Tuesday, July 6, 2010

RPK- KJ terpengaruh dengan cerita James Bond dan Musa Hassan kena belajar dari James Bond


Kejar mengejar di antara Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Raja Petra Kamarudin tidak ubah seperti cerita kartun penerbitan Walt Disney, “Tom and Jerry”. Musa kejar RPK lari, Musa tidur RPK menari.

Semalam pula Khairi Jamaludin persoal Musa Hassan mengapa tidak menghubungi Scotland Yard di London kerana terang-terangan RPK berada di London atas perjanjian extradisi kedua negara.

Hari ini jawab Musa Hassan, PDRM pernah memohon bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan ‘amaran merah’ atau ‘international red notice alert’ terhadap RPK namun Interpol menolak.

Kalau dalam cerita James Bond 007 RPK telah lama ditangkap. KJ mungkin terpengaruh dengan banyak cerita James Bond sebab itu beliau ingat terlalu mudah Polis menangkap RPK. Walaupun James Bond 007 hanya cerita wayang ada bahagian-bahagian yang boleh Musa Hassan belajar dari James Bond untuk Musa Hasan bertindak membawa balik RPK.

Iktibar dari isu RPK ini bukan setakat RPK terkerising suka tapi ternyata membuka ruang kepada banyak lagi pelarian terlepas dari tindakan undang-undang negara ini.

Sama-sama kita tunggu dan saksikan adegan “Tom and Jerry” ini untuk episod yang akan datang.

5 comments:

  1. Cik Mami,
    Saya berpendapat dalam apa juga siasatan berprofil tinggi yang melibatkan perundangan dua negara ia harus dilakukan dengan berhati-hati.Jika tidak ayam terlepas tangan bau tahi.
    KPN, Tan Sri Musa ada strategi siasatan beliau sendiri yang diperingkat kerahsiaan.
    Jangan kita letak beliau di dalam situasi yang sukar dengan provokasi-provokasi di mana beliau terpaksa mendedahkan kerahsiaan siasatan. Konon semua nak telus dan terbuka kelak kita terperangkap.
    Kejayaan PDRM terbukti selama ini bagaimana mereka membenteras Kumpulan Sesat Arqam, proses damai Komunis di Hatnyai,peristiwa Sauk dan banyak lagi secara tiada publisiti meluas.
    PDRM TIDAK DIAM,DIAM-DIAM UBI BERISI.

    ReplyDelete
  2. betoi sangat prebet lapok.depa ingat kerja polis macam keling jual kacang puteh bising seluruh bandar.aku setuju.bukan semua kerja canang merata-rata.

    ReplyDelete
  3. Yang dok bising pasai RPK tu pun sapa? Ketua Pemuda UMNO, Menteri Dlm Negeri, PM, TPM, malah Ketua Polis Negara sendiri. Patutnya, tangkap dulu, baru bising. Itulah baru diam diam ubi berisi...ini tidak, bertelur kemaruk sebijik, riuh senegeri.

    Preber Lapuk:
    Setakat benteras Al-Arqam, itu patutnya bukan kerja Polis lah..Kalu pejabat ugama panggil AlArqam mari bersemuka dan didakwa di mahkamah pun, Al Arqam akan datang. Apa bahayanya AL Arqam kepada keselamatan negara?
    Peristiwa Sauk? Lagi katun...masalah enteng yang diperbesarkan kerajaan untuk menghalalkan tindakannya memerangi Al Arqam. Pergilah tangkap sindiket judi tak bercukai, pelacuran, perdagangan manusia, penjenayah tegar, pembunuh kanak-kanak (Nor Jaslin, misalnya)...setakat Al Arqam, Peristiwa Sauk , lepas tu nak mendabik dada, toksahlah...malu....

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. PDRM adalah institusi sasaran yang mula dibelasah Anwar Ibrahim sejak dari penangkapan beliau berhubung kes liwat pemandu beliau.
    Hari ini Anwar tak perlu lagi belasah PDRM kerana kerja-kerja ini dibuat oleh menteri-menteri sendiri dan Ketua Pemuda KJ.
    Mereka membelasah kredibiliti PDRM bagi pihak Anwar Ibrahim.
    Lihat bagaimana jentera bermula?

    ReplyDelete
  5. Musa Hassan ke Gani 4tahil ke KJ ke Nazri ke sume same je bebau tahi sendiri. Bukan nak sokong RPK tetapi tindak tanduk 4 ekor inilah yang akan hancuskan UMNO dan kerajaan. Yang pelik tu camane Tok Jib boleh pakai pale hotak diorang ni. Dulu-dulu zaman IGP Hanip Omar dan AG Abu Talib byk kes diselesaikan secara bermaruah dan diorang tak de le nampak macam dicucuk idung pun. sekarang ni nampak sangat cara pengendalian kes tak berapa nak logik. Contohnye camane orang kampong nak caye DSAI liwat si saifool bila tetibe je ada DPP muda jatuh cinta kat dia. Takkan la nak buat laki kalau dah tahu pungkok dia tu dah kena gurmit? Tapi mungkin jadi gitu sebab dia tahu pungkok si saifool ni tak kena apa-apa. Dia tahu sebab dia tu DPP kes itu. Dah tentu le boleh akses kpd maklumat sulit. Itu le sbb timbulnya orang-orang macam RPK. Nak buat drama pun kenalah mengaji cara-cara buat drama. Tak caya tanya le Ahmad Idham atau David Teo. Tu pasai Tuk Rais pilih depa walaupun caranya tak brp betul ikut undeng-undeng Finas. So kpd prebet lapok..kompem kpala hang memang dah berlapok tak boleh pikiak dengan betui.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.