Thursday, March 14, 2013

KEBAL DENGAN TANGKAL DAN AZIMAT.

KEBAL!!. Amalan dan kepercayaan berperang dengan memakai tangkal dan azimat untuk kebal dan tidak lut oleh peluru dan tidak luka ditetak ternyata syirik dan merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampun oleh Allah SWT. 
Di Kedah pada sekitar tahun 1921 terkenal dengan kisah Panglima Nayan yang mendapat gelaran 'Robin Hood Malaya', menyamun si kaya untuk disalur kepada si miskin. 
Menurut kisahnya seperti yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Nik Man Nik Taha, bekas Penghulu Mukim Guar Kepayang, Alor Setar, Kedah di dalam buku Panglima Nayan penerbitan Sinaran Bros. Pulau Pinang, Nayan kononnya seorang yang kebal. Guru silatnya Awang Panjang telah menganugerahkan tangkal yang 'special' kepada Nayan. Kehebatannya melebihi tangkal-tangkal yang diberi kan kepada anak-anak silatnya yang lain. 
“Tangkal yang ku berikan kepada kau ini mempunyai kuasa yang lebih daripada yang ku berikan kepada kawan-kawan kau yang lain, aku harap dengan tangkal ini kau akan menjadi seorang panglima negara pada masa yang akan dating” nasihat Awang Panjang di malam akhir tamat pengajian silat di Kampung Buluh Lima.
Akhir ceritanya seperti kebiasaan cerita-cerita Melayu Nayan menjadi anggkuh dan ganas. Dia mula liar dan buas seperti harimau. Licin laksana belut di lumpur. Akhirnya dia duburu oleh Polis bagai kerbau jalang. 
Menurut yang ampunya cerita kekebalan Nayan menjadi lemah kerana Nayan juga merupakan penagih candu yang tegar dan akhirnya dicekup polis. 
Di zaman siber hari ini pun masyarakat tidak pernah sunyi disajikan dengan kekebalan beberapa mahaguru silat seperti yang dipertontonkan kepada orang ramai di dalam video dan dokumentari seperti di tanam dalam tanah, ditetak dengan parang tajam, dihempap dengan batu besar tetapi masih bernyawa segar kebal tidak mati. Hebat dan mendapat pengiktirafan pemerintah. 
Tangkal di pinggang Lanun Sulu
Insiden yang terbaru lebih trajis apabila lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah pun tidak kurang juga hebat tangkal dan azimat mereka, tetapi kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa tangkal dan azimat. Akhirnya mereka juga tergolek mati kerana ditembusi peluru tembaga M16 wira-wira negara. 
Sesungguhnya tangkal dan azimat tidak menjanjikan sebarang kekebalan dan tegaknya syiar Islam di dunia ini bukan dengan kuasa tangkal dan azimat tetapi melalui peradaban yang tinggi yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Akibatnya mereka terpesong dan berdosa menceroboh membabi-buta negara Islam lain yang berdaulat di samping dosa mereka mensyirikkan Allah SWT. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” Surah An-Nisa’: 48

4 comments:

  1. tangkal yang payah nak lut atau susah peluru nak tembusi ada dijual, tapi mahal malah cecah ribuan ringgit. Nama ia ialah baju kalis peluru. Tangkal yang kebal seluruh badan pemakai dinamakan Bombsuit (unit skuad pemusnah bom yg guna) Dikatakan artis2 Holywood ada menggunakan tangkal jenis 'pakaian biasa', mereka buat baju khas (nipis dan xlut) dari kain khas jenis kalis peluru. ntah betul ntah tak jenis baju ni.

    ReplyDelete
  2. Kasi cucuk peluru tu kat tanah then baru tembak...

    ReplyDelete
  3. Tokwan saya cerita zaman dulu ada seorang yang katanya kebal dan hebat tetak tak lukan.
    Dipendekkan cerita suatu hari kerana samsengnya yang amat sangat dan kemuncak kemarahan orang ramai maka dicurahnya cuka getah(asid) pada mukanya.
    Rupanya kulit dia tak kebal pun.fahamlah sendiri lepas itu.....

    ReplyDelete
  4. Hence, it's clear that this production manager is probably the key cogs inside the industrial machine, one without which there is no progress to become made. This app can be regarded as being the tool for handheld content management particularly for the range of Android handsets. The Competency is genuinely looking after yourself as well as the people who help you.

    My web-site; graduate Degree

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.