Tuesday, March 26, 2013

KEPALA MELAYU MESTI BERSATU

Semalam dalam forum Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, Che Det mengulangi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat bahawa ramai Melayu pernah tawar hati dengan pentadbiran parti itu. Ia bermula pada tahun 2004 dan berlarutan sehingga 2008. 
Kesannya dari itu lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. Che Det nampaknya seperti tak habis-habis mengkondem Kerajaan Pak Lah. Hari ini PakLah entah kemana. Tak dengar suara. Tak dijemput berforum. Tak diminta untuk memberi pendapat dalam isu-isu negara. Seteruk-teruk Musa Hitam pun dipanggil juga berforum. Diam-diam Daim pun diwawancara juga dalam NST. Mungkin Pak Lah sedang hidup aman damai abadi. Usah dikacau. 
Rakyat dibawah dilantunkan dengan ucapan berdegar-degar supaya Melayu bersatu. Hari ini Melayu lemah dan hampir tergadai mereka diseru untuk bersatu. Tetapi kepala-kepala Melayu yang di atas tidak bersatu. Che Det tak habis-habis hentam Pak Lah, mengapa Che Det tak bersatu dengan Pak Lah?. 
Selagi mereka tidak bersatu selagi itu Anwar Ibrahim bermaharaja lela menyerondol seperti kerbau gila. Rakyat dah naik geli geleman dengan paparan video-video songsang, kelorlor dan loklux. Pak Lebai-Pak Lebai PAS tersipu-sipu malu menutup muka dengan tangan mereka sambil mengintai di celah-celah jari gambar Anwar Ibrahim dalam Youtube dan media social. Maaaasyaalah mengucap panjang mereka. Geli sungguh. Tak malu. Nak termuntah semua ada. Bagaimana kesudahan drama Anwar Ibrahim ini hanyalah Allah SWT yang tahu ‘endingnya’. 
Yang sebenarnya rakyat hari ini menjadi was-was dengan politikus-politikus yang ada kerana terlalu banyak lakunan dan wayang mereka. Semasa mahukan kuasa semua turun ke bawah, nenek tua yang lumpuh pun sanggup dicempung mereka. Isteri-isteri mereka buat muka sedih dihadapan kakak-kakak dan makcik-makcik kampong. Apabila berkuasa sahaja taring mula tumbuh. Motor besar dan kereta mewah mula bergentayangan ke sana sini. Rakyat dah tawar hati dengan lakunan-lakunan ini. 
Itulah yang sebenarnya bibit-bibit kebencian rakyat kepada BN apabila mereka menang besar dalam PRU 2004. Pak Lah merasakan pengaruh Mahathir sudah padam maka kuasa yang diberi rakyat diterjahnya bersama menantunya sehingga pilihanraya 2008 rakyat menghukum mereka, “ambik kau..”.

5 comments:

  1. Bila ada ayat-ayat mengutuk/mencerca/menghina/mengaib DSAI...aku anggap taraf penulisan ini sama seperti sampah.....

    ReplyDelete
  2. MR.betoi,betoi,betoi.
    Ibarat guru kencing berlari,
    Anak murid berak dalam seluar.
    Pemimpin Melayu asyik bergomoi.
    UMNO/PAS/PKR semua bergomoi secara dalaman.
    Rebut kuasa dan jawatan.
    Rakyat jadi taruhan.
    Ulamak jadi jahil.
    Yg jahil ngaku ulamak.

    Bila dapat kuasa merekalah yg senang.
    Orang kampung kena motong getah juga.

    ReplyDelete
  3. Pening aku tengok depa ni!!!!!. Baik Umno, PAS atau PKR tak abis2 dgn kelaku depa . MR tolong cari "bomoh" supaya depa ni boleh dok elok2. BOLEH KA?????

    ReplyDelete
  4. Melayu nak bersatu?. Dunia kiamat pun Melayu tak bersatu. Kerana Melayu tak bersatulah, sejak beratus-ratus tahun iaitu semenjak Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Kiram di Kepulaun Solo, Melayu berpecah dan terus negeri dan negara tergadai kapada Portugis dan Inggeris.

    Kini kita nak seru supaya Melayu bersatu. Melayu tak akan dapat bersatu selagi ada sikitol yang menjadi ejen kapada TANGAN LUAR bermaharajalela dalam negara ini.

    Sikitol niiii... sebenarnya manususia yang amat-amat jahat. Layaknya dia ditembak saja kepalanya biar dia mati.

    Tapi apakan daya, sikitol ini dilepas dari penjara kerana ibu raja dan ibu sikitol kawan baik. Nah sekarang sikitol ini bermahajalela dengan bergantayangan diseluruh negara dengan bas yang otomatik jadi pentas ceramah.

    Tun M berhati mulia, masih menyeru agar Melayu bersatu. Berjayakah dia?. Kita tunggu apa hasilnya dalam PRU 13 yang akan datang ini?????. Kita doakan bersama semoga seruan negarawan ulung itu menghasilkan kenikmatan bangsa, ugama dan negara.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.