Saturday, August 13, 2011

PRU13, siapakah yang kita mahu "pangkah"?

Hari ini umat Islam Malaysia telah 13 hari berpuasa. Sekadar untuk peringatan dan renungan berikut di petik ayat-ayat Al Quran berhubung kepimpinan sebagai panduan dalam PRU13 kelak :

Ali-Imran: 28
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) terhadap sesuatu yang ditakuti. Dan Allah memperingatkanmu dari siksa-Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali".

An Nisa,: 139
(yaitu) orang orang yang menjadikan orang orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah bahwa semua kekuatan itu milik Allah.

An-Nisaa': 144
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?"

13 comments:

  1. org melayu mostly tak akan undi kafir... masalahnya org melayu kini meluat dgn umno dan jugak pas...rakyat amat perlukan pemimpin yg betul2 boleh buat kerja tak kira umno atau pas... rasanya trend sekarang ramai akan beralih arah utk sokong pemimpin melayu yang berwibawa yg bole bantu rakyat tAK KIRA PAs atau umno..jadi awas la umno kalau masih letakkan pemimpin yg sebarangan...

    ReplyDelete
  2. mummy rok.apa pun kita tengok dulu muka calon.kalau dia ok kita pangkah sahajalah.makna kata ok dari segi kelulusan,ok dari akhlak,ok dari kemasyarakatan,ok dari segi wajah dia,ok dari segi budi bahasa dia.kalau mummy jadi calon wow......nak guna lambang apa pula.

    ReplyDelete
  3. TAK NAK Jadi Ahli Neraka apabila ditanya di akhirat nanti bersubahat memurtadkan orng islam ... Undilah BN sebab diketuai orang melayu islam dari kalangan kita sendiri serta tidak lupa membantu kaum dan bangsa lain untuk hidup bersama-sama

    ReplyDelete
  4. Kafir ertinya orang yang engkar kepada perbuatan baik. Perbuatan bail tu pula banyak kategorinya. Kita ambil yang besar-besar misalnya pemimpin yang menafikan kesejahteraan hidup yang mantap-mereka menafikan hak asasi, mereka rasuah, mereka tidak ikut anjuran agama supaya mendukung nilai-nilai sivil dan demokraktik. Kafir bukan bermakna dia tidak mengucap, tak percaya Tuhan Muslim,bukan tak percaya Ketuanan Melayu,tak percaya sultan atau tata negara, makan babi,minum todi atau melacur China doll. Pengertian kafir harus dinilai semula. Jadi jika ada orang atau pemimpin kafir yang berpotensi membawa negara ke hadapan apa salahnya. Orang kafirlah yang paling maju di dunia, lihat Australia, Finland, Singapura, New Zealand, Sweden dan banyak lagi. Banyak negara 'Islam' adalah yang paling korap sekali dalam dunia seperti di Libya, Syria, Yaman, Bahrain dan banyak lagi juga walaupun mereka tunggang-tonggeng sembahyang lima waktu, naik haji sepuluh kali dan pandai mengguna hadis dan Quran untuk kepentingan individunya.Orang kapiak maju dalam banyak ilmu sains dan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan. Orang Islam maju menghafal hadis dan Quran dan mengajak kepada 'jalan yang lurus' tapi tak pandai mengupasnya untuk kemajuan warganya. Pemimpin UMNO dalam kerajaan adalah mereka yang paling bangan mentadbir dan membawa warganya dengan mutu pendidikan yang tidak bermutu ( seperti graduan universiti tak tahu berbahasa Inggeris), membangunkan warganya dengan sabsidi selama berdekad-dekad dan berdengung dengan 'kerana agama, bangsa dan negara' bukan kerana rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat dan menggunakan semangat keusahawaan individu dan sains/teknologi untuk maju ke hadapan sehingg lupa pemimpinnya sudah 'sapu' berbilion-bilion daripada pegangan konsep orang 'Islam' yang lebih mementingkan aqidah, agama, raja, dan pemimpin korap.

    ReplyDelete
  5. INSYAALLAH. SAYA DAN FAMILY SERTA SEMUA ADIK BERADIK AKAN PANGKAH BN. UMNO WALAUPUN TIDAK SEMPURNA TERNYATA SANGAT JAUH LEBIH BAIK DARI PAS. KEPADA PAS, INGAT SAMA BAHAWA TIADA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI (KECUALI NABI DAN RASUL) TERMASUKLAH PAS. BERPULUH TAHUN ANDA BERCERAMAH MENGUTUK UMNO DAN BN TETAPI APABILA ALLAH BERIKAN KUASA APA ANDA BUAT. DI SUNGAI PETANI DEKAT KAWASAN HOSPITAL BESAR SAH TU TERPACAK SATU LAMBANG PROJEK PAS. SAYA INGAT INDUSTRI APA RUPANYA PUSAT PENGUMPULAN BARANG APA TAH. HANYA PACAK TIANG ADA BUMBUNG LEPAS TU TUNGGU ORANG HANTAR APA-APA UNTUK DIJUAL. KALAU ORANG CERDIK BAGUS HANTAR TERUS KAT TESCO. ITU SAJA. LANCAR GAH BUKAN MAIN. MALANG SUNGGUH. SETIAP MALAM BERCERAMAH MENGATA ORANG TAK BETUL, SUDAHNYA ANDA LEBIH BURUK DAN MUNAFIK DARI ORANG YANG DIKATA TAK BETUL. MALANG LAGI MAHU PULAK LANTIK PELIWAT DAN PENUTUH CINA DOLL JADI PM. AGAKNYA MEREKA LUPA BACA AL-QURAN BERKAITAN KAUM LUTH. MEREKA JUGA TERLUPA NAK BACA AYAT YANG MUMMY ROKIAH SEBUTKAN DI ATAS SEBAB MEREKA SIBUK MENCARI AYAT-AYAT YANG NAK HENTAM UMNO DAN BN SAJA. TU PUN PATAH BALIK KE MUKA MEREKA SENDIRI.

    ReplyDelete
  6. SENARIO POLITIK KEDAH.ORANG RAMAI TAK BERAPA YAKIN DENGAN DATOK BASHAH.FEDERAL UNDI BN KERANA DATO NAJIB.STATE MASIH BELAH BAGI.DATOK BASHAH DILIHAT TAK BERMAYA SEBAGAI TOKOH POLITIK UMNO KEDAH.

    ReplyDelete
  7. nak senang melayu undi malayu jangan kira parti apa pun.Asal kan mereka bila menang boleh bersuara dengan berani masaalah rakyat setempat.Calon bebas pun ok juga.Asal melayu cukup.Wakil Rakyat PAS,UMNO serupa je.Bila jadi YB saja mula sekali tayang kereta besar.Paling koman Mercedes.Di Kedah tak perlu wineable candidate.Itu calon umno punya.PAS pula calon pakai serban.PKR pula calon putar bel;it.Calon UMNO masih tak nampak yang bagus-bagus.Yang nampak kaki joli,kaki pompuan kaki judi.Soal undi nanti kita fikirkan kemudian bila calon umum.
    Setakat hari ini Najib OK.Ustat Azizan OK.Sama-sama umum duit raya.Tapi itu bukan duit poket mereka.Itu duit kerajaan dan duit rakyat.Bukan duit umno atau PAS.PRU 13 lambat lagi.Orang melayu kena kerja kuat jangan harap gereja nak beri bantuan.Malu umat Islam.Orang politik meraka dah kaya raya.

    ReplyDelete
  8. Insyaallah saya dan seluruh ahli keluarga akan undi PAS. Keyakinan kami kepada UMNO dah lama lebur. Cakap tidak serupa bikin.

    ReplyDelete
  9. PRU 12 melayu sokong DAP . PKR kenapa sebab UMNO/MCA/GERAKAN/MIC hampas...PM masa Sampah.. PRU13 Melayu tak keluar mengundi sebab meluat dgn UMNO/PAS...termasuk aku...semua da mcm era paklah..TIDOR....

    ReplyDelete
  10. Insyaallah, PRU13 semua ahli keluarga saya akan undi PAS. Saya sudah tidak mengundi umporno sejak election 1999 lagi.

    ReplyDelete
  11. katalah kita ada 2 pilihan calon-seorang tu UMNO (Melayu dan Islam)-perangai dan watak langsung tak Islam-rasuah, sebar fitnah, mencaci lawan politik Islam,dikatakan kaki betina oleh bapak dia sendiri, tidak adil, menipu proses PRU. Seorang lagi-PKR-ok saja, tapi tak buat benda benda keji yg UMNO tu buat.

    Dalam keadaan ini, kita patut memangkah PKR itu, sebab kita sayangkan calon UMNO tu. Kita tak mahu dia terus membuat dosa jika dikekalkan kuasa kpdnya. Kita nak dia bertaubatlah, Dlm hal ini, lebih afdal, malah wajib kita menyelamatkannya dari terus disesatkan oleh kemabukan kuasanya. Dengan itu, kita tidak memangkahnya.
    Jangan lupa, dlm banyak keadaan yg baik pada pandangan dan pemikiran kita, sebenarnya tidak baik. Sebenarnya hanya Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  12. Den dan semuo ahli keluargo pangkah PAS le wei

    ReplyDelete
  13. Mami : dalam kontek Kedah dan PRU 13.PAS akan terus jadi kerajaan.Pasal UMNO Kedah lemah.Kerja tak buat.Gaduh memanjang.Tak habis lagi.Aktiviti syok sendiri.Dato bashah buat apa nak bagi UMNO Kedah kuat.BN buat apa setakat hari ini.Apa program UMNO.Apa dia program BN.UMNO Kedah tak ada team work.Dato Bashah buat kerja sendiri sahaja.PAS pun ada masaalah.UMNO tak pandai ambil kesempatan.Kerja UMNO siang malam pagi petang bagi bantuan.Bagus juga.Tapi kumpulan lain UMNO tinggal.Kumpulan ini banyak juga.UMNO Kedah dah lupa pada tokoh lama ke.Mereka pun berguna juga.Dato Bashah nampak macam masih teraba-raba nak buat kerja.Malang bagi UMNO Kedah.Jentera Penerangan sudah tutup ke.Media UMNO Kedah ada dimana.Gerak saraf UMNO Kedah ada ke tidak.PRU 13 ini hebat dan senget.Bukan boleh main-main.Bahagian di Kedah celaru lagi.Nampak je senyap.Korek sana sini masih ada.Aku ingat dato Najib gantung lah UMNO Kedah.Suruh MT ambil alih sahaja lah.Kubu PAS makin bertambah.Penyokong PKR tak berubah.Isu Pak Sheh perkara biasa sahaja bagi mereka.Ingat PRU 13 dah tak lama lagi.Pejam celik pejam celik sampailah masanya.Boleh Dato Najib jadi PM Malaysia lagi........

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.