Monday, March 1, 2010

“Penawar atau Pembela yang merah jambu”

Siti Norhanim Abd Aziz, 25 tahun ibu muda yang telah melahirkan anak perempuan 3 tahun dahulu memberi nama anaknya Syafiah Humairah. Syafiyah yang membawa makna pembela atau penawar manakala Humairah membawa makna yang putih bercampur merah atau merah jambu atau warna pink.

Nescaya pemilihan nama ini dibuat dengan penuh teliti serta segunung harapan untuk menikmati kebahagian keluarga disemai cinta dan kasih sayang.

Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Siti Norhanim, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari apabila suaminya ditahan reman tanpa jaminan di penjara Sungai Buluh pada tahun 2006 kerana disyaki melakukan jenayah berat.

Mungkin kerana ketandusan kasih sayang sejak 2006 hingga 2009 selama tiga tahun Siti Norhananim memohon fasakh agar diceraikan kerana tidak tahan lagi digantung tidak bertali.

Di dalam proses ini Siti Norhananim mengakui banyak kesilapannya apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga lelaki ini mendera sehingga membunuh anaknya “penawar yang merah jambu” Syafiyah Humairah yang berumur 3 tahun.

Hari ini Siti Norhanim sedang meghadapi hukuman emosi yang cukup tertekan. Beliau dituduh bersekedudukan sehingga melahirkan anak lelaki luar nikah dan pula sedang mengandung empat bulan.

Jabatan agama Islam negeri Selangor sedang menyiasat untuk mendakwa beliau dan jika sabit kesalahan , kedua-dua mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali.

Penduduk, jiran dan masyarakat Kg 30, Ulu Yam, Batang Kali amat marah dan mencemuh dengan menconteng dinding depan rumah dengan perkataan “pembunuh”.

Hanya Allah SWT sahaja yang maha adil, maha bijaksana dan maha mengetahui tingkah laku, sikap dan perangai hambanya yang lemah ini. Tetapi yang pasti para malaikat sedang menunggu kedatangan seorang lagi penghuni syurga Syafiah Humairah bt Siti Norhanani “penawar atau pembela yang merah jambu”. Al Fatihah..

8 comments:

  1. Kalau diikutkan hati nak aja aku membakar rumah mereka yang penuh dengan maksiat ni. Wajah sayu yang tak siapa dapat membaca apa isi hatinya selama ini begitu menguris perasaan.

    Tak sanggup nak menatap wajah kecil yang nampak sanggat penuh dengan penderitaan sebelum menyahut panggilan ilahi.

    Tak siapa tahu betapa seksa agaknya tubuh kecil itu menerima tendangan dan hentakan Iblis bertopengkan manusia yang banyak melakukan dosa dan kekejaman terhadapnya selama ini.

    Ikutkan hati nak aku laknat mereka sekeluarga dari datuk, nenek sehingga ke ibunya sendiri, jangan disalahkan kepada pada kesusahan atau keperitan hidup. Dimana didikan agama dan hala tuju hidup mereka selama ini, buang saja kain tudung yang menutup kepala jika hidup penuh dengan dosa dan bergelumang dengan zina.

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    ada maklumat yg tidak benar dalam berita ini. Kekadang emosi menguasai diri .Kekadang keghairahan mendapatkan maklumat menyebabkan ada penulis mendapatkan info dari sumber yang tidak sahih.

    ...kita sepatutnya bukan sekadar punya perasaan marah,simpati tetapi juga empati

    ReplyDelete
  3. Salam.
    1. Kepada para ibu yang mengalami kesempitan hidup, anda dibenarkan berkesedudukan dan buat apa yang anda rasa seronok. Bila ditimpa bencana,... nangis kuat kuat, letak tudung, buat cerita sedih....gerenti menteri atau wanita lain akan membela saudari.
    2. Perkara pokok didalam isu kematian Syafiah ialah peranan Siti Norhanim yang dikatakan sebagai IBU.Ibu yang berkesedudukan, tipu masyarakat sekeliling, 'tak perasan' anak di pukul (dlm jangkamasa 3 tahun)....belum disoal selidik lagi makan minum anak, pakaian anak....
    3. Yang saya tahu...binatang pun sayangkan anak nya....

    ReplyDelete
  4. saya setuju sekali dengan kassim,malah saya sukar utk melelapkan mata ,sentiasa terbayangkan wajah syafiah anak yang sangat malang ini.

    ReplyDelete
  5. ceteknya iman...itu yg boleh saya katakan...zina dianggap biasa..hari ini jika buang anak, bakar anak...media berduyun2 memuliakan yng tiada akhlak tu kononnya sudah ada jalan keluar...menteri pun sama..baik cepat ditubuhkan rumah kebajikan anak haram...senang orang melayu agama islam warisan melambakan anak.

    ReplyDelete
  6. bodoh sombong....itulah pepatah yang sesuai untuk semua keluarga terdekat ibu kanak2 ini..kalau tak reti pasal asas agama,,bertanyalah pada yang arif tentang agama..bukan dengan mengambil sikap tak endah dan malu untuk bertanya kalau tak faham hukum hakam agama..siti norhanim pun tetap bersalah dan terang-terang memandang remeh hukum agama dengan bersekedudukan..jangan bagi alasan kurang kasih sayang dan menyalahkan orang lain kalau dah salah!!salah tetap salah! haram tetap haram! kalau dah nak cerai dengan suami dalam penjara ..kenapa tak fail fasakh??? memang BODOH SOMBONG!!!akhirnya anak yang tak berdosa menanggung sengsara ...Al Fatihah to adik Syafiah..

    ReplyDelete
  7. halus...,

    Yang Maha Merencana itu sungguh halus sehalus-halusnya hembusan titisan-titisan air yang mengalir di celah-celah gumpalan awan,


    halus....,

    Yang Maha Penyayang lagi Maha Lembut itu mengajarkan kepada kita akan arti kemanusiaan sewal-awal pengertian awal mula kandungan anugerah Ar-Rohhim,


    halus sungguh...,
    Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih telah lama menyampaikan melalui perantaraan kalam akan arti taubat dan taubatannasuha...


    halus....
    sehalus-halusnya hembusan titisan air yang mengalir di setiap celahan gumpalan-gumpalan awan,


    maka berjalanlan di atas muka bumi ALLAH serta memerhatikan,
    bertanya dan memikirkan...

    ReplyDelete
  8. Al-Fatehah.

    Salam hormat,
    salam penuh kasih dan sayang kepada Allahyarhamah adik Safiah.


    P.s:
    Salam saya menumpang di laluan kpd Mummy Rokiah

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.