Wednesday, June 30, 2010

Anak Ramli Ngah Talib mengorat Fasha Sanda dengan helicopter


Menurut Fasha, kedua mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

Ketika penggambaran itu, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai hadir membuat kejutan untuk bertemu Fasha di pulau itu dengan menaiki sebuah helikopter.

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di TV3 di Ampang hari ini. (Sumber Star Online)


Bayangkan anak Ramli Ngah Talib bekas MB Perak mengorat Fasha Sanda dengan melayurkan helicopter. Mana artis yang tidak teliur?

Maka hari ini terbuktilah implikasinya kesan dan hasil bekas MB Perak itu kepada negeri Perak selama ini. Mewah dan kaya raya.

Dari mana hasil perolehan kekayaan mereka selama ini? Adakah dengan gaji dan elaun MB tanpa dicampur dengan wang rakyat mereka mampu bermewah sehingga sebegini? Jawapannya berada dalam hati kecil rakyat yang tergerak untuk tidak memangkah UMNO dan BN semasa PRU12 yang lepas.

Padanlah apa yang terjadi kepada UMNO dan BN Perak selama ini sehingga sekarang politiknya tak stabil. Kuasa UMNO dan BN semakin terhakis.

19 comments:

  1. untungnya jadi anak orang besak-besak.mewah limpah ruah.depa makan isi.rakyatlah yang makan kuah.berjuang macam nak mampuih.....

    ReplyDelete
  2. Mummy Rock

    Asal usul mereka bukanlah kaya sangat. Ramli bermula sebagai seorang lawyer biasa je.

    Rakyat Perak banyak yang tahu macam mana Gopeng Berhad (State GLC) boleh jadi syarikat milik keluarga kemudiannya. Khabo nye boleh sara hidup sehingga 3 generasi!

    ReplyDelete
  3. oh mommy ku.

    yang ini tak berani i nak kata iye atau tidak. sometime orang orang ni ada business yang pelbagai. kadang -kadang yes hasil daripada duit orang lain.

    takde bukti kukuh. hmmmm....

    ReplyDelete
  4. Alaaa...nak juga naik heli,mummy! :))

    Sebagai pengundi di daerah Kuala kangsar,saya hairan...sampai hari ini.Last PRU,pangkah yang tu,yang ni menang...walau ramai dah tension dengan wakil dari yang itu...yang itu juga menang.

    Walau rakyat 'panas' dengan BN tapi pembangkang pun kena tahu rakyat Perak bukan tergila-gilakan drama perebutan kuasa.

    Jika mana2 parti dan kaum kerabat se-parti masih tak mampu mengurangkan karat,bak kata Aiman "Aiman tak kisah...Perakian pun tak kisah,takde heli...kapal cargo pun jadilah!"

    ReplyDelete
  5. kalau ada cerita..mamat ni sponsor maahad tahfiz sejuk jugak..ini sponsor artis.hampeh...

    ReplyDelete
  6. itulah hasil DEB, hanya untuk UmNO dan anak2 UmNO dan cucu2 UmNO dan cicit2 UmNO dan sampailah ke lubang kubur........(bukti dah banyak ada, xyah nak nafikan) ....

    tapi xpe....hari pengadilan muktamad semakin hampir....maka nanti akan terpacul segala kejahatan dan ketidak adilan yg telah dilakukan...........

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy Rokiah,

    Kenapakah saudari sanggup membuat dosa kering dengan menuduh orang lain dengan tanpa bukti yang sahih. Apa yg saudari nak jawab diPadang Mahsyar nanti dimasa Allah SWT meminta bukti keatas pertuduhan ini.

    Kenapakah saudari terikut-ikut dengan bangsa Ultra Kiasu yang selalu mempertikaikan kebolehan bangsa Melayu Islam didalam perniagaan.

    Allah SWT telah berfirman berkenaan mereka-mereka yang mencari rezeki dengan berniaga dan Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa 9 drpd 10 punca rezeki adalah didalam bidang perniagaan. Berniaga adalah sunah Rasulullah.

    Oleh itu, jukalau beliau berniaga, kita patut bangga.

    Jangan terikut dengan bangsa Ultras Kiasu yg telah mula terasa bahawa bangsa Melayu Islam diMalaysia telah mula mengorak langkah didalam perniagaan.

    Jika bangsa Ultra Kiasu berjaya didalam perniagaan, mereka kata mereka bekerja kuat TETAPI jika bangsa melayu Islam berjaya didalam perniagaan, mereka akan berkata "itu mesti kroni, kabel besar".

    Tahukah saudari, itu adalah salah satu stategi mereka untuk melemahkan bangsa Melayu Islam.

    Sedarlah.

    Semuga Allah SWT merahmati saudari.

    Thanks.

    Jimmy Hillhead
    Boulevard Hotel, MidValley, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  8. Antara Dua DarjatJuly 1, 2010 at 7:21 AM

    Barang diingat bahawa kecantikan itu hanyalah sementara sahaja. Umur kecantikan hanya lebih kurang 8-10 tahun. Selepas itu wajah akan kerepot, yang tengang akan kendur, yang sempit akan longgar, yang mengunung akan meleper, jari-jemari akan naik urat, perut akan akan buncit dan merekah selepas kelahirkan 2 atau 3 orng anak,rambut menjadi uban,kentut menjadi busuk, ketiak menjadi hapak, malah segalanya akan berubah bentuk kepada kejadian asal kejadian manusia di dalam perjalanan berjumpa cacing di dalam kubur.
    Kecantikan dan helikopter tidak akan dibawa masuk bersama dalam kubur kelak hanya 3 perkara yang akan ditinggalkan :
    1)Sedekah dan amal jariah
    2)Anak yang soleh
    3)Ilmu yang dimanafaatkan.
    Jika mesemua persediaan ini gagal maka jawablah sendiri.

    Mewah di dunia ini biarlah berpada-pada.

    ReplyDelete
  9. Betapa bertuahnya ank ramli ngah talib tuh....jadi ank orang kaya dn berkuasa.tapi....janganlah nk menunjuk2.....akhirnya,nama bapak dia juga yg terpalit .....

    jgnla jadi cam anak menteri botak yg x boleh dengar perkataan 'melayu'..nanti dia label rasis...erannya,menteri botak masih jd pilihn prngundi padang rengas...

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang pak jadi menteri.woooi anak bini dia lebih power dari dia.

    ReplyDelete
  11. Awang Tak SelamatJuly 1, 2010 at 12:01 PM

    Alaaa Mami oooiii..
    Takkan hang tak tau anak-anak menteri umno semuanya sama ajaa.
    Anak Daim - Wira Dani hang pi siasat. Anak Nazri Azziz - Hang pi siasat. Hang mantan MB Kedah - Hang pi siasat.

    ReplyDelete
  12. mummy R,
    masa belom dapat, depa gunalah heli, bmw, jaguar, rolls royce dan yg hebat2, tapi bila dah dapat esok nie.... hmmmmm .... yg seksi jadi seksa, yg manis jadi tawark, yg cun jadi mereheh......

    lumrah dunia, baik lelaki maupun pompuan, semua materialistic punya kaum.....

    jangan hari ni ketawa berderai2, esok menangih ayak mata darah pulak...... kebanyakan contoh dah dok ada...

    so kita enjoy dulu....

    biaqpilaaaaaa

    ReplyDelete
  13. UMNO dan BN masih lambat nak berubah sebab sudah hanyut dengan kemewahan.Namun begitu saya tidak mahu mengatakan sama ada helipkopter anak bekas MB Perak itu dikaitkan dengan kemewahan ayahnya.

    Biarlah rakyat menilai sendiri.Mereka begitu gah bicara soal ketuanan melayu dan hak keistimewaan Melayu tetapi sebenarnya hanya untuk kepentingan mereka sendiri.


    Kepada Mummy Rokiah,blog anda memang menarik dan saya ingin mnejadi salah seorang pengikut anda.Kepada Mummy Rokiah dan rakan-rakan yang lain anda dipelawa menjadi pengikut di blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/ dan http://my.opera.com/muiz5339/blog/

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Iskandar Zulkarnian,
    You're in my bloglist.
    MR berblog untuk rakyat kerana kita dari rakyat dan akan terus bersuara untuk rakyat.

    TQ.

    ReplyDelete
  15. bapa jadi pejuang bangsa dan negara,bila sampai giliran anak jadi pedukang.sepatutnya gunakan apa sahaja kemudahan dan kemewahan yang ada hasil pengorbanan rakyat serta kepercayaan rakyat pada bapanya dulu dimenafaatkan semula sejajar dengan kehendak agama dan negera.banyak benda boleh.sebab itulah kita orang melayu dari sehari kesehari sentiasa dalam kerugian.megah sangat kah mengorat pun naik helikopter.saat ini ramai ibu bapa keluh kesah gembira serta serabut fikiran mencari duit ringgit bila anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.insaflah wahai orang yang berada.anak orang kaya.anak tun.anak tan sri.anak dato.anak yg terhormat dan anak yang berhormat.

    ReplyDelete
  16. Mana lagi datang kekayaan kalau bukan dari kuasa bapa. Bukan stakat anak yang kaya, ada juga menantu yang kaya raya semasa bapa mentua berkuasa.
    Kuasa mendatangkan wang, wang membeli segala-galanya termasuk artis.
    Kita tungu pula bila lagi pemimpin PAS atau anak pemimpin PAS akan mengorat artis.
    PAS IS CLEAN.

    ReplyDelete
  17. Bila Melayu kaya sikit macam2 tuduhan dilemparkan entah betul entah tidak? Wallah hu Aklam. Seolah2 orang Melayu jangan kaya, biarlah kaya dipunyai oleh bangsa lain.

    Yang peliknya bila bangsa lain kaya tak mengapa pulak, aku bukan nak sokong sape2, tapi yang paling baik tu siasat dulu kebenarannya sebelum nak komen..

    Kaya pun salah
    Miskin pun salah
    Semua jadi serba salah.

    ReplyDelete
  18. Takpalah mewah sikit2, lagipun TS Ramli telah banyak berkorban kepada rakyat Perak. Banyak jasanya pada rakyat Perak. Beliau sanggup turun padang bertemu rakyat. Beliau banyak menyumbang kepada masjid, majlis berbuka puasa, kadang2 berjumpa sendiri dengan orang yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.