Monday, June 29, 2009

Mursyidul Am menentang perpaduan dan mengundang perdebatan

Tidak ramai yang memakai “title” Mursyidul di dalam Negara ini. Sebelum ini hanya seorang ulama’ yang diberi gelaran Mursyid Di Raja iaitu Allahyarham Haji Abdul Rahman Merbok, tokoh ulama’ terkemuka di negeri Kedah DarulAman. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama’ yang alim, waraq dan berhemah yang tinggi di kalangan rakyat biasa negeri Kedah sehingga diiktiraf sampai ke dalam Istana di Raja Kedah.

Mungkin gelaran tersebut terlalu tinggi sehingga tidak ramai ulama’, ustaz, tok guru atau tok lebai yang berani memakai gelaran tersebut. Di dalam berita CNN, BBC dan The Star mereka menyebut Mursyidul sebagai ”the Spiritual leader”.

Walaubagaimanapun seminggu dua ini sebutan gelaran ini meniti-niti dibibir rakyat jelata saban hari. Baik di kalangan Melayu, Islam, bukan Islam dibandar, kampong, CNN, BBC, MIC, MCA,DAP dan media-media tempatan.

Ini berikutan Mursyidul Am PAS Nik Aziz dengan nada yang keras menghalau Naib Presidennya Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana memandai mencetuskan idea Kerajaan perpaduan PAS-UMNO. Mursyidul Am menentang keras usaha perpaduan PAS – UMNO dalam lain perkataan menentang perdamaian.

Tiba-tiba hari ini politik negara digemparkan sekali lagi oleh Mursyidul Am kerana mencabar pula untuk berdebat dengan PM. Mursyidul Am dengan kealiman dan pengalamannya berusaha keras mengalih pandangan rakyat dari kelemahan dalaman partinya dengan membaling najis kepada UMNO pula.

Pelik dan hairan apabila Mursyidul Am lebih rela bersekongkol dengan DAP yang dashyat menentang negara Islam (rujuk Karpal : over my dead body) untuk menentang perpaduan Melayu Islam UMNO.

Persoalannya di manakah bersembunyinya Mursyidul Am UMNO? Atau “UMNO spiritual leader?”.

8 comments:

  1. jangan nanti jadi mursyidul hamPAS sudah ler.

    ReplyDelete
  2. Tg.nik aziz. Menentang perpaduan umat melayu dan islam rasanya atas faktor kebimbangan yg melampau akan hilang pengaruh. Demi nak mempertahan pendirian songsang kebencian yg melampau-lampau berlaku dalam diri insan yg digelar ulamak itu dan lebih malang kebencian itu terhadap sesama melayu islam yg sepatutnya kalau pun ada sangketa boleh diselesaikan atas semangat persaudaraan..Bak kata Datuk seri harussani(mufti n.perak).. kita mengakui adanya kelemahan pemimpin UMNO masa lampau tapi takkan lah disebabkan terguris kisah lampau atas faktor politik, persaudaraan sesama islam hancur. Jadi kita perlu berfikir dengan mata hati dan tanya pada diri..'betulkah apa yg tg.nik azis yg kita hormat ini sedang buat terhadap nasib perpaduan dan keutuhan umat islam negara ini'..???

    ReplyDelete
  3. Saya sangat bersetuju dengan Mummy. Jawatan Mursyidul Am ni sebenarnya sangat mulia dan dipandang tinggi melebihi dari gelaran-gelaran lain.

    Nik Aziz diberi gelaran ini untuk membolehkan dirinya dipandang tinggi dan mulia oleh pengikut. dan memang perkara ini menjadi kenyataan kerana Nik Aziz hanya diberi pengikhtirafan semulia ini selepas memakai gelaran ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

    Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

    Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

    Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

    Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi....


    Opppss... sila sambung pembacaan anda ke http://manzaidiamn.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy dan semua yang beriman.

    Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!

    Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah liberal yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.

    Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.

    PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI. Begitu juga UMNO yang memperjuangkan Melayu Islam. Melayu lebih penting atau Islam lebih penting?

    Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
    Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.

    Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100% dan Perjuangan Melayu Islam diperjuangkan UMNO 100%, berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.

    Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.

    Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.

    Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
    insya Allah.

    Cuma peringatan dari seorang hamba Allah yang serba dhoif.

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Saya bersetuju dengan pandangan saudara Zaidi Ali.
    Bagaimana perpaduan antara kaum dapat dibentuk sedangkan sesama Islam sendiri berpecah belah.
    Islam tidak pernah mengajar
    umatnya bermusuhan sesama sendiri.
    Sebelum melaksanakan One Malaysia,
    perlulah langkah-langkah diambil bagi menyatukan seluruh umat Islam SeMalaysia terlebih dahulu agar ianya menjadi taulalan yang baik kepada lain-lain agama. Islam itu agama yang indah, janganlah dibiarkan kita sendiri yang merosakkan keindahannya. Carilah keredhaan Allah di dalam kehidupan yang cuma sementara di dunia ini.

    Nur Hidayah
    Desa Bukit Tinggi

    ReplyDelete
  7. Salam Mommy,

    Setahu saya UMNO tidak mempunyai jawatan khas bergelar mursyidul am.

    Akan tetapi SS Dato' Mufti Perak pernah mengeluarkan pendapat mengenai perpecahan dalam umat melayu. Seperti biasa pendapat beliau dikecam oleh pendokong PAKATAN sehingga ada gambar yang meletakkan lambang UMNO di dahi beliau.

    Mungkin orang melayu akan kembali bersatu jika maruah mereka dicabar, tetapi bila? Agaknya nak tunggu sampai tapak masjid dah jadi kasino.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.