Thursday, March 28, 2013

DAP PAKAI SIMBOL PAS IBARAT SERIGALA PAKAI KULIT KAMBING

Jika Roket diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerana laporan penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP yang dibuat oleh ahli-ahli nya, PAS akan tampil menawarkan kepada DAP untuk menggunakan simbol Bulan mereka dalam pilihan raya umum nanti. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS akan meminjamkan simbol untuk DAP atas semangat setiakawan dan persaudaraan. Pengerusi DAP Karpal Singh juga berkata calon-calon parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain bertanding di bawah panji-panji PKR atau PAS jika parti itu dibatalkan pendaftarannya sebelum pilihan raya ini. 
Malah penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri tidak keberatan untuk bertanding di bawah label PAS. Dalam hal ini ulama PAS Datuk Harun Taib berkata DAP bebas untuk bertanding di bawah panji-panji PAS tetapi mereka mesti mengemukakan permohonan rasmi. 
Tidakkan ini dilihat tidak ubah ibarat serigala yang telah terdesak terpaksa memakai kulit kambing untuk selamat. Tetapi apabila telah selamat terjaminkah kambing-kambing itu tidak akan dimakan oleh serigala? 
Mereka tahu pengundi kini senang ditipu dan mudah diputar belitkan. Di dalam politik tidak ada istilah ‘Haram’ yang mutlak kerana jika Haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah ‘packaging’, jenama atau label. Untuk lebih menyakinkan ditampal dengan label ‘Halal’ walaupun kandungannya haram. 
Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi Parti Islam janji menang pilihanraya apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang. 
PAS kini memberi jalan pintas dan mudah untuk DAP mencapai cita-cita mereka memperjuangkan supaya kalimah Allah digunapakai di dalam Bible. Mengulangi kata-kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din “Jika kita relakan dan kita redza Allah itu diletakkan kepada God ini maknanya kita relakan Allah itu disyirikkan oleh manusia”.
Sekadar renungan cuba kita bayangkan bagaimana poster Karpal digantung dengan logo PAS bersebelahannya. Kepada siapakah yang akan kita undi? Kulitnya kah? atau isinya kah?

18 comments:

  1. Sudah tentu isinya,
    makan isi, kulit kita buang dalam tong,
    kemudian dibuang ke tempat pembakaran sampah,
    sebelum dibakar, ayam dah selokar, diberak la kulit tadi, dibakar..jadi abu. Oh..rendahnya maruah kulit tadi. Nak buat camna, dah ratib mereka 'putrajaya putajaya putrajaya putrajaya. Dulu kulit nak jual putrajaya kerana ugama, sekarang kulit jual ugama kerana putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn Anom 1:08, inilah yang dikatakan yang cerdik menunggang yang bodoh. Mangsanya ialah pengikut-pengikut yang tegar dan yang baru ikut seperti Bob Lokman, Ustazah Abby terhoyong hayang ceramah sana sini akhirnya di makan serigala.

      Delete
    2. Kamu ingat cerita Pak Kadok?

      Kerana 'nampak' kemenangan, digadai semua. Akhirnya kalah, terlanjang bulat dan malu pula.

      Delete
  2. Silap tu Mummy,bkn DAP pakai lambang PAS mcm serigala pakai kulit kambing.Tp pemimpin UMNO yg jd musang berbulu ayam.Dpn rakyat bkn main baik rupa ny,tp di belakang dok sapu sana sapu sini,tk ingt dosa lansung.

    ReplyDelete
  3. Kalau benar macam Mamirokiah kata.Maka umpama badan babi kepala unta dipaya bakau.

    ReplyDelete
  4. Kalau benar macam Mamirokiah kata.Maka umpama badan babi kepala unta dipaya bakau.

    ReplyDelete
  5. Apa salahnya DAP pakai lambang PAS atau PKR? Apa saja kerja meminta bantuan dari DAP kepada PAS atau PKR atau sebaliknya nampak tak kena macam dilarang dek agama atau Quran. Budaya UMNO memang tak senang dengan ikatan kental kini daripada DAP/PKR dan PAS. Malahan selian cadangan itu kerja orang UMNO dan bukan MR juga sering mencari salah ikatan itu, tak islamiklah, berlainan ideologilah, itu kerja kuda-memperkuda antara satu sama lain dan macam-macam lagi, dahlah institusi Polis/MACC/SPR/Peguam Negara/Mufti Perak dan banyak NGO melayu mangguk yang selalu serang PR tanpa alasan kuat seperti jika pilih PR negara akan huru-hara dan bangkrap pada hal UMNO dah membawa negara berhutang tinggi, amalan kronismenya Tuhan saja yang tahu dan tidak ambil pusing dengan perihal amalan korapsi dalam negara oleh kroni UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kental?

      Yang kaorang dok cacamerba taknak anwar jadi PM tu apa cerita, yang tu tak kisah, yang ni kisah, yang syuranya pula meragui moral anwar..

      tak ke kucar kacir namanya..
      dewasa ini dok berebut kerusi pula.

      Sabar lah..

      Delete
  6. Saya tidak terkejut atau hairan jika hal sedemikian berlaku kerana prinsip menghalalkan cara. Sedangkan kalimah ALLAH pun mereka sanggup jual inikan pula simbol bulan yang kecil nilainya. Terpenting bagi golongan ini hanyalah satu iaitu menumbangkan UMNO dan melangsaikan dendam kesumat. Bagi mereka BIAR PUTIH MATA JANGAN PUTIH TULANG asalkan dendam dapat dilangsaikan. Hal yg sama di pihak UMNO (tak semua kot) yg berprinsip JANGAN PUTIH MATA SEWAKTU ADA KUASA asalkan kaya raya. Inilah senario politik Malaysia yang dikatakan si cerdik tunggang si bodoh.

    ReplyDelete
  7. MR,
    Saya merupakan pengikut blog puan walaupun saya dari PAS. Posting ini saya kira keterlaluan dan tidak boleh diterima. Puan harus terbuka dalam hal ini kerana kita diajar supaya saling bantu membantu dan ini bukan perkara besar pun yang puan cuba perbesarkan. Puan pun tahu UMNO juga pernah diharamkan siapa yang membantu mereka kalau bukan MCA?
    Tolong seimbangkan fakta puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantu apa?
      Kenapa majlis syura pas tak nak anwar jadi PM?
      Sebab moralnya diragui..
      Sepatutnya majlis syura xboleh lawan anwar dan dap, sepatutnya jadi macam kes Hassan Ali, azmin arah pecat, maka terpecatlah Hassan Ali. Azmin yang arah, bukan PAS yang arah. Organisasi kita, tapi diperlembu kaldaikan..

      boleh terima?
      sabarlah anak PAS, dah parti kamu macam itu.. kulit pun kulitlah, janji dapat kuasa.

      Delete
  8. Mummy,DAP pakai apa pun termasuk baju mummy, orang2 Cina tetap akan sokong mereka. Depa dah meluat dengan orang2 dacing ni, dah pandai menipu,songlap,suap sana sini,kati pula dah senget!!!

    Alahai mummy ooi!!! ini bukan tahun 70,80 & 90'an lagi bila depa boleh gempaq macam2. Ini zaman kalau kita kencing dalam tandas sekali pun,depa boleh google tengok!!!!

    Nasihat mummy tolong pukul talipon kat Najib suruh cepat2 bubar Parlimen...aku,family serta sanak saudara aku dah tak sabar nak pangkah ABU(apa2 asalkan bukan UMNO/BN)!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakkan kufur dan syirik kalau kita bersekongkol dengan pihak yang mahu nama Allah di guna dalam Bible?

      Mintak jauh kan dari menyokong mereka2 itu.

      Delete
  9. Pandangan saya, DAP sanggup menggunakan lambang PAS dalam PRU13 melalui kenyataan Karpal Sing dan Lim Kit Siang. Sementara itu Salahuddin Ayob Naib Presiden PAS pula menyatakan PAS sanggup meminjamkan lambang PAS di gunakan DAP untuk bertanding dalam PRU13 dan Nik Aziz pula kata, DAP telah sedar dan faham dengan kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 23 tahun, ianya adalah sebagai satu sandiwara yang cukup hebat, demi nak meraih simpati pengundi samada pengundi Cina dan juga Melayu supaya menyokong PR.

    Mereka sudah faham dengan kerja buat Pendaftar Pertubuhan ini, apabila mereka bersandiwara begitu, mereka tahu bahawa Pendaftar Pertubuhan samasekali tidak akan berani nak membatalkan pendaftaran DAP, walau apa pun terbukti ada kesalahan yang mereka buat, sahingga jika mereka tidak bermesyuarat agung sekalipun Pendaftaran Pertubuhan tidak akan mengambil apa apa tindakan. Jika sekiranya atas kesalahan mengira undi dan tidak membenarkan perwakilan sah hadzir kemesyuarat agong DAP yang lalu itu, Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP, mereka (termasuk PKR dan PAS) akan menghentam UMNO/BN dengan habis-habisan, mereka akan mengatakan ini semua kerja UMNO/BN.

    DAP tidak hirau dengan punca tindakan itu diambil adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Lim Guan Eng memang orangnya saperti itu. Dia akan cari akal, buat kesalahan dan kesilapan sendiri, apabila keadaan menjadi kontrovesi LGE akan menuding jari kapada orang lain. Contoh, kalimah Allah dan salah taip isu terowong dasar laut. Bila keadaan menjadi gawat, itu bukan salah dia, tapi orang lain.

    Demikian juga dengan kes isu yang kontrovesi berlaku dimesyuarat agong DAP tahun lalu. LGE tidak rasa tercubit pun. Kerana dia sudah tahu apa dia nak buat dan apa tindakannya jika benar-benar pendaftaran DAP dibatalkan. Apa pun PRU13 DAP akan bertanding dengan menggunakan lambang roket.

    Persoalannya sekarang, apakah senjata kimia digunakan LGE dan LKS untuk mengugut bagi menundukkan kepala semua pemimpin besar pembangkang, samada Anwar Ibrahim, Karpal Sing, Hadi Awang, Nik Aziz dan lain-lain sahingga semua mereka ini tunduk dan patuh dengan segala tindak tanduk kedua-dua beranak ini, samada ianya jarum halus atau apa-apa lagi?. Nampak jelas, bahawa ketidakberanian/ketakutan semua tokoh-tokoh besar pembangkang kapada tokkong dua beranak ini. Lojiknya, secara saikolojinya semua tokoh besar pembangkang itu, jika LGE dan LKS suruh mereka bom Puterajaya mereka akan ikut dan mereka akan melakukannya. Sama macam Anwar suruh Kira dengan pertolongan Mishuari bom Sabah, mereka terus patuh dan melakukannya. Tidak kira apa risikonya.

    ReplyDelete
  10. Nepotisme ..kronisme..rasuah..maksiat ..meyesatkan aqidah umat Islam, munafik..sekarang amat berleluasa dalam parti pembangkang...tapi apakan daya enyokong mereka ni sudah butahati perut ...tak nampak kebenaran dek terlampau bencikan kerajaan ..inilah kejayaan terbesar parti yang didakwa menjanjikan syuga iaitu menanam dan mentarbiahkan ahli2 dan anak2 mereka sejak kecil...dasar melayu tak sedar diri...jangan lah gigit jari kalau menang sorak kampung tergadai nanti...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.