminggu RM 35 juta, sebulan RM 150 juta, setahun RM 1.8 bilion subsidi digunakan oleh warga asing.

    Oleh kerana belanja subsidi makin meningkat maka Najib dengan nasihat oleh para punah ranah yang suka mengambil jalan mudah, maka subsidi dimansuhkan. Kesannya kos sara hidup makin meningkat sedangkan pendapatan adalah rendah dari kos sara hidup di mana peningkatan kos sara hidup lebih tinggi dari peningkatan kadar upah rakyat.

    Kesannya rakyat yang berpendapatan rendah terutama yang tak ada tanah sendiri langsung tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri sepanjang hayat mereka kerana harga hartanah naik mendadak, Rumah Mampu Milik yang dicanangkan oleh Najib sebelum ini pun hanyalah Rumah Mampu Milik bagi orang kaya sahajalah, apa tidaknya harga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00, untuk golongan berpendapatan rendah seperti pekerja kilang, pengawal keselamatan, pekerja pasaraya, pegawai kerajaan gred rendah, pekerja swasta gred rendah, yang gajinya RM 2,500.00 ke bawah, tinggal dibandar, maka Rumah Mampu Milik yang dicanangkan oleh Najib hanya menjadi Rumah Mampu Tengok sahajalah oleh golongan berpendapatan rendah ini.

    Golongan yang berpendatan rendah ini hanya menjadi penyewa sepanjang hayat mereka kerana ketidak mampuan mereka memiliki dan membiaya pembeliaan rumah 'Mampu Milik' itu.

    Bayangkan pendaptan sekitar RM 2,500.00 sebulan, ada anak 3 orang, semua bersekolah, sewa rumah paling murah pun RM 500.00, ada baki lagi RM 2,000.00, kemudian ansuran kereta dalam RM 300.00 (kereta murah sahaja), lepas itu belanja petrol lebih kurang RM 100.00 sebulan dah tinggal RM 1,800.00, kemudian belanja dapur barang kering sahaja sebulan lebih kurang RM 500.00, dah tinggal RM 1,300.00, belanja bil air, bil elektrik lebih kurang RM 50.00 (dah jimat sangat dah tu), ada baki lagi RM 1,250.00, lepas tu belanja anak sekolah, 3 orang x RM 3.00 sebulan dah RM 198.00, ada baki lagi RM 1,052.00, belanja beli ikan, sayur dan sebagainya sehari RM 20.00 x 30 hari 600.00, belanja telefon RM 30.00 sebulan, itu untuk seorang kalau dengan isteri dah jadi RM 60, hanya ada RM 392.00 baki untuk beli pakaian, bayar tol, dan lain-lain.

    Jadi macam mana nak beli rumah MAMPU MILIK yang berharga RM 300,000.00 - RM 500,000.00 itu? Ansuran mau berapa ribu sebulan kena bayar, maka sampai matilah orang berpendapatan rendah yang tak punya tanah akan jadi penyewa sepanjang hayat mereka.

    Perkara ni dah dikritik banyak kali, biasalah pembodek bertaraf pecacai kepada Najib akan pusing sana pusing sini nak nafikan, tapi mereka tak dapat nak nafikan sebenar-benarnya, cuma kerana nak membodek, mereka nafikan juga walaupun mereka tahu apa yang mereka nafikan itu adalah pembohongan semata-mata.

    Sedarlah.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu.

    ReplyDelete
  7. Tak pa.Tak pa.
    Najib sudah ada kumpulan setiakawan yang akan mempertahankan segalanya.
    Hasil idea penasihatnya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpulan setiakawan pun macam gerek chabuk yang sudah tua. Tak mampu nak ligan dengan puak muda yang cedas dan rentas.
      Kumpulan setiakawan pun dok tunggu apa lagi? bukan boleh buat apa pasai Rosmah dok kontrol. Longleng sana longleng boleh laaaa.

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.