Friday, July 27, 2012

Rakyat Malaysia sudah tidak bersopan lagi

Sekitar tahun 1984 pertama kali MR menjejak kaki di Kota London kerana mengikuti pengajian lanjutan MR pernah tersesat bersama rakan, Ghazali terpinga-pinga mencari stesyen King Cross. Sebaik Ghazali menyeluk sling begnya untuk membuka peta Kota London seorang tua Inggeris dalam lingkungan umur 60an dengan santun dan senyuman meluru kearah kami, menyapa dan bertanyakan kemana arah tujuan kami.
 Sebaik kami memberitahu untuk ke stesyen King Cross beliau teruja menawar diri untuk guide kami dan terus mengajak kami mengikutnya sambil berbual mesra. Semasa berjalan bersama-sama, beliau banyak bercerita tentang sejarah perhubungan England dan Malaya khasnya inisiatif dan jasa-jasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra.
Sedikit panas apabila beliau menyentuh tentang dasar Buy British Last Dr Mahathir yang katanya Dr Mahathir nak tunjuk keras kepala dengan Bristish. Kami cuba menegak dasar Mahathir tetapi beliau langsung tidak menerima fakta kami malah mengalih topik perbualan kepada yang lebih mesra dan ceria sehinggalah kami diiringi sampai ke stesyen King Cross dan beliau pun mengucapkan selamat jalan.
Apa yang MR ingin sampaikan di sini ialah sikap kesantunan orang Inggeris pada ketika itu. Tetapi apabila MR jejak kembali ke Kota London pada tahun 2007 situasi sudah berubah, Oxford Street telah dijajah oleh kaum pendatang dari Pakistan, India, Asia Tengah dll. Wajah Inggeris sudah tiada lagi. Tiada lagi kesantunan English People. Pendatang telah membawa sekali bersama mereka budaya dan sikap-sikap kurang ajar dan kebiadaban.
Hari ini Malaysia juga menuju ke arah yang sama. Apabila Reader 's Digest membuat kajian tentang kesantunan courtesy di kota-kota utama di dunia, Kuala Lumpur terletak ranking tercorot yang ke 34 dari 36 kota yang paling tidak bersopan mendahului Bucharest dan Mumbai. Nilai-nilai kesantunan dan budi bahasa semakin terhakis. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terpaksa menghabiskan jutaan ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa.
 Kempen yang mengajar bagaimana untuk memberi senyuman, bagaimana untuk menyatakan ‘Terima Kasih’, bagaimana menghormati warga emas dengan memberi ruang duduk di dalam LRT, bagaimana memimpin tangan warga emas melintas jalan, bagaimana untuk menjawab telifon malah pendeknya keseluruhan kempen untuk menghapus sikap-sikap ‘kurang ajar’, ‘biadap’ dan ‘loqlaq’ (kata bahasa Kedah). Perkara-perkara asas yang sepatutnya tersemai di dalam kehidupan sejak lahir terpaksa dilatih semula.
Masyarakat kita juga menghadapi dilemma yang sama seperti masyarakat Inggeris kesan akibat kebanjiran kaum pendatang. Hidup seharian kita sentiasa di dalam kebimbangan dan curiga tentang keselamatan diri dan keluarga apabila hidup di kelilingi pendatang-pendatang asing yang kasar dan belemoih (bahasa Kedah ertinya pengotor) sehingga kadangkala dengan mengambil pendekatan sombong adalah lebih baik untuk tidak memberi muka kepada mereka. Malangnya sikap sombong ini terbawa-bawa sehingga dalam kehidupan seharian.
Apa pun kempen sopan santun tidak harus terhad kepada rakyat sahaja. Yang lebih utama ialah sopan santun wakil-wakil rakyat di dalam persidangan Parlimen. Terpekik terlolong seperti yang disiarkan di dalam siaran TV bukanlah contoh yang baik seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Wakil BN Kinabatangan, Bung Mokhtar(suami kepada actress jelita Zizi Ezzete), Wakil PAS Mahfuz Omar, Wakil PKR Azmin Ali, Wakil DAP Karpal Singh, wakil DAP Betty Chew (slogan ShameOn You) adalah contoh-contoh wakil rakyat yang bukan setakat tidak santun malah biadap.
MR cukup mengkagumi personaliti wakil DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw yang konsisten berdebat di dalam Dewan Rakyat dengan penuh santun dan bahasa yang tersusun dijalin indah malah diiringi pekerti yang mulia. Beliau seharusnya dilantik menjadi ‘Duta Santun’ oleh kemeterian Rais Yatim.
MR tujukan gurindam ini kepada Dr Tan Seng Giaw:
Tan Seng Giaw wakil rakyat cerdas,
Dalam Parlimen beliau berbahas
Bersopan santun diselit pedas,
Dalam pedas Dr Tan bidas’.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.