Friday, December 7, 2012

MAHATHIR SUDAH LUPA.

Dalam dunia ini hanya ada dua orang pemimpin yang telah turun takhta tetapi masih berkuasa. Seorangnya ialah Lee Kuan Yew di Singapura dan seorang lagi ialah Mahathir Mohamad di Malaysia. 
Hari ini Mahathir bersuara menyokong Barisan Nasional seperti tidak kering air lior. Beliau terlupa bahawa jantungnya pernah dipintas di IJN. Beliau terlupa bahawa ‘harware’nya sudah lanjut cuma minda ‘softwarenya’ masih cerdas. 
Malah yang perdananya ialah beliau terlupa bahawa sebaik turun dari jawatan beliau pernah berulang-ulang kali menyatakan tidak mahu bercakap politik, terlibat politik apa lagi mencampuri urusan Kerajaan. 
Mahathir kini seperti diberi tenaga baru untuk betul-betul mahu BN dan Najib meneruskan kepimpinan negara setelah beliau sendiri meruntuhkan Abdullah Hj Ahmad Badawi sehingga beliau merajuk membawa hati luka dan lara keluar dari UMNO. 
Marahnya hanya kepada Abdullah Badawi tetapi beliau tidak marah kepada parti. Sebaik Najib mengambil alih kuasa sebagai PM dan Presiden UMNO beliau terus mengisi borang baru masuk kembali ke dalam UMNO parti yang beliau cintai.
Cuma yang membezakan Mahathir dengan Lee Kuan Yew ialah Lee Kuan Yew tidak pernah merajuk. 
Inilah akibatnya merajuk, kerana merajuk sesiapa juga boleh bertindak di luar dugaan jika mereka disisih dan dihina.
Merajuk ibarat bara api yang meredap sedikit demi sedikit jika dibiar akan menjadi api yang menyala. 
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk sesiapa juga merajuk khasnya kalau rajukan tergugat politik pasti Najib akan pujuk tetapi kalau merajuk selepas Pilihanraya ke 13 nanti tidak akan ada sesiapa lagi yang akan memujuk.
Mungkin mana-mana ketua-ketua bahagian UMNO yang rasa nama mereka tidak tersenarai sebagai calun mereka boleh buat-buat merajuk dengan harapan di ‘compensate’ dengan jawatan dalam GLC atau menjadi Duta Khas di mana-mana negara mengikut kelayakan masing-masing

10 comments:

  1. Salam..Amboi Mummy..dalam menyata masih sempat mencili...Merajuk Tun cara Melayu yang tahu adab..Melayu kan kaya adab susila..bayangkan kalau Tun tak keluar UMNO..Peralihan kuasa tak akan berlaku..Setiap langkah orang yang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan sebagainya adalah pahala untuk Tun yang telah berfikir dan melaksanakan pembinaannya bagi memudahkan rakyat. Itu baru sedikit. Macam CCZ ni...apalah yang ada...ntahkan satu bait perkataan yang CCZ coret tambah dosa ja..sekadar mengingatkan diri..

    ReplyDelete
  2. Supaya tidak lupa: Merajuk Mahathir(MM) bukan kerana jawatan,bukan kerana harta,bukan kerana kuasa.Mahathir merajuk (MM) kerana bangsanya,kerana negaranya,kerana rakyatnya dan kerana agamanya.

    ReplyDelete
  3. Nak cakap apa nih?
    Apa point yg nak disampaikan?



    ReplyDelete
  4. Mummy Rokiah mudah jemu.

    ReplyDelete
  5. Tajuk ok tapi cerita hampeh..

    ReplyDelete
  6. X apala MR, buah fikiran Tun Mahathir masih relevan.

    Saya suka kalo Tun x pencen lagik dan masih boleh meneruskan memimpin negara. Sekarang masy. undi lebih byk berpecah .Dolo kita boleh lihat bagaimana taun 98, waktu DSA dipecat.. huru hara reformasi dicetuskan..tp Tun dapt kekal dan mengawal situasi dgn jayanya..

    La ni lepas satu2, huru hara BERSIH..seolah cam x dapat dihentikan ..dok terussss ja nk buat kaco lagik. Cam ancaman tu x betoi2 diberhentikan pun,camana niii??..cam x setel2 pun.

    ReplyDelete
  7. Saya selalu bayangkan alangkah baiknya kalau Dr M berkuasa di Malaysia sehingga sekarang!

    ReplyDelete
  8. MUMMY ROKIAH HATI BUSYUK... JEALOUS,, MANGKOK AYUN DAN LAIN LAIN. ORANG TUA TU SUSAH PAYAH DOK NAK BAGI BN MENANG BALIK YG DIA DOK NAMPAK BENDA YG BUKAN BUKAN...BURUK SANGKA TAK KETAHUAN HALA.. SEBIJI PERANGAI ORANG PAS. AWAT MUMMY JEALOUS KAT MUKHRIS YG HENSOM TU KOT?
    TAKUT DIA JADI MENTERI BESAR KEDAH.. MAKA TERLEPASLAH PELUANG DATO TAJUL MERBOK. KAH KAH KAH...
    DATO BASHAH NAK TAUK PI LONGKANG MANA?

    ReplyDelete
  9. MR.

    Tun punya lah pulun.
    Tapi kalau UMNO dok lena lagi lingkup lah umno.
    UMNO buta kerja macam pahat dgn pemukul.
    Dalam umno pun berselerak lagi.

    Apa pun faktor calon yg menentukan UMNO/BN menang.

    UMNO kena tampilkan calon bagus-bagus.

    UMNO jgn tersilap langkah.

    ReplyDelete
  10. Salam para pengunjung,
    Politik ini ibarat "Dalam Kilat Ada Kilau".
    Yang faham akan mentafsirkan kefahaman mereka dengan bijak, yang buntu akan tafsirkan kedunguannya, yang celaru akan celarukan yang lain.
    Akhirnya semuanya betul tidak ada yang salah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.