Monday, February 4, 2013

KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH

MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas. 
Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut. 
MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya. 
Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut. 
Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata ‘not even a single cent from Federal Govement’. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari ‘self generated’ atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman. 
Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat. 
Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan   apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa  para cerdik pandai dan golongan intelektual.
Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata. 
Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.
Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS. 
Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.
Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.

15 comments:

  1. Secara perbandingan kasarnya pun sudah jauh beza banyak perkara antara dia dgn MB Ostat Zizan.
    1.Dari segi umur pun dia kurang.
    2.Kelulusan langit dgn bumi.
    3.Pengalaman berhujah pun kurang.
    4.Daya intelek pun tak ada kerana kurang buat kajian.
    5.Itulah bezanya pemimpin no satu umno dgn pemimpin no satu Pas di Kedah.

    Biarlah .Kasihan pada dia kerana kekurangan seperti itu.Nasib UMNO Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rektor KUIN buat KUIN tu macam harta bapak dia hampa tak mau cakap. Hampa sorok nooo...?. Tua sebab pelajaran tinggi lah tuuu...songlap habis duit KUIN. Tanggungjawab orang berlajaran tinggi ka, duit zakat, duit pinjaman rumah, duit sokso, duit KWSP kakitangan tak dibayar, sedangkan KUIN telah ptong dari gaji.

      MR, pi tengok blog berita kuin yang ditulis sendiri oleh kakitangan KUIN yang depa kenjah segala penyelewengan rektor KUIN yang sangat disayangi Ustaz Azizan.

      Masa BN jaga dulu tak macam tuuuu puuuunn. Cakap pandai. Puuuih....

      Delete
  2. KUIN tu sendiri wujud bermula zaman BN. Depa hanya sambung saja dan perkembang. Kena kembangkanlah sebab depa dah ubah konsep asal KUIN yang dulu. Macamana yang kata Kerajaan Persekutuan tak bantu. Betoi ka cakap si Jamil tu. Pi tanyalah apa dia buat dan jadi kat KUIN di Aloq Setaq. Seorang staf KUIN kawan saya sendiri cerita macamana PRU kali ni mereka akan kempen untuk BN. Saya sangat susah nak percaya cakap Azizan dan Jamil ni. Dah banyak kali mereka cakap tak berapa betoi. Macamana boleh kata kerajaan pusat hukum rakyat Kedah sedangkan dalam masa yang sama kerajaan pusat dok tanggung gaji puluh ribu kakitangan yang kerja kat Kedah untuk rakyat Kedah. Duit senggara jalan pun depa boleh kona macamana nak percaya depa ni dengan mudah? Sepatutnya mereka juga jangan politikkan pendidikan kalau mereka Ikhlas memajukan pendidikan rakyat Kedah kerana itu tanggungjawab mereka. Ini tidak. Digah-gahkan perkara itu dan memburukkan orang lain. kalau mereka pinjam wang dari mana-mana institusi kewangan, itu wang siapa sebenarnya. Apakah rakyat dan kerajaan persekutuan tiada kaitan dengan wujudnya institusi kewangan itu. Kalau begitu kerajaan persekutuan juga boleh cakap yang sekolah-sekolah dan pelbagai institusi lain yang telah dibina dengan kos bilion ringgit tanpa bantuan kerajaan negeri pun. Ini tidak. Bila kerajaan persekutuan buat apa pun mereka kutuk kata itu politik. Tapi bila mereka buat pulak walaupun sangat kecil nilainya dijaja seolah-olah segalanya yang ada di Kedah ni merekalah yang buat. Saya tahu benar perangai puak-puak PAS ni sebab ada YB PAS ni adik-beradik saya pun. Perangai mereka ni majoritinya seumpama ayam yang berteloq sebiji ja tapi riuhnya sekampung. Contoh yang berlaku disebuah kampung kat kawasan kami. Mereka bagilah bumbung untuk tempat letak motor ja. Tapi riuhnya masyaAllah macam itulah benda yang sangat hebat. Saya tanya mereka mana besar buat masjid tu (zaman BN la buat) dengan bumbung tu. Bila kita kata macam tu mulalah keluaq bahasa kesat mereka. Tapi jangan bimbang YB tu pun dah berkira-kira nak lari dah. Dia lawan kali ni sure kalah.

    ReplyDelete
  3. salam.. saya amat bersetuju dengan mummy dengan kenyataan yang bagi saya adil dan ada hujah yang kuat serta berada diatas bumi yang nyata.. untuk pengetahuan mummy saya merasa bangga dengan wujudnya cita-cita yang besar seorang menteri besar yang mahu meluhat ilmu sebagai aset yang besar untuk negeri yang kita sayangi.. dengan kos 320 juta itu kadang2 terfikir seandainya pembinaan bersih darisegi rasuah inlah hasilnya.. tahniah ustaz azizan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman, bukan rm320juta, tapi rm330juta. Dipinjam dari Bank Islam. Janji awal wang sebanyak itu termasuk bina Censeleri, bangunan kuliah dan asrama. La ni asrama pelajar dan kuartes kakitangan tak boleh buat sebab duit sebanyak itu tak cukup. Pelajar dan kakitangan kena sewa rumah. Dulu rumah di Kuala Ketil rm300 sabulan, la ni rm1000 sabulan.

      Kerana pinjaman itu dijamin Kerajaan Negeri, akan datang Kerajaan Negeri kena bayar rm40jta satahun.

      Cerita lawak. Tok Det tanya Ustaz Azizan "macamana nak bayar Ustaz?". Ustaz Azizan jawab "sapa menang dia bayaq lah".

      Delete
  4. konklusinya..."demi kesejahteraan melayu dan umat islam",kenapa tidak demi umat islam dan agama islam?.kenapa melayu saja yang nampak akan berhadapan dengan yahudi dan nasrani?.bukankah umat islam sedang berhadapan dengan mereka?.bertambahan pulak sekarang ramai umat islam dengan bangganya memisahkan islam dari pentadbiram islamik,bukankah gitu MR?.SEKARANG umat islam bukan sahaja menerima bedilan hebat kaum yahudi/nasrani malahan dibantu oleh kaum pemimpin islam yang sekular.kalau nak membentuk jiwa islam bentuklah dikala rebongnya,bukalah pintu pengajian tinggi kepada umat islam dan bukan umat melayu.

    ReplyDelete
  5. bagi orang yang tak tahu isu KUIN tak perlu nak menulis ataupun berhujah kerana ianya menunjukkan kebodohan anda sahaja. Isu KUIN ini sebenarnya bermula dari sekecil pasir sehingga sebesar gunung jerai. Tak mampu ditutup oleh selimut sehelai. Mula dengan isu kebajikan kakitangan yang mana telah dianiaya oleh PAS Kedah. Gaji tak naik, potongan bank dan KSWP tertunggak sehingga 3-5 bulan dan pelbagai lagi maslah lain. itu baru masalah staf. pelajar pula dibebani kenaikkan yuran sehingga 300% dimana pada zaman BN dahulu konsep yuran rendah diketengahkan tapi PAS pula mencekik darah pelajar. Dan banyak lagi masalah pelajar yang ada. 1 pun tak diselesaikan oleh PAS Kedah. KUIN itu dibina oleh BN dengan menekankan PENGAJIAN ISLAM tetapi PAS telah ubahnya menjadi sama seperti IPT lain. Bodohnya puak pas ni apabila merosakkan IPT ISLAM terulung di negara ini. Lebih lanjut baca www.beritakuin.blogspot.com sumber yang tepat dari dalam kuin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang yang nak tulis tentang KUIN pun hang merapu mereben. Kerja tak perform gaji nak naik. Hang pi korek Taylor Universiti pun ada gaji tonggak dan tonggek, KWSP pun lambat. Depa staff Cina banyak tak bisin macam hangpa pun.. Yuran naik? hang pi la mengaji di Yala ka Petanni ka yuran murah.
      BN bina KUIN tapi Det Khalid langsung tak ambik tau. Tun Mahathir lebih tau. IPT Islam ulung? hang merapu laaaa.

      Delete
  6. MR cakap berdasarkan otak sendiri. Jgn tanya jamil kerana dia tu bapak kerosakkan KUIN. Jika betul MR nak tulis isu KUIN datang dan jumpa kakitangan KUIN. baru blh dapat versi tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lihat dalam KUIN ini ada hantu berkepala dua. Si Barni ni yang dok laga-lagakan kakitangan KUIN dengan harapan laki dia Puaat boleh jadi SUK. KUIN dijadikan gelanggang nak naikkan laki dia.
      Yang jadi mangsa adalah KUIN.
      Insaflah.

      Delete
  7. Itulah bila laki bini KCS.
    Kuin pun terguling.
    Kuin indah habak dari rupa.
    banyak teloq kemurok dalam dia.

    Itu yg sapu balak sampai botak macam tundon nak cari duitlah.
    Kedah bukan ada pun.
    Kerana nak jaga nama.Azizan dan Poat bina kuin.

    Sampai gaji pun sangkut.
    Ramai staff terpaksa puasa.

    Pasai nak jaga nama.

    ReplyDelete
  8. besar nya belanja nya sampai rm320juta,
    betuiii ka harga sampai macam tuuuuuuuuuuu,
    dengar kata jadi kelam kabut jga masa pembinaan tuuuuu
    pa bagi tau kami sama......
    ada komisyen ka??????????
    hahaha heheheheeeee,
    boleh pecaya ka puak2 niiiiiii?????



    ReplyDelete
  9. perangai melayu mcm ni la... org dh usahakn sesuatu kita tepuk tgn la... bkn meragui apa yg dh ada dpn mata... yg blkg tu biar dia dgn Allah la... jom wat duit... RM10 je >> http://ll.my/ibnfulus

    ReplyDelete
  10. biaq betui rm320 juta ja....betui ka ni?UiTM Puncak Alam yg Fasa pertama ni pun dah rm1.2 billion...tp tkpa la...respek la kat Ostat Azizan ni pasai dia dah pun settle kampus KUIN...murah plak tu....hat yg geng2 UMNO bahagian mana...dok belaga lagi...sibuk lagi nk jadi calon....tk serik2 lg....bangun la woi...dok lena lagi la tu

    ReplyDelete
  11. Kuin ni IPTS jadi isu kerajaan persekutuan kena tolong tak timbul langsung. Kerajaan negeri dan penyokong tak perlu nak kata apa pun pada kerajaaan persekutuan. Sepatutnya kerajaan negei berbangga kerana dapat pinjaman dan mampu membina KUIN atas dasar satu 'bankable' project perniagaan yg mampu membayar balik wang pinjaman. Isu kelewatan bayaran caruman staf adalah perkara biasa dalam perniagaan yg cash flow kurang elok. Kes saperti ini biasa berlaku dalam banyak syarikat swasta. Staff KUIN bukannya kakitangan kerajaan, jadi perlu menerima risiko yg macam ini.. Penyokong parti BN atau PAS tak perlu lah menyibuk dalam soal ini kalau tak tahu cabaran dalam mengendalikan universiti swasta.... yang penting satu institusi pengajian tinggi di Kedah akan terus berkembang dan akan memberi faedah kepada anak anak bangsa.. Nak berpolitik carilah isu lain!!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.