Thursday, June 14, 2012

RAKYAT KEDAH DIBUAI OMBAK RINDU DAN “MUKHRIZ ~ A KNIGHT IN SHINING ARMOUR”.

Menyingkap lembaran sejarah kejatuhan UMNO/BN di Kedah ianya berbunga pada tahun 1996 apabila usaha membawa Sanusi Junid untuk menjadi MB Kedah 'ditentang' oleh sekumpulan 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) ketika itu.

Kumpulan 22 ini diketuai oleh Speaker DUN Kedah pada masa itu Arwah Datuk Zainol Md. Isa dengan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya Sanusi tidak dilantik sebagai Menteri Besar. Walaubagaimanapun atas kehendak Mahathir yang memang bersikap degil dan pantang ditentang, Sanusi Junid ditabal juga menjadi MB.

Mukhriz dilihat sebagai Satria Kedah
Apabila menjadi MB kumpulan 22 telah ‘dimusnahkan’ secara halus oleh Sanusi yang memang pakar dalam hal-hal politiking berbekalkan pengalaman sebagai Setiausaha Agung UMNO (era UMNO haram). Dasar-dasar dan projek yang dibawa Sanusi seperti projek tanaman padi atas bumbung, pertandingan cabut uban, program mengurut isteri dan projek piala Mat Jenin semuanya gagal dan hanya menjadi bahan tertawa rakyat. Pendek kata sepanjang kepimpinan Sanusi sebagai MB Kedah rakyat ibarat dibuai fantasi dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Akibat daripada itu pada pilihanraya 1999, UMNO/BN kehilangan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen ke tangan Pas. Keputusan ini adalah manifestasi 'kebencian' dan rasa tidak puas hati rakyat Kedah kepada Sanusi Junid dan Dr Mahathir, Pendana Menteri ketika itu.
Berbalik kepada perkembangan politik semasa, tanpa angin-tanpa ribut tiba-tiba pengundi di Kedah digemparkan dengan cerita Mukhriz Mahathir akan dijadikan MB Kedah selepas pilihanraya nanti. Semua rakyat tertumpu kepada Mukhriz yang dianggap bakal menjadi ‘Knight In Shining Armour’ yang akan turun menyelamatkan Kedah di dalam suasana huru-hara politik dibawah pemerintahan PAS, ibarat dilanggar garuda di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, .
Zam Maidin satu sekolah dengan Ustaz Azizan

Persoalannya apakah Kedah sudah ketandusan pemimpin atau satria diperingkat negeri atau gossip ini sengaja diada-adakan sesama sendiri kerana ingin melihat politik Mukhriz berkubur? Mukhriz harus dilihat sebagai politikus nasional atau dalam istilah pemain bola sebagai ‘nasional player’ dan mengapa perlu diletak beliau sebagai pemain ‘state player’?. Sanusi Junid pernah berkata kepimpinan beliau di Kedah ibarat ‘big fish in a small pond’.

Hari ini Kedah kelihatan sudah ketandusan satria politik kerana yang bertunas kerap dicantas atau diratah mentah-mentah oleh ‘power broker’ yang masih dibuai zaman kegemilangan yang sudah padam dan tidak akan kembali lagi. Broker-broker ini yang sudah tidak laku lagi tetapi masih bergayut di ranting-ranting pemimpin pusat termasuk Najib, Mahyuddin dan Zahid Hamidi.

Sejarah keagungan politik Kedah yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin negara @ nasional player bukan satu jasa yang kecil. Bermula dari YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato’ Senu Abdul Raman, Tan Seri Khir Johari, Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin, Tan Seri Sanusi Junid, Tan Seri Zainudin Maidin dan ramai lagi kini berkubur di dalam lipatan sejarah.
Daim, sumbang dalam diam kepada KUIN

Yang tinggal hanyalah pemimpin ‘half past six’ di negeri yang boleh dikategorikan sebagai bukan ‘winnable candidate’ atau lebih tepat ‘lousy candidate’. Wakil-wakil rakyat UMNO yang ada hari ini tidak berwibawa untuk menyanggah atau berdebat dengan ADUN Pakatan Rakyat di dalam dewan kerana mereka kurang membaca dan mengkaji fakta-fakta yang bernas untuk di bahas di dalam Dewan Undangan Negeri.

Sebagai contoh Mahdzir Khalid satu ketika merupakan ADUN yang pasif dan tiba-tiba bangun dari lamunan membangkitkan isu KUIN yang tersasar sasaran politiknya. Ahmad Bashah hanya seperti membawa mesin gun yang menembak tanpa sasaran. Azmi Che Husin dan Tajudin Abdullah berbahas sambil ketawa, lawak-lawak kelihatan tiada keyakinan fakta mungkin takut dihentam oleh PAS. Suraya cuba keras dan nampak berusaha kuat untuk ‘attack’ tapi rakan-rakan lain tidak membantu.

Novel karya Affifudin Omar
Malah yang ramai ADUN-ADUN UMNO di dalam dewan hanya seperti pak turut dan mungkin tiada pengalaman menjadi pembangkang. Pemimpin berpotensi seperti Datuk Dr Affifuddin Hj Omar telah hilang dilambung ombak dan kini hanya menjadi penulis novel sebaris dengan novelis Box Ofis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari.

Hari ini pemimpin Kedah di tangga yang tercorot dikalangan pemimpin kebangsaan dan yang ada pun seperti Johari Baharum, Marsitah Ibrahim, Jamil Khir semuanya seperti sayur bayam yang hanya segar apabila disiram air kecuali Mukhriz yang masih bertenaga bergayut di atas aura bapanya Che Det.

Hakikatnya rakyat Kedah hari ini sedang dibuai ombak rindu kepada UMNO dan BN tetapi mereka seringkali disajikan dengan pemimpin-pemimpin yang ‘auta’ dan ‘half past six’ dengan rekod ‘korup’ yang mana amat sukar untuk mereka pilih dalam PRU13 yang akan datang.

3 comments:

  1. Memang iya pun UMNO tiada pemimpin pelapis yang berkualiti di Kedah.Malahan di peringkat nasional pun UMNO tiada pemimpin pelapis berkualiti kerana dan dicantas oleh wira dunia ke-3, Cet Det sejak wujudnya Team A dan Team B dulu. Kini mula gelabah nak berdepan dengan kalangan alternatif atau pembangkang nak-nak dari segi intelek dan ilmiah. Pemimpin dan bakal pemimpin UMNO asyik memukul gendang yang orang Tionghua nak makan orang Melayu atau menghentam Anuar Ibrahim, Azmin Ali dan geng-gengnya, DAP/PAS dan NGO yang kononnya pro-pembangkang. Bacalah Utusan Meloya/Berita Hairan atau dengan TV3/4, RTM/TV7 pada halaman berita dan editorial dan asyik mencari Perpaduan Melayu/Mamak bagi menyelesaikan masalah urus tadbir bobrok UMNO terhadap kerajaan Malaysia. Orang Melayu bangan/tonggong seperti di Felda/desa mudah termakan cerita ini tapi orang Melayu di bandar semakin faham akan keruntuhan UMNO yang 'tersepit'/kemaruk/desperate dengan kedudukannya. Orang UMNO masih tak sedar diri yang ia tiada memberi kepimpinan kepada negara lagi. Orang ramai dah sedar kepimpinan UMNO ialah membela kroni dan tiupkan propaganda orang Cina akan makan orang Melayu!

    ReplyDelete
  2. Kenapa UMNO dan kepimpinan di Kedah lesu macam MR katanya.

    Antaranya:

    1.kebanykan yg naik kerana politik wang .bukan kerana ketokohan mereka.

    2.bukan tak ada bijak pandai dari umno kedah.tetapi mereka ini berada diluar kepimpinan kerana ducantas atau tak berwang.

    3.YB-YB ADUN Kedah tak buat home-work bila nak bersidang dalam dewan.Sebab itu nampak bukan macam pembangkang.

    4.mereka berasa selesa dgn apa yg ada .Jadi pembangkang pun peruntukan turun lagi lebat.

    5.belum lagi menang pilihanraya nak berebut jawatan MB.

    6.Pas pun parti pembohong juga.Ceramah Pas banyak dgn pembohongan dan penipuan fakta.

    7.UMNO Kedah perlu tonjolkan calon yg bersih,amanah,tak ada skandal.Calon jadi faktor utama.

    8.UMNO ada harapan yg baik.Bukan bergantung pada nasib.Pastikan calon yg berwibawa dan ada kelulusan yg baik.


    Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  3. 'Mood Nagatif'penolakan kepada UMNO bukan hanya berlaku pada peringkat negeri sahaja malah sudahpun keperingkat nasional...itu yang pertama.

    Kenapa ia berlaku...?

    Pemimpin yang berada dipusat mahupun dinegeri tidak membudayakan kehidupan harian mereka tidak seiringan dengan akhlak sebagai melayu islam.

    UMNO suatu masa dahulu kuat dan bersatu dengan acuan yang xpecah dipegang pada perinsip bangsa yang betulx ikhlas membantu bangsanya.

    Zaman bergerak maju tak seiring dengan pembudayaan mulia untuk berjasa.

    Rakyat bangun untuk mencapai perubahan setelah jemu menanti begitu lama supaya ada keinsafan pada pemimpin yang boleh merubah keadaan masa lepas yang lama sudahpun tercela.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.