Atas desakan Melayu dan umat Islam Malaysia Najib terpaksa akur dengan membatalkan lesen judi bola yang telah dilulus secara dasar kepada Ascots Sports Sdn Bhd. Ascots Sports adalah syarikat kepunyaan Tan Sri Vincent Tan manusia no 9 kaya di Malaysia yang nilai kekayaannya US1.3billion.
Kata DS Najib, lesen pertaruhan sukan ini bermula dari 1989 apabila Ascot mendapat lesen berkenaan daripada kerajaan tetapi mereka menyerahkan semula lesen itu pada 1990 selepas mendapat kerugian besar.
Inilah perangai dan sikap Vincent Tan kalau rugi diserah pada kerajaan dan kalau untung disonglap sampai tinggal tulang belulang.
Di sebalik tabir pula ada segelintir pihak yang menyoal mengapa lesen ini tidak dibatal sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula. Apakah perjudian ini telah berjalan dengan lancar diperingkat awal kejohanan ini dan Vincent Tan telah pun meraih keuntungan berbillion ringgit.
Kalau dilihat pendedahan media akhir-akhir ini berhubung dengan penangkapan operator gelap judi bola haram yang dibuat ia telah mencecah jutaan ringgit. Itu baru anak-anak bilis di kedai-kedai kopi Cina. Bagaimana pula dengan datuk-datuk yang terlibat dan tidak mustahil Vincent Tan juga telah mengaut keuntungan berbillion ringgit sebelum Kerajaan mengharamkan lesen ini.
Sama-sama kita tunggu dan lihat senarai kedudukan jutawan Malaysia yang terbaru pada awal tahun hadapan di dalam majalah Datuk Kadir Jasin, The Malaysian Business di mana tangga kedudukan Tan Sri Vincent Tan.
"Depa kata kalau tak judi bukan Cina namanya" kata Pak Bakar.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Bukan cina saja main judi ni Melayu,India dan lain -lain pun ramai juga main judi.Diwarung-warung kopi masih ramai yang masih
ReplyDeletebertaruh...kembalilah kepada ajaran Islam yang mengharamkan judi yang sah dan illegal.Bersamalah kita membentras
kemaksiatan.
judi bola tak pa gak bermusim ni nombor ekog mkt 3 kali seminggu cammana.tak kaya kaya pun adoiii.yang ni patut batal dulu lesennya.tak boleh kerrrr
ReplyDeleteMR.TAK PE LAA.TAPI TAK PE BOLEH MAIN JUDI KAT AUSTRALIA,HONG KONG,MACAU.DISINI RAKYAT TAK TAU.LEPAS TU BALIK KE MSIA BUAT BODOH JE MENENTANG AKTIVITI JUDI.
ReplyDeleteYang aku takut cuma main wayang saja, yang diharamkan lesen yang baru nak dikeluarkan, bagaimana dengan lesen yang sedia ada?
ReplyDeleteAku melihat dalam hal lesen pun seolah2 ada perjudian.....V.Tan juga yang kaya.
pls don be so stereotype. I know a lot of Malays who betting and saw many Malays go in to Genting casino for betting. And also don be so proud of Syed Mokhtar Al-Bukhary (The only Malay in the top 10 list). He's the 1 who robbed rich and capable ppl like Robert Kwok (The richest on the list).Yet, cant manage the market well and lead to our country economy go down.
ReplyDelete