Sunday, July 15, 2012

Mahathir belum nyanyuk

Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA, Choong Sin Woon  telah menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan DS Najib mengiktiraf diploma Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) adalah untuk memancing undi.

Menurut Choong kenyataan itu adalah tidak tepat kerana pengiktirafan itu dibuat atas dasar mutu TARC yang tinggi di mana telah berjaya membuktikan kejayaan serta kecemerlangan graduannya.  Malah semasa era Mahathir juga beliau sendiri mengakui mutu TARC dan memberi sokongan yang kuat kepada TARC. Kecermerlangan graduan TARC terbukti apabila hampir semua graduan TARC telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan sebaik tamat pengajian.
Beliau tidak menyangkal  Dr Mahathir telah memberi sumbangan besar kepada negara tetapi bekas PM itu juga tidak harus melihat dari perspektif sendiri dan seharusnya berfikiran sezaman selari dengan generasi muda masa kini.
Kenyataan-kenyataan dan penglibatan politik Mahathir sejak akhir-akhir ini ternyata melanggar janji beliau sendiri yang tidak akan mencampuri hal ehwal Kerajaan dan parti semasa beliau melepaskan jawatan dahulu.
Walaubagaimanapun bukanlah satu kesalahan jika beliau ingin mencampuri  hal ehwal politik jika untuk mengembalikan semula kekuatan kepada Melayu kerana DS Najib telah mewarisi Kerajaan yang lemah daripada Pak Lah seperti kata-kata Mahathir sendiri.
Cuma kita jarang-jarang dengar kenyataan Pak Lah apabila Mahathir menghentam beliau, "a real Mr Nice Man".

7 comments:

  1. ~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya zaman Mahathir bukanlah bermakna zaman kepimpinan Melayu kuat. Ia kuat kerana adanya Anuar Ibrahim, pabila Anuar Ibrahim ditendang UMNO mula lemah meskipun pada zaman 22 tahun itu kroni Melayu UMNOlah yang penuh tempolok, contoh terbaik anak Mahathir menjadi bilioner sementara 60% isi rumah orang Melayu hidup dalam relatif kemiskinan.
    Mahatir sulit menerima yang rakyat semakin cerdik meskipun dah berusia 87 tahun dan tiada dalam kerajaan di samping parti pembangkang lebih memfokus isu sosioekonomiuntuk mencelikkan rakyat.Dah tak ikut undang-undang dalam Perlembagaan Mahatir dan UMNO dengan rakus dan nampak tak nyanyuk langsung membangkitkan kad/isu perkauman, bangsa dan agama yang orang Melayu semakin ditelan oleh khususnya orang Tionghua. Mereka kata jika tiada UMNO, Melayu akan lenyap!UMNO tu keramat dan orang Melayu mesti menerima UMNO untuk masa depannya pada hal itu bermaksud kapasisiti UMNO dan kroninya merembat hasil/kekayan negara semakin kureng dan menjejas tali hayatnya. Hakikat ini semakin disedari oleh rakyat yang dulunya mudah dibangankan oleh propaganda UMNO.

    ReplyDelete
  3. Belum lagi nyanyuk, kerana nak selamatkan harta benda beliau dan kroninya serta dinasti politik anaknya.

    Kan gitu?

    ReplyDelete
  4. Salam bro. Sudah tentu Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita masih belum nyanyuk kerana beliau begitu aktif dan rajin membaca dan bekerja.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Bro,
    Tengok dan baca keseluruhan apa yang Tun M perkatakan @ komen. Jangan hanya ambil sekerat2.....jika tidak larilah konteksnya macam yang Sdr McA tu komen.....Ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Alahai, Anwar 'hebat' pun kerana Mahathir yang ada dibelakang.

    ReplyDelete
  7. Kalau kita jenis mengenang budi dan sentiasa bersyukur sudah tentu kita akan nampak apa jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh DRM kepada seluruh rakyat Malaysia. Tetapi kalau fikiran kita dipenuhi dengan hasad dengki dan sentiasa berfikir dengan menggunakan punggung melebihi otak di kepala maka kita tidak akan nampak apa2 pun kebaikan, apa yang kita dapat hanyalah kegagalan membuat percaturan sepanjang hidup kita. Sepanjang hayat politik Anwar bersama UMNO tidak ada satu bendapun jasa yang dapat saya ceritakan untuk anak cucu sebagai mengenang jasa pemimpin terdahulu.Mungkin anak cucu kaum kerabatnya sahaja yang dapat menceritakan betapa besar jasanya kepada saudara-maranya. Anwar mengunakan Pas dan Dap untuk menjadi PM (gila PM,Pas tumpang PKR nak perkuatkan Parti tetapi jadi melukut. Dap mengunakan Melayu yang makan puji intuk berkuasa. Tetapi DRM tidak pernah mengunakan sesiapa walau pun dalam keadaan susah atau senang dia hanya didalam umno. DRM sentiasa menjadi pelajar walaupun sedah berusia tua, tetapi Puak2 pembangkan setiasa ingin menjadi pengajar walaupun hanya merujuk kepada akhbar, majalah dan blog2 auta.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.