Saturday, August 15, 2009

Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”

(Cut and Paste dari merboktimes.blogspot.com)

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

(Dipetik dari Utusan Malaysia 14/8/2009 dari tajuk asal “Perangai PAS pelik tapi benar”)

24 comments:

  1. bila UMNo iklankan nombor ekor dlm Utusan, Nombor ekor jadi halal.

    ReplyDelete
  2. Assalam mualaikum, Pada saya "MALAIKAT" tetap malaikat, tak payah dipersoalkan lagi. yang saya nak persoal ialah "IBLIS".

    "IBLIS" adalah seperti yang dok ada sekarang ini, suka mencaci, suka mengutuk, suka mengata, dan perasangka segala yang buruk terhadap sesama insan, itulah yang dikatakan "IBLIS"

    Kalau masih beginilah sikap yang terus dilakukan olih manusia, sampai bila pun tidak akan tercapai perpaduan dan penyatuan yang dilaungkan olih setiap manusia selama ini.

    INSAFLAH DAN BERISTIGHFARLAH DAN KEMBALILAH KEPANGKUAN AGAMA, SESUNGGUHNYA KITA INI KEPUNYAAN ALLAH. "YA ALLAH BUKAKANLAH HATI-HATI HAMBAMU YANG TELAH TERLANJUR INI SUPAYA KEMBALI KEPANGKAL JALAN" AAMIIIIIN YA RABBAL'ALAMIN.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Masing-masing cuba menegakan kebenaran...

    Jika kedua-dua pihak bertelingkah, pastinya, satu pihak benar, atau kedua-duanya salah, kalau semuanya benar pasti tiada pertelingkahan

    Maka timbanglah neraca kebenaran dengan kebenaran

    Allahafiz

    ReplyDelete
  4. chekamalas:

    bila utusan siarkan nambor ekor, ramai penyokong buta PAS lompat kena alang!!!

    ReplyDelete
  5. chekamala

    Nombor ekor jadi halal bila pengundi PAS beli. Orh lain haram..takebeer, takebeer, takebeer

    ReplyDelete
  6. penyokong UMNO buta tuli

    jangan dimainkan perkataan TAKBIR atas sebab politik. beer tak berakohol pun ada, jangan lupa.

    Sri Hartamas

    ReplyDelete
  7. Bila orang 'tak boleh disentuh' minum arak, halal dan tak boleh disentuh. Tak berani nak keluar fatwa pun. Takut dipecat. Bila orang biasa minum arak, itu salah.
    Bila orang 'tak boleh disentuh' hentam berjuta ringgit, halal dan tak boleh disentuh. Bila orang biasa terlibat dengan RM5 diheret ke mahkamah.Bila media kerajaan cakap bohong, semua okay. Bila blog cakap yang benar... itu tak boleh. Macam-macam 'dia orang boleh buat'. Rekod imigresen boleh hilang. Bala boleh hilang. Duit boleh sapu. Macam-macam boleh. Inilah Malaysia Boleh. Hipokrit. Rakyat sekarang mahukan perubahan. PAKATANlah harapan mereka. HIDUP PAKATAN. HIDUP PAS. HIDUP DAP. HIDUP PKR. CUKUP IS CUKUP

    ReplyDelete
  8. Gua tak percaya sama UTUSAN. Gua ada percaya itu PAKATAN. Itu Anuar baik punya orang. Ini orang mesti jadi PM. Itu tipu punya orang boleh diam. Dia hentam banyak duit Ok. Sini ambil RM5 tangkap. Itu imigresen rekod mana pergi? Itu BAla mana pergi? Aiiyaa. Bikin tarak macam cakap. Ini UTUSAN tipu punya paper.

    ReplyDelete
  9. Nak campur sedikit saja.'

    Bila Muhyiddin kata Anwar pengkhianat bangsa Melayu, Utusan Malaysia menyiarkannya sebagai berita utama.

    Tapi bila Anwar pula kata Muhyiddin dan UMNO pengkhianat, tentu Utusan tidak menyiarkannya.

    Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Yang baik macam malaikat tu orang Islam UMNO; Yang suka dok tipu orang macam Iblis tu orang Melayu PAS; Yang suka dok pelingkup orang macam pelesit tu, orang Melayu PKR.

    ReplyDelete
  11. takebeer...takebeer..takebeer
    Lu jgn kutuk pas manyak manyak tau. Nanti lonnie marah. PAS suluh manyak support lonnie tau.
    Takebeer,...takebeer...takebeer

    ReplyDelete
  12. Jiwa merdeka,

    Bila Anwar kata Muhyiddin pengkhianat bangsa Melayu, SuARAK Keadilan, hARAKah,The rocket, Siasah menyiarkannya sebagai berita utama.

    Tapi bila Muhyiddin kata Anwar dan PKR pengkhianat, tentu akhbar fitnah tidak menyiarkannya.

    Hehehe...

    Amir.

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Kalaulah anda keliru, buatlah solat sunat istikharah tanya Allah yang mana satu Malaikat supaya dapat kita ikuti dan sokong.
    Buatlah beberapa kali, insya Allah akan kenal yang mana satu Malaikat.
    Kan ilmu kita terhad. yang kita bercakap banyak tu mungkin didorong oleh ego tak mahu kalah - tanya Allah barulah pasti.
    Buat solat istikharah jangan tak buat.Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  14. Yang mana satu IBLIS ,yang mana satu MALAIKAT !

    IBLIS = ANWAR IBRAHIM
    SHAITAN=ANWAR IBRAHIM
    DAJJAL =ANWAR IBRAHIM
    YAKJJUD =ANWAR IBRAHIM
    MAKJJUD =ANWAR IBRAHIM
    MOSHE DAYAN=ANWAR IBRAHIM
    ARIEL SHARON=ANWAR IBRAHIM
    EHUD BARAK =ANWAR IBRAHIM
    SODOMITE=ANWAR IBRAHIM
    HOMOSEKS/GAY =ANWAR IBRAHIM

    IBLIS yang bertopeng malaikat=Murshidul Al Maksom pok nicky ajis.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..
    Ada pulak citer nya yg si 'pengkhianat bangsa' ni, nak UMNO btanggungjawab atas keselamatan dia????.. Aikk..tkejut jugak aku mendengar nyer.. Aku ingatkan kebal narrr si 'pengkhianat bangsa' niiii.. Rupa2 nya penakut jugak???....

    Umuq dah panjang tuh dah kira BONUS dah!.. ada lak pepatah bkata; "..kubur dah kata mari, rumah pun dah kata pergi.." So, sendiri mau ingat lah.. ker, PAS lupa dah nak ajar pd si Al-Jub**** (geli pulak aku nak sebut nama..)

    Esok2 tertendang batu, mati lak si 'pengkhianat bangsa' ni.. pun mau orang lain btanggungjawab jugak ker?????

    Aku benar2 kasihan ngan nasib Datin Seri Wan Azizah..

    ReplyDelete
  16. Hari ini Umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara. Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.

    Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.

    Demikianlah politik yang di puja oleh umat Islam hari ini. Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama. Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah “gedebe-gedebe” untuk mengungut mana-mana pengundi yang dijangkan tidak mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan oleh calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain. Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.

    Begitulah mereka bermain-main dengan Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah. Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mereka melupakan ingatan Allah Taala:

    Maksudnya : “Apakah kamu mengambil sebahagianisi kitab dan menolak sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85)

    Orang-orang Islam yang berpolitik cara Barat ini menempuh jalan yang begitu kotor dan silap. Politik kotor digunakan untuk mendapatkan negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Mungkinkah tercapai ? Sedangkan kita semua maklum bahawa kebaikan itu hanya akan didapati dengan cara baik, melalui jalan-jalan yang baik.

    Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mempelajari sejarah bagaimana Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin menegakkan negara Islam.

    Mereka seperti tidak tahu bahawa politik Islam yg sebenar itu mempunyai pengertian yang amat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Mereka hakikatnya tidak berpolitik kerana mengamalkan sesuatu (politik) yang bertentangan dengan Islam.

    Politik yang mengikut idea2 syaitan dan fikiran orang kafir itu sebenarnya tidak diterima di sisi Allah. Lalu hakikatnya perjuangan itu tertolak di sisi Allah. Bahkan diejek-ejek oleh manusia dan dipersoal oleh manusia.

    Politik Islam samada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’i atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walaupun seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya-Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasi dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.

    Amin ya Allah ya Rabbal’Alamin.

    "dipetik dari mukaddimah buku POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG karangan Ust Ashaari Muhammad"

    ReplyDelete
  17. "Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”"

    salam mammy.

    Aku tak sanggup nak bagi gelar pas itu iblis, apapun, mereka adalah sebahagian saudara seagama dengan kita, rasa aku tak semua pengikut pas satuju dengan suara dan perangai putar belit pemimpin mereka, contoh terdekat adalah di MU (manek urai).

    UMNO juga tidak layak untuk digelar melaikat. Sebagai manusia ada juga pemimpin UMNO yg lalai, tetapi dalam mempolitikkan soal agama rasa aku PAS agak keterlaluan sehingga menzahirkan bermacam fatwa yg jelas mengelirukan umat islam.

    Sebagai orang melayu dan islam kita sangat berharap agar seluruh umat melayu sedar dan resional untuk menyokong agenda perjuangan memertabatkan agama,bangsa den negara dengan tulus tanpa menjadikan agam suci kita sebagai taruhan.

    Dalam hal ini hakikat perlu di akui bahawa selama lebih 50 tahun UMNO menjadi teraju kepemimpinan negara, islam sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan di malaysia.Sepatutnya sebarang kelemahan yg masih ada, setiap umat islam di malaysia patut ambil tanggungjawab untuk memperbaikinya tanpa mengira fahaman politik.

    pada era dunia yg penuh teknologi dan semakin tua ini, usaha pihak tertentu untuk melemahkan islam di serata pelusuk dunia sedang giat di jalankan, musuh2 islam tidak pernah berhenti daripada berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan islam dari muka bumi ini.

    Musuh2 islam menyedari bahawasanya kekuatan islam semenjak zaman Rasulullah saw adalah perpaduan dan persaudaraan dalam islam,so untuk melemahkan islam adalah dengan meleraikan persaudaraan dan sifat saling mengasihi sesama mereka, supaya mereka lalai dan lemah.

    PAS kena sedar bahawasanya musuh sebenar mereka bukanlah melayu islam dalam UMNO dan bagitulah juga sebaliknya.

    Tak perlulah islam PAS dan UMNO melahirkan insan yg berfahaman seperti Nordin Mat Top dan Mas Selamat yg kononya berjuang menentang musuh2 islam yg mana dengan perjuangan sia2 insan seperti mereka telah menyebabkan islam dilihat sebagai agama yg patut dibenci dan dimusuhi, tetapi alangkah hinanya penganut islam(kita di malaysia) sekiranya kita begitu lemah sehingga ada yg semakin lantang dan berani menghina agama,raja2 melayu dan hak2 bumiputera dalam perlembagaan dan dalam masa yg sama kita bukannya tampil untuk mempertahankan diri daripada terus dipijak malahan kita sendiri sanggup mengiakan penghinaan keatas kita hanya kerana mempertahankan secebis kuasa.

    Taksub yg keterlaluan sehingga membenci saudara seagama dan bersekongkol dengan pihak yg jelas menyatakan "langkah mayat aku dulu" sebelum kamu bercakap pasal islam jelas adalah perkara yg sangat silap dan perlu disedari.Penganut islam sangat dituntuk berlemah lembut,sopan dan mengasihi setiap makhluk tetapi kita juga dituntut supaya sangat berani berkorban apa sahaja sekiranya islam dihina.

    YPS.

    ReplyDelete
  18. Mummy....
    Kepada penyokong parti manapun, individu manapun berhentilah menjadi ADUDOMBA, berhentilah membuat FITNAH.
    Hidup sungguh singkat...spesis kita dapat ke hidup 100 tahun.

    Kini ramai yg mati muda....baik orang biasa mahu pun ternama.

    ganganwaloh

    ReplyDelete
  19. salam semua..
    aku tak suka fitnah2 dan kata mengata.tak suka mengagongkan pemimpin2 parti.tak payah lah nak taksub kat pemimpin2 ni.yang penting ambil kata2 yang logik dan masuk akal.orang sokong anwar sebab apa yang diperkatakan tentang salahlaku pemimpin2 umno itu kebanyakannya benar.orang tak suka BN kerana nampak sgt duit kerajaan dibazirkan.Janji tidak boleh dikota kerana kuasa pada kerajaan BN.52 tahun memerintah hanya melayu umno pimpinan atasan sahaja yg maju.korang tukang undi je la

    ReplyDelete
  20. Itulah PAS, lidah bertopang jari berkait.... Cakap tak pernah serupa bikin...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  21. Aku tak nak fikir dua dua aku hanya fikirkan Allah , dari itu hai rakyat melaysia , kita bentuk stu parti , yang tek menyokong dua dua ni , pembangkang dan pemerentah . Kita buat parti NBNP
    No Barisan Nasional , No Pakatan Rakyat .
    Cam setuju tak?

    Merrybj

    ReplyDelete
  22. BAGUS.. BAGUS...

    GADUH LA...SUKA TENGOK ORANG MELAYU GADUH SESAMA SENDIRI..

    GADUH JANGAN TAK GADUH....

    TAK PAHAM KENAPA "ORG KATA" ORG MELAYU NIE BAIK BUDI PEKERTINYA....

    ReplyDelete
  23. PAS dan UMNO hanyalah parti politik ciptaan manusia sahaja sebagai alat untuk mempertahankan agama islam dan bangsa melayu.Adakah Pas atau Umno kah yang selama ini telah memartabatkan bangsa melayu Islam dibumi tercinta ini?.Sungguh malang kepada umat melayu islam apabila perbalahan dan perpecahan ini telah menghakis kuasa dan kelebihan yang dimiliki selama ini.extric

    ReplyDelete
  24. Seteruk-teruk Pas tak la mengagihkan kekayaan negara untuk Kroni, tak la makan kedarah rasuah macam umno, tak la menyalahgunakan harta kerajaan, tak la menghalalkan arak dan judi, tak la menindas rakyat dengan menyumbat dakam ISA, tak la mengadai kepentingan negara pada singapura....lu pikiq la sendiri.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.