Thursday, July 9, 2015

TIDAK ADA NIAT JAHAT WALL STREET JOURNAL. TOKOH WARTAWAN NEGARA MENYOKONG LAPURAN WSJ.



Sumber : Blog Zamkata

Najib menuduh Wall Street Journal mempunyai niat jahat dengan didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara bagi tujuan memaksa beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno.
Susulan dari kenyataan itu Tokoh Wartawan Negara menyangkal tuduhan itu. Zam Maidin di dalam blognya NAFAS TERAKHIR UMNO Menyatakan:
“Saya  tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media asing yang paling berpengaruh WSJ  menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal ini. Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan UMNO dan Negara”.
Zam Maidin bukan calang-calang wartawan di dalam peperangan psywar propaganda. Beliau mendapat latihan di Berlin Institute of Journalism, Berlin Barat. Ketajaman hidung Zam menghidu bau busuk agenda tersirat dan tersurat sesebuah media ibarat “nose of the hunting dogs”.

Zam juga bukan seorang tokoh yang senang menerima bulat-bulat kenyataan media barat tetapi kenyataan WSJ ini ternyata hidung Zam tumpul untuk menghidu jika ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Zam yang rapat dengan bapa Najib, Tun Razak masa kan sampai hati merentap turun takhta Najib jika Najib tidak melakukan penderhakaan yang parah terhadap orang Melayu, UMNO dan Islam.

Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi. 
Bagaimana akhir politik Najib? Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.
SELAMAT TINGGAL NAJIB.
Wallahuaklam.

9 comments:

  1. Saya setuju dengan tuan blog. Sebijik perangai Anwar dia copy.

    Tapi saya rasa bukanlah niat dia nak tiru style anwar sebijik2 iaitu dari salahkan Tun M kemudian tuduh pulak tun dalang dan konspirasi nak jatuhkan dia, cuma Najib dah terdesak sgt tak tau apa nak buat.

    Di tambah pulak dengan penasihat kaki botol dia kat pmo.

    Maka tak hairan lah najib akan mengelabah. Membujur lalu melintang patah.

    Janji dapat bernafas dalam lumpur pegang asal dapat pegang jawatan selagi boleh.

    ReplyDelete
  2. sebagai bekas penyokong anuar ibrahim...barangkalinya mummy mengharapkan najib jugak berkelakuan seperti anuar ibrahim????

    ReplyDelete
  3. Zam bodoh, Mummy Rokiah pun bodoh. Sama-sama bodoh mana nak hidu dengan ketajaman hidung bau busuk pun... Blogger baghal.

    ReplyDelete
  4. Mamak Anak Mydin mesti sokong mamak juga la....

    ReplyDelete
  5. mula-mula layan jugak la...

    tapi bila libatkan wsj nih aku dah mula rasa musykil...

    ai, senang2 jek dapat maklumat dalaman...

    ntah ye ke ntah kan tidak...

    pastu sr pulak milik orang british...

    tapi guna nama sarawak...

    makin susah aku nak percaya bila pembangkang tertentu guna laporan kedua-dua entiti asing nih...

    kurang2 pun sah kan dulu maklumat depa guna maklumat...

    apa, rafiji yang haibat tak mampu korek maklumat dalam ker?

    ReplyDelete
  6. Hang ni merapu betui. Macam mana blog dia boleh masuk bawah GA{P ni???

    ReplyDelete
  7. Buat masa ini ada baiknya kita rakyat Malaysia, terutamanya Melayu Islam bawa bertenang, biar sahaja pasukan Gabungan penyiasat lantikan PM Najib buat kerja forensic dengan teliti agar dapat menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dengan apa yang dikatakan skandal besar 1MDB di alaf baru ini.

    ReplyDelete
  8. Oh,kira tinggi juga kelulusan kewartaanan Tan Sri Zam ni,tapi yang heran tu ada penacai DS Najib kata Tan Sri Zam ni tak cerdik dan merapu.....

    ReplyDelete
  9. Cis wartawan hebat konon. Macam-macam nujumnya tidak menjadi. Pembohong haprak dari keturunan Mandaliar yang suka tengok Malaysia dan Melayu lebur

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.