Monday, July 23, 2012

Zam Maidin kutuk mantan bossnya kerana 'kesesatan'

Blogger baru Zam Maidin telah menunjukkan kejantanannya kerana berani mengutuk mantan bossnya bekas Menteri Penerangan Tan Seri Kadir Sheikh Fadzil di dalam posting terbaru blognya www.zamkata.blogspot.com di bawah tajuk Tan Seri Kadir: Bendera PAS mulia.
Zam mengutuk Kadir kerana mengibarkan serta memuliakan bendera PAS semasa berucap dalam suatu perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dianjurkan oleh Pas Selangor di Stadium Kuala Selangor baru-baru ini. Untuk rekod, Zam merupakan Timbalan Menteri Penerangan semasa Tan Seri Kadir menjawat Menteri Penerangan.
 Zam seharusnya sedar bahawa Kadir terlebih dahulu bertaubat dengan ‘menganut’ PAS walaupun Kadir yang berkelulusan Undang-Undang dari London dan hidup cara barat berbanding dengan Zam yang hanya berkelulusan sekolah Arab Maktab Mahmud, Alor Setar.
Zam juga seharusnya faham dengan menjulang bendera PAS yang suci dan mulia itu bukan bermakna kemenangan kepada PAS tetapi ianya merupakan muhasabah diri kepada Kadir atau dalam perkataan lain penyucian diri, dari kotor kepada BERSIH, dari HITAM kepada putih, dari PLAYBOY kepada ulama’. Kata P Ramlee buang yang keruh ambil yang jernih.
Kadir dalam ucapannya pada malam itu banyak menjurus kepada kebebasan media yang kononnya dikongkong Kerajaan. Ini ternyata Kadir sudah primitif apabila beliau sendiri ketinggalan jauh dalam perkembangan media baru yang lebih terbuka dan terlanjang. Malah Kadir sendiri tidak mampu melancarkan blognya kerana terlalu bergantung kepada media Kerajaan dan media perdana. Apabila media perdana tidak memberi ruang kepada beliau, beliau pun melalak dan meraung di atas pentas pembangkang.
Hakikatnya Kadir sendiri tidak berbangga mengibarkan bendera parti baru beliau IKATAN kerana sedar masih belum mulia dan suci. Malah mungkin partinya lebih kepada syok sendiri dan tidak mendapat sambutan maka Kadir terpaksa menumpang pentas PAS untuk menjaja parti beliau. Malah yang lebih melucukan kain sampin yang Kadir pakai pada malam itu juga bercorak kain sampin UMNO, parti yang telah memperkayakan beliau.
Akhir kalam MR tujukan pantun ini kepada Abang Kadir tersayang :
Pakai celana kain guni
Anak Cina mandi berkemban
Jangan dok hayun kesana kesini
Nanti kera mati beragan.

5 comments:

  1. mamak kutuk mamak. elok la tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. Dengar khabar Kadir Sheikh Fadzil tidak dapat menjadi Pengerusi MAS, maka beliau mengungkapkan kekecewaan beruknya melalui sertaan dalam PAS, sementara Zam Maidin yang kepala otaknya tepu dengan Ketuanan Melayu atau falsafah UMNO sibuk tak tentu hala konon nak meraih lagi simpati nak membodek UMNO untuk mencari lubang tempolok. Kedua-dua personaliti ini tiada apa yang boleh dinilaikan walaupun pernah berjaya menajadi Menteri atau Timbalan Menteri.

    ReplyDelete
  3. erm..nice entry..jom tngok blog saya plk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

    ReplyDelete
  4. Putera Gunung TahanJuly 23, 2012 at 10:38 PM

    Mami oiii, hang jangan dok jadi batu api noo, hang tau ka dulu depa dua merupakan gandingan yang mantap di RTM. Sehingga ada yang mengelarkan 2M, bukan Mahatir Musa Hitam tapi 2 Mamak.RTM depa kata Radia Televisyen Mamak.

    Hang jangan dok kira dengan Zam tu kaki spin berita di Utusan. Dia lah yang kuburkan ruangan Pak Sako 'Di Simpang Jalan' dalam Utusan dulu kerana Pak Sako lantang menegur pemimpin, dan kerana nak bodek pemimpin Zam cantas pena Pak Sako.Pak Sako sungguh kecil hati dan keciwa dengan Zam kalau hang nak tau...

    ReplyDelete
  5. aku dah x peduli...sesape yg nak spin pasal pkr lantaklah korang..yg penting aku pangkah pkr....klu kadir jd pengerusi mas pun dia akan kibar bendera pas kat mas...kahkahakah

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.