Monday, July 30, 2012

Logo Hari Kebangsaan- Jangan salah Rais, beliau cuma tertidur


Insiden ‘flip-flop’ logo Hari Kebangsaan berikutan teguran Lim Kit Siang telah menunjukkan betapa kelemahan kementerian Rais Yatim. Secara tidak langsung insiden ini telah memberi ‘millage’ politik percuma kepada Lim Kit Siang dan pembangkang.
Bagaimana ni boleh terjadi?. Semasa era Tok Mat Rahmat menjadi Menteri Penerangan dahulu beliau sangat hand’s on dalam rekabentuk logo Hari Kebangsaan ini. Sehingga ada ketika dianjurkan pertandingan mencipta logo hari kebangsaan dan ramai penyertaan dari kalangan pelajar-pelajar universiti dan penuntut sekolah.
Secara tidak langsung pertandingan ini menerapkan nilai-nilai cinta anak-anak muda kepada negara mereka. Supaya Melayu tidak lupa berikut disiarkan dari arkib berita kemenangan seorang pelajar ITM mencipta logo untuk makluman Rais Yatim
24/05/1997 (BH)
Pelajar ITM menang juara cipta logo

KUALA LUMPUR, Jumaat – Penuntut tahun akhir Institut Teknologi Mara, Muhamad Azid Abdul Latif, dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan 1997.
Rekaan Muhamad Azid, 22, dipilih sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 30 April lalu.
Menurut Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan 1997, pelajar itu kejayaan menerima wang tunai RM5,000, sijil penyertaan dan cenderahati Hari Kebangsaan. Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-40 ini bertema `Akhlak Mulia Masyarakat Jaya'.
Muhamad Azid yang mengikuti Kursus Sarjana Senireka Grafik berasal dari Johor dan adalah anak kedua daripada sembilan beradik.
Sebelum ini, dia hanya terbabit dengan penciptaan logo persatuan dalaman ITM, sebelum memenangi beberapa hadiah saguhati dan yang terbaru muncul juara dalam mencipta logo baru Majlis Perbandaran Subang Jaya.
END. 
Rakyat semua harus maklum mungkin Rais terlepas pandang kerana kesibukan persediaan PRU13 tetapi di mana peranan KSU, TKSU dan Ketua-Ketua Pengarah di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan. 
Apakah kerana KSU sudah nak habis kontrek maka beliau harus lenggang kangkung melepas tangan atau sibuk di dalam pencarian untuk menjadi Pengerusi mana-mana GLC?
Konklusinya, permulaan Hari Kebangsaan telah memberi kemenangan moral kepada pembangkang.

2 comments:

  1. MR.

    Kesian NAJIB.
    Orang ramai kata Kabinet Cincai.
    Menteri tak ada kualiti.

    ReplyDelete
  2. Kita tidak rasa Hari Kemerdekaan kerana kita sedang berpuasa Ramadan. Tetapi saya juga setuju dgn you Mammy bila perkara besar tidak dibuat dengan sirius. Macam lepas batuk ditangga.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.