Sunday, September 2, 2012

Kenyataan Nurul Syuhada Nurul Ain tidak ada agenda politik.

Nurul Syuhada
Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Pandi Suhaili menggesa pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. Kenyataan dibuat semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas di stesen itu.

Susulan dari kenyataan itu Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata kenyataan pengacara TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu.

Menurut Datuk Seri Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Bintulu yang dipilih sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 Sept ini tidak sepatutnya ada kesangsian dengan pemilihannya.

Malah Bintulu adalah salah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu. Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara.

MR percaya kenyataan pengacara jelita TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain ini tidak ada apa-apa agenda politik di sebaliknya hanya mungkin beliau terlajak cakap tanpa membuat kerja rumah yang lengkap. Insiden ini tidak seperti apa yang dilakukan di sekitar 2005 dahulu oleh Fadli Ahmad, wakil TV3 di Alor Setar dahulu yang mempunyai agenda politik besar tauke mereka untuk menjatuhkan MB Kedah ketika itu Datuk Seri Syed Radzak Syed Zain kerana untuk menaikkan sekutu mereka Datuk Seri Mahazir Khalid.

Ketika itu segala pergerakkan DS Syed Radzak dihambat oleh TV3 di dalam situasi beliau tidak sihat kerana diserang angin ahmar. Sehinggakan apabila beliau kembali dari menerima rawatan di Kuala Lumpur gambar beliau diambil dicelah-celah pagar lapangan terbang Alor Setar visual beliau menuruni tangga kapal terbang disiarkan. Ini untuk membuktikan kepada umum bahawa beliau sudah tidak sihat lagi untuk terus menjadi MB dan perlu meletakan jawatan segera. Akhirnya dengan tekanan yang kuat dan kebetulan kesihatan beliau maikin merosot beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai MB.

Berbalik kepada keterlanjuran Nurul Syuhada Nurul Ain hanya apa yang beliau perlu lakukan segera ialah meminta maaf secara terbuka dan biarlah lain kali lebih sensitif dengan fakta-fakta negatif malah DS Najib sendiri cukup berhati-hati dengan kenyataan politik di Sarawak dan Sabah. Mungkin Pegawai Khas Media PM , Datuk Farid Ridzwan terpaksa lebih peka memantau TV3 atau boleh melatih mereka-mereka ini untuk lidah lebih basah biar terlajak perahu daripada terlajak kata.

Kejelitaan mestilah selari dengan keilmuan. Biar kisah yang lepas menjadi sempadan dan tidak diulangi lagi.

6 comments:

  1. MR'

    Itulah buat kerja guna kepala lutut.dan kepala taik.
    Kalau Bintulu memang pesat membangun.
    Wartawan tak ada kelas.Tak buat homework.Persiapan cincai.
    Macamana cakap tak ada kaitan politik.Sedangkan politik yg panas di Malaysia kini tak sensitifkah.
    Majikan magkok hayun ini kena ambil tindakan keras dan tegas.Atau pun TV3 ada agenda politiknya sendiri.Budak ini sekadar jadi suruhan.

    Itulah kemungkinan nya...............

    ReplyDelete
  2. Tidak perlu minta maaf..memang Bintulu masih daif..
    jangan sekadar tengok pusat bandar, pelabuhan dan industri gas nya..lihat sekelilingnya.

    Bintulu sebuah daerah yang besar, pembangunan tidak sekata, infrastukturnya???

    BN jangan tunjuk keras kepala, bodoh sombong...sewajarnya hadapi realiti..

    Kuala Lumpur sendiri masih daif, tengok lorong belakang, tengok bawah jambatan, tengok pinggir bandar?

    Bukan sahaja Bintulu daif dari segi pembangunan dan pengagihan ekonomi yang tidak sekata tetapi daif dari segi minda termasuk minda wakil BN !

    ReplyDelete
  3. aku rasa majikan dia kena amik tindakan terhadap budak suruhan dan org yg menyuruh sekali aka editor mangkok. ni dah kira hidden agenda by hidden hands. apa tak sensitifkah kalo statement dibuat secara langsung dan ditonton oleh lebih sejuta rakyat malaysia pada ketika itu? apa tujuanya? kalo dia tak bagus gantikan org lain. kalo editor tak bagus ganti org lain. siapa peduli, kita ada 28 juta rakyat yg memiliki kebolehan tersendiri. makin banyak pula statement puaka yg memecah belahkan keharmonian masyarakat malysia.

    ReplyDelete
  4. salam mummy,

    seperti biasa, bilakah agak nya profession berita akan mewajibkan pemberita muda untuk benar2 mendapat berita dengan cara sendiri, mentafsirnya dengan kritikal -

    kemudian menyampaikan seperti mereka memahami apa yang mereka sampaikan?

    ini terjadi kerana pemberita ikut orang.
    pemberita muda pun mesti ada pendirian, walaupun lepas mendapat panduan editor nya.

    saya rasa negara kita perlu setiap penjawat kerja yang berfikir sendiri, membuat kerja dengan panduan tetapi tetap mempunyai daya kreatif masing2.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Kalau Nurul Ain kata Bintulu daif, saya sokong. Kat KL sewa rumah sebulan rm 600 masih berlambak lagi, di bintulu sewa rm 800 dah takda. Sewa rm 1000 p.ramlee cakap kadang2 ada. Rumah kerajaan untuk diduduki, sentiasa penuh. Nak queue, tunggu 2 tahun lagi. Sapa yg daif? Kakitangan kerajaan yg pindah sini dari KL atau mana2 tempat di semenanjung akan automatik jadi daif. Rumah teres 2 tingkat sewa rm 1500.00 sebulan. Tak caya tanya Ahli Parlimen sendiri. Kat KL buah mata kuching harga rm 4 sekilo, kat sini double rm 8 sekilo. Sapa yg daif? Penduduk kampung kat sini. Bulan puasa, kat kl harga air tebu satu plastik rm 2.00, kat bintulu rm 3.00, sapa yg daif? Semua yg beli air tebu tu. Jalan raya bintulu-sibu, tersangatlah daif, macam jalan vietnam kena serang amerika. Berlubang2, berlopak2, bertampal2, dan sudah tentu rakyat yg gunakan jalan ni, kenderaan mereka akan rosak. Sapa yg daif? RAKYAT bintulu. Nurul Ain dah buat homework. Berkata benarlah walaupun pahit, sebab realitinya macam tu lah. Yg kaya Petronas, Shell dan pekerja2nya namun sara hidup rakyat amat susah. Selalu2 lah buat lawatan kat Bintulu, anda akan tahu perkara yg sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  6. tak perlu minta maap, memang betul pun apa yang dikatakan nurul, saya penuh yakin dia dah buat homework,yang pasti nurul seorang yang jujur. jgn takut dengaN TINDAKAN TV3, seluruh tempat atas muka bumi tempat cari makan bukan tv3 aje. salam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.