Thursday, March 7, 2013

PADANG KOTA LAMA BUKAN LAGI TEMPAT BEROMEN DENGAN PEMBINAAN SURAU PERTAMA OLEH KERAJAAN DAP.

SUMBER HARAKAHDAILY.NET
Padang Kota Lama dan Pulau Pinang sudah sinonim. Adalah tidak sah kalau ke Pulau Pinang tanpa pergi ke Padang Kota bersamaan pergi Haji tidak ke Mekah. Duhulu Padang Kota Lama terkenal dengan gerai-gerai makanan seperti rojak sotong, pasembur ketam, goreng-gorengan mamak ‘style’ dan nasi kandar ori semuanya ada. Kini banyak yang telah pindah dan kesedapannya telah ‘kureeng’. Mungkin resepi generasi lama telah banyak di ‘modifed’ dan tidak kurang juga faktor utama pelanggan yang telah 'cabut' kerana mereka ‘dikapak’ dengan harga yang tidak masuk akal.
Di samping makanan Padang Kota juga terkenal menjadi saksi kelakuan-kelakuan maksiat merpati dua sejoli. Ia menjadi sumber ilham kaki-kaki romen sebagai tempat berasmarada pencinta-pencinta wanita yang baru-baru berjinak dengan alam percintaan di sini mereka memadu kasih menjanjikan bulan dan bintang. Dalam dunia fantasi mabuk cinta, 'keleboq' (lumpur) laut Padang Kota pun dihirup wangi bagai hamparan ladang 'lavender'.
Tidak dinafikan di dalam kemabukkan dibuai 'dalam alam fana cinta' yang sedemikian, ramai juga yang berkesudahan bernikah secara halal sehingga berakhir ke jinjang pelamin dan tidak kurang juga yang dikeciwakan serta meratap hiba seperti sepah yang dibuang setelah madunya dihisap. 
Hari ini di bawah pemerintahan Kerajaan DAP sebuah surau pertama dibina di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Surau yang berkeluasan 160 meter bernilai RM175,200 dibina dari hasil wang caruman surau. Ia bakal menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan.  
Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man telah membuat lawatan tapak.
Datuk Malik Kassim berkata tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat.
"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan. Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," kata beliau. 
Amboi sedap sungguh bantai UMNO. Biasa lah, lidah tak bertulang. Mungkin beliau terlupa kalau UMNO hendak menyenaraikan jumlah mesjid yang mereka bina nilainya hampir berbillion ringgit dan tidak pernah digahkan. 
Surau yang dibina hasil kutipan wang caruman surau bukannya datang dari wang kerajaan PAS/ DAP itu pun sudah sembang besar. Susunya datang dari lembu tetapi dengan rasa tidak malu sapi pulak yang menempek mencari nama. 
Hakikatnya, tidak mungkin dosa yang lebih besar dengan membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh DAP dalam Bible dapat ditutup dengan membina surau sebesar ‘kelemboy’ ini.

3 comments:

  1. Hehehe... tak puas hati jugaaa....

    Hakikatnya.. selama 50 tahun melayu tulin dah ramai hilang dari PP. Yang ada ramai Mamak yg nk jadi Melayu.. Mummy.. geleng kepala sikit sikit saja naa..! hehe.. jangan maraa haaa...!!

    ReplyDelete
  2. Syirik dan kufur jika menyokong PAS, PKR dan DAP..walaupun PAS dah bermesyuarat dan kata mereka tidak setuju perkataan Allah diguna dalam Injil versi Melayu, tetapi mereka tetap dan masih bersekongkol. Haram tetap haram.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.