Thursday, April 25, 2013

CALUN JANGAN DOK 'TIMING' MESTI MAMPU PASARKAN DIRI

Mereka yang dipilih sebagai calun khasnya calun-calun yang tidak berpengalaman di dalam politik akar umbi hasil dipayung terjunkan mestilah pandai menampilkan diri ibarat memasarkan produk dengan 'branding' yang kukuh kepada pengundi sehingga pengundi yakin menterjemahkannya di dalam kertas undi
MR ingin membawa satu contoh yang terkini semasa turun menemui rakan-rakan di medan baru-baru ini. Semasa di dalam satu majlis di kawasan Parlimen Sungai Petani semalam terserempak dengan seorang calun yang baru dan bertanding di kawasan panas Parlimen Sungai Petani, Shamsul Annuar Che Mey yang berusia 37 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Komunikasi serta pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM). 
Beliau berhadapan dengan calun ’season’ dari PKR Datuk Johari Abdul. Di dalam majlis tersebut yang dihadiri ratusan orang ramai beliau kelihatan keseorangan dan masuk tanpa bersalaman dengan orang ramai, tidak kelihatan mesra rakyat mungkin untuk menzahirkan sikap cendekiawannya sebagai seorang ahli akedemik
Penambilan dengan pakaian resmi pejabat tidak langusng membawa jenama parti yang diwakilinya, Barisan Nasional. Seharusnya beliau mampu berinteraksi dengan hadirin yang hadir yang merupakan pengundi-pegundi dalam kawasan beliau. 'First impression' beliau ternyata gagal menawan khalayak.
Di dalam tempoh berkempen ini calun-calun seharusnya tebal muka selama 15 hari, hemoi dan berjumpalah dengan seberapa banyak pengundi di dalam kawasan di mana sahaja waima di dalam tandas awam sekali pun. 
Jangan tunjuk seolah-oleh diri itu ‘timing’ ranggi atau eksyen kelak jawabnya kecundang sebelum bertempur atau diratah hidup-hidup oleh calun parti lawan . Gelanggang politik tidak mengenali siapa. 
Kawasan Sungai Petani dikira kawasan perbandaran yang maju di Kedah. 'Happening'nya mengatasi Alor Setar.  Di kawasan ini lah gelanggang tewasnya Tan Sri Zam Maidin yang dikira tokoh ‘heavyweight’ berjawatan menteri tewas terbungkang dalam PRU12 yang lepas tanpa diduga.
Konklusinya di dalam tempoh berkempen selama 15 hari ini calun seharusnya mampu memasarkan diri ibarat menjual produk. Masyarakat mestilah diyakini dengan ‘branding’ pasaran yang kuat dan memikat.

9 comments:

  1. MR.
    Ok boleh tahan juga.
    Nasib baik dia tak buat poster bersama kayu golf dan sedang bergolf.
    Bila jadi YB wajib kena pandai golf drp pandai jaga rakyat.

    ReplyDelete
  2. Ni nak buat pengundi pangkah orang lain padahal kami ni penyokong BN

    ReplyDelete
  3. Tq mummyrokiah atas teguran. Jauh dari sudut hati saya mohon ampun & maaf atas kelemahan saya tersebut. Saya terima teguran itu dgn lapang dada & berjanji utk mprbaiki segala kelemahan & kekurangan. Sebagai org baru dlm dunia politik saya harap tuan2 semua dapat menegur & mberi nasihat yg berguna kpd diri saya. Untuk info tuan2 smua, program semalam adalah merupakan penampilan pertama saya sbg calon
    dlm majlis yg dianjurkan olh agensi kerajaan. Saya mnyusun jari sepuluh mohon ampun & maaf sekiranya ada mana2 pihak terguris hati.

    Syamsul Anuar ismail

    ReplyDelete
  4. yang terzahir itulah peribadi sebenar seseorang. Lepas ni terpaksalah jadi pelakon dan memaksakan diri untuk kelihatan mesra masyarakat....ramai yg seperti itu dan akhirnya mereka gagal menjalankan tanggungjawab....
    Apakah akan hilang satu undi...???

    ReplyDelete
  5. MR, saya sendiri juga beberapa hari sebelum hari penamaan calon telah bersembang dengan dua orang bakal calon dari dua parti yang berlainan tetapi dalam satu `kelompok' (kemudiannya disahkan sebagai calon). Kedua-duanya saya kenal, meski pun tak rapat. Penampilan salah seorangnya agak `timing' maklumlah orang profesional katakan. Masing-masing ada firma sendiri. Seorang jurutera dan seorang lagi peguam. Saya bertemu mereka di sebuah masjid selepas solat berjamaah. Ketika bersembang itu saya kata dekat mereka mulai sekarang kenalah banyak sikit senyum, bagi salam, jabat tangan, gosok belakang khlayak tanpa pilih bulu dan banyak lagi. Ringkasnya PR mesti up to date dan smart terutamanya sepanjang masa kempen. Jangan layan khalayak macam staf di pejabat Lepas itu saya tidak bertemu mereka.lagi.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sdr Syamsul. Mengaku kelemahan diri & berusaha memperbaikinya adalah satu kemenangan moral untuk anda. Anda juga turut menang kerana tanpa segan silu memohon maaf & berterima kasih kpd yg menegur tanpa perlu memarahi serta mengaibkan mereka....semoga keperibadian ini akan terus menyerlahkan bakat anda sebagai pemimpin generasi baru.....

    ReplyDelete
  7. Calon nampaknya prihatin dengan blog MR ni siap minta maaf susun sepuluh jari.. oklah tu. Syabas Syamsul!

    ReplyDelete
  8. Calon amat prihatin dengan blog MR siap minta maaf terbuka disini... Oklah tu. Syabas Saudara Syamsul!

    ReplyDelete
  9. Bagus klu saudara syamsul dah sedar kesilapan itu. Harap ini mjadi pgajaran dn teladan. MR bukan marah tu, nasihat. Semoga berleh krjayaan di pru nanti.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.