Monday, April 29, 2013

MUSA HASAN DILANTIK PENASIHAT MAJLIS KESELAMATAN PAKATAN RAKYAT

Nazri Abdullah - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR). 
Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein. 
Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini. 
Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini. 
Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini. 
Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.

4 comments:

  1. MSO dah kata dah, beberapa negeri balik semula kepada ubn, harap peralihan kuasa berlaku secara aman..

    ReplyDelete
  2. moga jadi punasihat Majlis keselamatan Pee aRr supaya jgn buat huru hara jika mereka kalah dlm PRU ke 13 nnti...

    ReplyDelete
  3. PRU 13 ( Polis Pencen )April 29, 2013 at 6:25 PM

    Biar batul Tan Sri. Tapi saya x percaya Tan Sri Pro PR.

    ReplyDelete
  4. Tan sri musa dah nafikan benda ni..biasalah puak pr ni kan pakar spin...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.