“Seseorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabilamenempuh umur pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan “centralist” dan berkecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan atau konservatif”.
Kenyataan Tun Mahathir di atas dipetik dari Kata Pengantar di dalam buku “Kassim Ahmad Mencari Jalan Pulang, Daripada Sosialisme Kepada Islam” terbitan Zi Publication 2008.
Sesetengah pihak berpendapat tiada istilah persaraan di dalam hidup seseorang politikus. Politik ibarat ketagihan seperti candu di dalam hidup mereka. Walaupun berbagai aktiviti cuba dipenuhi oleh tokoh-tokoh politik ini tetapi hakikatnya mereka tidak dapat berdiam diri untuk mencampuri dan bersuara daripada luar Kerajaan baik di dalam bentuk kritik terbuka, menulis di dalam akhbar atau mengeritik di dalam memoir mereka.
Bapa Kemerdekaan Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman mengisi ruang persaraan beliau dengan menulis dalam akhbar The Star. Dalam ruangan “As I See It” dalam akhbar The Star Tunku banyak menulis kembali liku-liku pegnalaman politik beliau dan banyak menyindir dasar-dasar kepimpinan Mahathir ketika itu.
Tunku juga pernah keciwa selepas persaraan. Kekeciwaan YTM Tunku ditulis di dalam buku beliau “The Political Awekening”- “After this (I recall with painful memory) I left the assembly with a few old faithfuls who accompanied me to the car, but the rest of the assembly continued with their deliberations without even a break of a few minutes to bid me farewell”.
Manakala bekas tokoh pembangkang Tan Seri DR Tan Chee Khoon menghabiskan masa persaraan politiknya nya dengan menulis “An Authobiography Tan Chee Khoon, From Village Boy to Mr Opposition”.
Terdapat juga bekas-bekas pemimpin selepas persaraan, mereka sering dipanggil oleh pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman bersama tokoh-tokoh terkemuka yang lain untuk menyampaikan ucaptama kepada warga penuntut dan pemimpin-pemimpin muda generasi yang akan datang. Jasa-jasa mereka sering dikenang dengan dianugerahkan Doktor Kehormat dan berbagai lagi.
Sebaliknya ruang-ruang persaraan Tan Seri Kadir Sheikh Fadzir diisi dengan penglibatan beliau dalam himpunan haram Bersih 3.0. Kehadiran beliau dengan baju T kuning dalam perhimpunan bersih kelihatan seperti badut sarkas yang sedang juggle ‘bebola’ warna-warni di dalam persembahan sarkas.
Isi ucapannnya lebih kepada sekadar ‘ride along’ atau tumpang sekaki isu yang dibangkitkan oleh DS Anwar Ibrahim dan Ambiga. Air mukanya lebih kepada kerut kekeciwaan tidak diberi habuan oleh Kerajaan DS Najib bukannya kekeciwaan seorang pejuang tulin seperti tokoh-tokoh PKM Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.
Kekeciwaan bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir atau lebih mesra dengan panggilan Tok Kadiaq di kalangan orang Kedah jelas kelihatan apabila beliau berdegar-degar menghentam parti dan pemimpin yang satu ketika banyak berjasa kepada beliau.
Kesimpulannya, ‘the moral of the story’ tidak siapa dapat menduga bagaimana kesudahan seseorang politikus itu. Ada yang endingnya sebagai pejuang yang dikenang sepanjang zaman penuh dengan prinsip perjuangan dengan terpahat kukuh di dalam tinta sejarah, ada pula yang pupus kerana ketinggalan zaman.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Mera Nam Joker..mcm filem hindi
ReplyDeleteKadir Sheikh Fadzil bukan saja merupakan pemimpin pseudo dari kalangan UMNO yang akan pupus kerana ketinggalan zaman. Pemimpin UMNO yang mungkin dikenang ialah Tun Abdul Razak dan Tun Ismail kerana yang lainnya tiada konsep perjuangan untuk rakyat Malaysia melainkan nak merembat harta kekayaan negara yang dikepalai oleh Mahathir dan Daim Zainuddin. Pemimpin UMNO bukan pernah pun melawan penjajah melainkan bekerjasama dengannya tapi melaung ononnya mereka melawan penjajah yang telah membunuh pejuang tulen kemerdekaan seperti PUTERA-AMCJA, tak percaya baca sejarah betul-betul
ReplyDeleteMR, laluan kemerdekaan kita unik -
ReplyDeletepasai apa ada orang nak komplen kita tak tumpah darah macam negara2 lain?
Ada kah cara kita ni tak sehebat Indonesia?
Anom,
ReplyDeleteSejarah harus dikaji dengan mendalam bukannya diinterpretasikan mengikut kehendak segolongan.
Tidak dinafikan diawal perjuangan bebagai cara yang tersendiri diambil samaada Komunism atau acuan demokrasi cara British.
Yang suka kepada Komunism akan menentang British dan di awal juga Utusan Melayu pro Komunis seperti apa yang diceritakan Abdullah CD di dalam memoirnya.
Beliau di dalam hutan manakala Ahmad Boestamam berjuang diluar.
jika umur melebehi 60 tahun tetapi rambut yang sudah putih maseh dicat supaya hitam,maka kita bertambah lupa dan sangka kita maseh bertenaga maka syiatan/iblis tetap menarik kita kejalan yang bertentangan dan hanyut jauh dari agama.bacalah kisah-kisah yang diwahyukan oleh Allah SWT {AL-QUARAN} untuk pertunjuk bagi umatnya.
ReplyDelete