Pendedahan WSJ terhadap Najib songlap duit ini dikira ‘only
the tips of the iceberg’ atau ‘muncung kecil di atas manakala membusung besar
di dasar’.
Najib pun dalam dilemma samaada nak saman WSJ atau tak saman
WSJ.
Kalau tak saman sudah sahih persepsi Najib memang salah.
Najib keturunan pahlawan Bugis akan dilihat pondan. Kalau saman habis tubuh
badan Najib dirongkah nya sehingga Nampak kurap dan panau.
Kalau Najib menang dalam mahkamah Najib akan bebas dan boleh memerintah lagi 22 tahun seperti
Mahathir. Tetapi kalau Najib kalah habis satu
keluarga keturunan Najib tercemar bukan setakat dalam negara tetapi seantero
dunia. Silap-silap Najib kena bawa diri dalam buangan ke AS minta tolong
sahabat golf nya HE Mr Obama.
Najib tidak tahu ada berapa guni lagi file bukti yang dalam simpanan WSJ
tetapi WSJ tahu apa yang dalam seluar Najib. Bodohkah WSJ tidak semena-mena mengadai kredibilitinya sebagai sebuah akhbar gergasi di dunia untuk mendedahkan maklumat yang palsu atau 'half past six'?. Apakah WSJ berani cari pasal berumah di tepi pantai kalau tidak berani dilambung ombak?
Media hari ini tidak sukar menghidu sesiapa pun. Ambil contoh yang terkecil apabila pergerakan isteri Najib dapat dihidu hampir semua
media dari Australia, London, New York, Singapura, Indonesia, Khazakstan,
Peranchis, Dubai, Abu Dhabi, Qatar hampir 90 peratus negara G7.
Hakikatnya isu Najib sudah melebar 'globally'. Dan 'locally' dalam negara pula Najib asyik menghentam Mahathir
sebagai pelawas maklumat kepada WSJ. Punca mata wang Ringgit jatuh disalahkan Mahathir.
Punca politik negara bergolak disalahkan Mahathir.
Memang hebat Mahathir yang Najib hina yang konon beliau tak perlu tunduk kepada tuntutan dari hanya seorang rakyat biasa (Mahathir).
Nasib DSAI agak baik kalau tidak semua salah DSAI , semua ada hikmahnya
ReplyDeleteNajib patut belajar ikut Mahathir. Semasa Kit Siang tuduh mahathir mempunyai bermilion RM dalam bank of Israel di Singapore, Mahathir suruh Kit Siang keluarkan duit itu untuk di kongsi 50:50 bersama. Najib berani ke?
DeleteKesalahan Najib tidak akan menjadikan Anuwar suci.
ReplyDelete