Awang Selamat dalam kolumnya Mingguan Malaysia 27/6/2010 membangkitkan isu KSU yang sangat berkuasa di sebuah Kementerian. Kuasa KSU tersebut mungkin lebih berkuasa dari Menterinya sendiri kerana mengikut Awang Selamat KSU tersebut begitu berkuasa sehingga banyak membuat percaturan mengikut kesukaan beliau.
Ada yang mendakwa KSU tersebut bijak memanipulasikan keadaan agar segala keputusan memihak kepada beliau. Dalam kata lain inilah contoh terbaik Napoleon Kecil.
Jika kita memperkatakan sejauhmana kekuasaan seseorang itu harus juga diingat seluas mana kementerian yang beliau kuasai. Kelau size kementeriannya besar maka besarlah kuasanya begitulah sebaliknya.
Size sesebuah kementerian itu juga memberi ruang kuasa kepada KSU tersebut menterjermahkan kuasanya yang ada. Terdapat juga size sesebuah kementerian yang kecil sehingga langsung peranan KSUnya malah Menterinya tenggelam begitu sahaja tanpa publisiti.
Apabila DS Najib dinobatkan sebagai PM beliau membuat pengstrukturan semula dan rombakan cabinet dan ada kementerian yang beliau mansuhkan dan ada kementrian yang beliau satukan.
Kementerian yang paling besar disatukan di mana tiga kementerian disatukan menjadi satu ialah Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.Ketiga-tiga kementerian ini disatukan menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Dengan penyatuan ini bidang kuasa dan kuasa yang paling besar ialah KSUnya mengatasi Menteri kerana “Menteri datang Menteri pergi @ Minister come Minister go and I am here to stay”. Menteri dipilih rakyat dalam pilihanraya, dengan suasana politik yang tidak stabil sekarang menteri pun seperti telur dihujung tanduk tetapi KSU kekal sehingga pencen. Menteri pun bukannya tahu sangat kuasa-kuasa pentadbir.
Sebelum pencen mestilah ada perancangan selepas pencen. “Bila lagi nak kampoi? sebelum pencen la, besok kuasa den dah habis artis cantik pun dah tak pandang den lagi dahhhhhh” kata rakan dari Seremban.
Meminjam kata-kata akhir pojok Awang Selamat “Terserah kepada tafsiran masing-masing”.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
aku dah dapat teka dah siapa dia ksu tersebut.oooi depa pun proksi depa.depa dah ready untok pencen.orang doh tudoh orang politik.puak-puak ni lagi laju.menteri tahu ajaknya.tapi ada kira-kira kot.satu untuk hang satu untok aku.bongkar mummy bongkar.rakyat makan kuah dan miskin.depa makan isi.kemudian rakyat maki hamun kerajaan bn/umno.depa senyap je.dato najib kena tengok sama yang ini.
ReplyDeleteTanya pada producer bukan Melayu yang dapat beratus jam untuk menerbitkan rancangan diRTM berapa persen untuk talian dan konco-konco
ReplyDeletePenerbit bukan Melayu dari Seremban yang bukan ahli dalam bidangnya dapat beratus jam hanya kerana ada bahgian untuk yalian tertentu diperingkat atasan. Dah naik jemu dah penerbit Melayu dapat tulang aje.
Problem dengan Napoleon-napoleon kecil ini mereka dipertahan oleh KSN. Ada protection, kebal dan dicoverup habis-habisan.
ReplyDeleteNajib pun tak boleh buat apa nanti mereka leak pada pembangkang dan Najib kena hentam dalam Parlimen. Semua yang info dalaman yang bocor pada pembangkang ialah dari mereka, baling batu sembunyi tangan.
believe it or not..ketua pengarah MIDA ada bodyguard sendiri!! Check yourself..she always hold pc.
ReplyDeleteDepa kena pulun cepat-cepat kerana bila tamat perkhidmatan nanti 'out of sight...out of mind'.
ReplyDeleteMami baca lah berita di bawah:
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 27 Jun — Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merajuk lagi selepas dua tahun — kali ini dilaporkan mahu menempatkan khazanah sastera miliknya di New Zealand selepas kecewa dengan layanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk koleksinya.
Ini mungkin terjadi kerana dealing dengan hasil sastra negara ini bukannya mendatangkan keuntungan lumayan seperti dealing dengan producer drama RTM.
Jadi KSUnya pun tak ambil pusing, hampehhhhh saja.
GOYANG LOCENG KUAT-KUAT ADA KOMISEN AGAKNYA.HIRUP MEREKA SEMUA BIAR RAKYAT MENDERITA KAIS PAGI PUN BELUM TENTU MAKAN PAGI..DEPA 10 PERSEN.
ReplyDeleteApalah ada ertinya program juara rakyat.Rakyat cuma dapat bera,gula,kopi,minyak kelapa,ikan kering.Baiki rumah usang dsb nya.Itu pun belum tentu bila pula akan berulang.Yang pasti YANG KAYA BERTAMBAH KAYA manakala YANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN.Sudah akhir zaman agaknya.Kiamat makin hampir.....
ReplyDeleteBiasa le. Masa berkhidmat ada kuasa penuh. Pencen pun tak perlu risau, kerajaan akan lantik jadi Chairman atau BOD mana-mana GLC, eg EPF, Sime Darby dan macam-macam lagi.
ReplyDeletePendek kata boleh hidup senang sampai 2, 3 generasi. Mereka tak perlu jawap kepada rakyat dan tak perlu takut kalau tak popular. Parti yang menjadi mangsa.
rakyat dah lama dah tahu cerita ini.tapi apa nak buat.kerajaan bn bela depa.Mereka ini bodek menteri sahaja.rakyat bawahan biar mampus sahaja.yang pelik itu menteri pun jadi tongkoi dan tunggul kayu.kemudian rakyat maki kerajaan.depa lagi naik pangkat.menteri belum tentu lagi.melainkan bodek pm pula.akibatnya kerajaan bn hilang undi.
ReplyDeleteITU LAH KPI MEREKA SEBELUM PENCEN.
ReplyDeleteMami, Awang Selamat kena dedah sampai habehhhh kalau tak masing-masing di dalm teka teki.
ReplyDeleteU ni romeo ka Mami? Dah tua ke? Kuat lagi ke? Hansom ke?