Thursday, April 4, 2013

SELEPAS MEMBUBAR PARLIMEN FASA KEDUA DS NAJIB LEBIH MENCABAR

Visual : FB DS Najib
Oleh : Awang Luku

Semalam 3 April 2012 2013 jam 11.30 pagi bersamaan hari Rabu DS Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Pengumuman ini secara langsung telah menjawab soalan yang bermain dalam fikiran rakyat setiap hari yang tertanya-tanya bilakah Parlimen akan dibubarkan.
Pengumuman yang dibuat secara langsung di RTM itu dilafazkan dengan penuh nada syukur, ikhlas dan tawadduk menyerah kembali kuasa ke tangan rakyat negara ini di samping memohon rahmat ke hadzrat Allah SWT.
Hakikatnya empat tahun memikul tugas sebagai Perdana Menteri sebagai rakyat kita harus akui DS Najib cukup kuat bekerja dan jelas kelihatan keikhlasan beliau yang dicurahkan dengansepenuh jiwa dan sanubari. 
Hampir keseluruhan ceruk rantau pelusuk negara ini dijelajahnya dan tidak pernah tidak membawa berbagai buah tangan di samping lawatannya. Hampir semua kaum ditemui beliau. Hampir kesemua lapisan masyarakat beliau bersalaman baik yang kecil, remaja, tua dan muda.
Jika diselami betul-betul dengan mata hati sesungguhnya penjelajahan beliau bukan setakat penjelajahan fizikal tetapi termasuk juga spiritual dan kerohanian seperti menemui ulamak besar di Mekah, Madinah, ulamak pondok-pondok di Kedah dan Kelantan sehingga ke Masjid Tabligh di Sri Petaling. 
Seri wajah beliau yang putih jernih dengan bibir yang merah jambu itu seperti tidak tahu letih dan kepenatan Itulah DS Najib yang sedang menghadapi cabaran baru kepemimpinan Malaysia abad ini. Sayangnya beliau sering diprovokasi politik pembangkang sehingga perkara yang tiada sengaja diada-adakan. 
Pegumuman pembubaran Parlimen oleh beliau boleh diertikan sebagai fasa pertama cabaran tindakan. DS Najib akan melalui satu lagi fasa kedua cabaran tindakan yang dikira lebih getir, sukar dan mencabar. Fasa kedua adalah terjemahan sikap beliau yang sebenar.
Fasa kedua ini ialah untuk menamakan calun-calun yang bakal berganding dengan beliau di dalam mengharung masa depan politik negara ini. Fasa kedua ini lah yang bakal menentukan betul-betul kualiti kumpulan yang bagaimana yang akan dibawa bersama beliau untuk mengemudi bahtera rakyat Malaysia. Tidak dapat tidak, beliau mesti mengemukakan calun-calun yang ‘solid’, padu dan mantap untuk dipamirkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai dan seterusnya untuk rakyat mengundi calun pilihan beliau. Prof Dr Hamka pernah berkata ‘untuk melihat siapa sebenar seseorang itu anda lihatlah siapa kawannya’.
Tindakan ini bukan satu perkara yang mudah. Pertimbangan untuk memilih kawan, ketua parti dan ‘winnable candidate’ harus seimbang. Kadangkala kawan membawa rebah, kadangkala kawan membawa tuah dan kadangkala ketua parti hanya cantik di wajah. 
Mengambil contoh negeri kalah seperti Kedah, ramai pemerhati politik melihat ketua-ketua parti khasnya Ketua-ketua UMNO Bahagian terdiri dari ‘sure loosing candidate’ atau ‘calun sahih kalah’. Mereka pernah kalah dalam PRU12 yang lepas ibarat stigma ‘sial’ melekat di badan. Mereka pernah cantas dan sabotaj rakan dalam PRU12 yang lepas ibarat ‘hati busuk’ masih bersyaitan di dada. Mereka pernah merasuah untuk menang dalam pemilihan parti ibarat ‘pelacur politik’ yang memperdagangkan diri untuk berkuasa. Hari ini mereka-mereka inilah yang sedang berkuasa di kawasan. Mereka sombong mendabik dada menyorong pipi untuk dipilih sebagai calun walaupun sedar hidung mereka sebenarnya tidak mancung. Sekarang pun telah kedengaran suara-suara ugutan di kalangan penyokong tegar mereka “tak dapat kepala telinga aku pulas” jika taiko atau ketua mereka tidak dipilih sebagai calun dalam PRU nanti. Malah ada yang lebih rela kalah kerana dapat menikmati kesedapan imbuhan jawatan Penyelaras Parlimen atau DUN. 
Fasa kedua ini dilihat lebih mencabar kepada DS Najib kerana realiti cabaran nya ialah dari dalam parti beliau sendiri bukannya dari parti lawan. Berbagai tindakan halus boleh dilakukan oleh pembelot-pembelot ini dari dalam ibarat menanam tebu dibibir mulut. Ada di kalangan mereka yang sudah terkenal sebagai kaki sabotaj malah cukup mahir melakukan kerja-kerja kotor itu tetapi masih gagah kerana sukar diambil tindakan. Mereka ini mampu melumpuhkan seluruh jentera parti di peringkat akar umbi secara terancang dan cukup licik lebih hebat dari lanun-lanun Jamalul Kiram yang menceroboh Lahad Datu. 
Adalah lebih baik pembelot-pembelot ini dikuburkan sahaja ‘once and for all’ di dalam medan PRU13 ini. Biar mereka terkapar-kapar berguling garak bersama Anwar Ibrahim daripada hidup memakan kawan bagai gunting dalam lipatan. 
Realitinya dalam masa 4 tahun DS Najib telah melakukan segala tanggung jawabnya malah melebihi bapa beliau sendiri Almarhum Tun Razak .

8 comments:

  1. Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tolong e mail kan saya detail profile tuan untuk pertimbangan.
      TQ

      Delete
  2. Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Abang pun tersalah taip tu, pembubaran 03.04.2013 yang sebetulnya...he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro,
      Nanti blanja apom lenggang Chowrasta.
      Amacam?

      Delete
    2. ha3.. ok gak tuu.. jeruk pala pun bole..

      Delete
  5. MR.setuju sangat luahan itu.
    Bapak Najib kena teropong betoi-betoi.
    Jangan jadi macam zaman PakLah/Khairi
    Pakar sabotaj masih bermaharaja lela di P/Sena,KBbaru,PTerap,Baling,Spetani,Merbok,Pdg Serai,K.Kedah,Pendang.
    Sekarang mereka nak jadi hero bunga.
    Rakyat/pengundi dibawah tak lupa dosa mereka pada BN/UMNO.

    Calon kena terbaik dlm segala segi..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.