Saturday, May 25, 2013

JOHOR : PROSES PENYISIHAN ORANG-ORANG GHANI OTHMAN. KEDAH : PENYINGKIRAN REKTOR KUIN ADALAH PERANGKAP PENTADBIR NEGERI.

Kejayaan mengambil alih kerajaan oleh mana-mana parti politik bukan bermakna satu kebabasan untuk membalas dendam dan merasa gah dengan kuasa sehingga melihat kebaikan  itu satu keburukan dan keburukan pula dipolitikkan semau-maunya. Keseluruhan rakyat yang memilih kerana mereka mahu melihat kebijaksanaan dan kewarasan pemimpin itu memimpin mereka.
Kadangkala kita tidak faham tentang sikap berpolitik dalam negara ini dengan sikap dendam mendendam. Politik dendam ini sebenarnya tidak terbatas di antara BN dan pembangkang sahaja tetapi yang lebih pelik ialah dendam mendendam di kalangan parti BN sendiri.
Di Johor umpamanya kini sedang berlaku penyucian orang Khaleed Nordin terhadap orang-orang Ghani Othman. Orang-orang Khalid sedang menidakkan jasa-jasa Ghani sehingga ke tahap kononnya Ghani pro kepada koporat China, Lim Kang Hoo berikutan projek Dangga Bay. (The Eradication Of Datuk Ghani Has Begun).
Begitu juga di Kedah usaha-usaha penyucian legasi bekas MB juga sedang berlaku. Hakikat kejayaan mantan MB Kedah Ustaz Azizan membangunkan KUIN harus diterima dan ini merupakan legasi Ustaz Azizan. Tindakan-tindakan politik semberono yang tidak bijak dan tidak diplomasi itu telah mengakibatkan penyingkiran Rektor KUIN kerana terperangkap dalam jerangkap percaturan pegawai-pegawai tadbir negeri yang mempunyai agenda yang lebih besar dengan memperalatkan orang-orang politik.
Kerajaan BN tidak harus menghakis legasi ini kerana ketika Ustaz Azizan mengambil alih Kerajaan Kedah beliau tidak pernah cuba menghakis mana-mana legasi pemimpin Kedah yang terdahulu. Beliau sendiri amat menghormati Tun Mahathir sehingga mendapat tentangan dari kalangan penyokong taksub parti nya sendiri.
Kini di Kedah ramai pemerhati yang melihat Mukhriz membawa corak kepimpinan korporat di dalam pentadbirannya di mana ‘delegation of power’ kepada orang bawah yang berlebihan. Mungkin ‘applicable’ dalam korporat tetapi ‘miserable’ dalam politik. Apa pun terlalu awal untuk dibuat tafsiran. We look and see. Rakyat sedang menjadi pemerhati setia untuk melihat kelayakan pemimpin mereka yang mereka amanahkan.
Pengerusi Hindraf yang suatu masa dahulu pernah memaki hamun orang Melayu kini bukan setakat dimaafkan malah dilantik sebagai Timbalan Menteri apalagi kita sesama Melayu untuk terbawa-bawa dengan dendam yang penuh emosi menghukum Melayu yang lain.
Laungan perpaduan Melayu PAS dan UMNO seharusnya diterjemahkan dengan bijaksana, berhemah dan penuh tawadduk. Ini kerana keputusan pru13 yang lepas amat jelas membuktikan yang kalah bukan kalah semua dan yang menang bukan menang semua.

22 comments:

  1. Kalau x tahu sejarah Danga Bay, baik jgn tulis apa2. LKH mmg patut di tolak jauh2 bg mengembalikan maruah UMNO. Dah terlalu melampau dan berlebih2. Cukup lah jasa LKH menyelamatkan KPRJ pada 1 masa lalu. Tp kalau semua sekalai nk bg kat dia nak jadi apa. Boleh lihat pelan struktur danga bay yg telah di paparkan kepada umum utk bantahan dulu dan lihat bagaimana pelan tersebut telah berubah dengan begitu rakus. Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  2. LKH bukan setakat rakan kepada Ghani tetapi juga rakan kepada Hishamudin Hussein Onn cuba siasat kami tahu apa yang di dalam-dalam lagi. LKH bergerak secara halus bersama beberapa pemimpin tertinggi negara. MR akan hairan jika kami dedahkan.
    Akan kami emailkan kapad MR sedikit demi sedikit. Terpulang kalau mahu siarkan di blog ini atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Nampak depan mata kerakusan LKH dlm mencuri Tanah di persisiran sungai danga..dan sungai Melayu.sedangkan org2 melayu yg ingin menetap ditanah2 pinggir sungai di anggap setinggan dan akan di nyahkan dari kwsan yg telah diteroka..Doa org kampong makbul dan akhirnya kau kecundang...Kalau nk bagi Tanah kpd LKH bagi lah tanah2 di Sungai Mati sbb dia dah mati jgn bagi di kwsan sg danga atau sg melayu..KRN SUNGAI ITU MELAYU YG PUNYA...

      Delete

  3. rektor KUIN tu bukan dia sendiri ke yg resign..

    ReplyDelete
  4. KUIN legasi umno . Legasi PAS adalah merosakkan KUIN

    ReplyDelete
  5. boikot produk cina tapi jangan boikot tauke cina - UMNO ! ok tak slogan tu.

    ReplyDelete
  6. Mummy Rokiah tak perlu lah nak jadi "mummy jarum" kerana yang mummy cuba nak bela tu memang pun dikenali sebagai perosak cuma mummy saja yang buta hati tak nampak pasal asyik dok guna kepala lutut buat analisa

    ReplyDelete
  7. Harap2 MB Kedah x biarkan KUIN senasib dgn Kedah Corp. Jgn jadikannya lubuk emas utk tokoh tertentu. Rakyat dah bagi mandat, jadi buktikanlah slogan BN Menang Kedah Senang.

    ReplyDelete
  8. MR,
    Saya orang Johor dan duduk di JB sekian lamanya. Memanglah Danga Bay dan Iskandar amat gah bunyi dan penampilan nya. Saya tak kisah di bina condo, banglo dll yang mewah dimana harganya adalah "from 800k". Binalah sebanyak mana yang mau. Cuma saya nak peringatkan ahli politik atasan UMNO, untuk jangka masa 10-20 thn akan datang, berapai ramaikah penduduk Melayu akan berkata, " saya tinggal di Iskandar " !

    ReplyDelete
  9. Sebelum pilihanraya Ghani Othman lah yang dijulang sebagai wira yang layak berdepan dengan Kit Siang apabila Ghani kalah semua lari saling menyalah sana-sini. Adakah ini sikap UMNO?
    Sebab itu banyak vateran akan lari tinggalkan UMNO sedekit demi sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengikut macamni kalau jumpa dia dan ular elok bunuh dia dulu baru bunuh ular.

      Delete
  10. Kedah akan lingkup lagi sekali jika MB tak berhati-hati kerana yang disekelilingnya pernah ada rekod menghina bapa Mukhriz, Tum M pemimpin dunia yang terulung.
    Siapa yang kasi duit rm200 untuk jatuhkan Tun di Kubang Pasu? Siapa yang hamput Tun di PWTC?.
    Sekarang mereka ini berkuasa kita lihat maian politik mereka ini.

    ReplyDelete
  11. Ada jugak 6 dok nak jadi Jarum.... bek dok diam dah la Mummy oiii.. dok nak berpolitik 24jam 360 hari ni bukan keja... orang xdak akai mcm anuwar tu leh la camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ni telah menjadi lumrah UMNO utk menyisih kn pemimpin mereka.Bkn Ghani Osman je.Tengok apa yg jadi dgn Khir Toyo?Apa yg nk di heran kn!Sama jg dgn slogan2.Naik yg baru bertukar le slogan!Dn lg satu Anon 3:23,POLITIK ada lh ilmu pengurusan kehidupan,jd memang perlu di amal kn seharian.Kalau kamu cuma mengamal kn lima tahun sekali HANCUR lh kehidupan kamu.Dn lg setahun ada 365 hari!

      Delete
  12. MR.
    Sebenarnya naiklah tokoh mana pun.
    Sudah ada seorang toke cina siap sedia berdiri dibelakang.
    Di Kedah pun tak terkecuali isu ini,
    Dengar cerita toek-toke cina sudah siap pelbagai proposal pada Mukhriz nanti.
    Yang susah payah orang kampung juga yang undi BN.
    Bila menang tunggu dan lihatlah siapa yang akan makan enak-enak.Dan siapa pula yang makan kuah sahaja.
    Yang kenyang ialah orang keliling MB.Yang jadi lapar ialah orang kampung.
    Cuma diawal sahaja penuh dengan retorik untuk memukau rakyat.Lepas 100 hari jadi takok lama jugalah .Silap langkah lebih rakus drp kerajaan PAS zama Ostat Azizan.
    Barisan EXCO yang ada bukan boleh harap sangat.Rakyat ada rekod.Cuma rakyat dan orang kampung Melayu sayang pada BN sahaja.

    Sudah bunyi tanda tanda awal dikalangan rakyat dan UMNo sendiri akan cerita rembat harta rakyat.

    Semua cerita ini ada semua negeri-negeri Melayu.

    Itulah hidmat bila ada kuasa.
    Kita tunggu dan apa akan jadi slogan BN MENANG KEDAH SENANG atau BN MENANG DUA KERAT YG SENANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak fikir yb yb bn kedah akan rembat duit rakyat,cuma kalau ada peluang depa akan rembat.rakyat dah pilih yb yg terbaik,kite tengok mukriz (mana ada sejarah buruk)jangan tengok bapanya yg pengkhianat bangsa(bagi ic ),cuba hancurkan islam(tutup sar),cuba hancurkam melayu(bubar umno),dan banyak lagi,harap rakyat kedah reda dan buruk sangka dgn yb yb yg depa pilih tu.tutup sejarah silam yg hitam dan buka buku baru ( harap yb kedah dapat bekerja dengan rakyat)

      Delete
  13. BN Menang kedah senang bole dibuat tapi legasi 5 tahun PAS peranap kerajaan kedah maybe perlu more than 5 years nak dibetulkan...

    ReplyDelete
  14. TOK SAH DOK KATA KAT ORANG LA MUMMY WOOOI. KUIN TU BN YANG BINA. AZIZAN SAMBUNG. TAPI BANYAK MASALAH. DEPA SAMBUNG BUKAN PASAI APA. NAK MENUNJUK SAJA. TAK APA LA. YANG MASJID DENGAN ASRAMA TAK SIAP MACAMANA. DOK KATA ORANG RASUAH. TANG DEPA MACAMANA. INI ORANG DALAM KUIN YANG CERITA. MUMMY PUN TOK SAH DOK JADI BATU API LA. MASA PAS PERINTAH DULU BUKAN MAIN KUTUK BN HUTANG. LA NI DEPA TINGGAI HUTANG LAGI BANYAK. JADI PERTIMBANG ELOK-ELOK KALAU NAK TULIS TU. JANGAN SAMPAI JADI MUSIBAH KAT ORANG YANG TAK SEPATUTNYA. JAMIL LETAK JAWATAN PASAI DIA TAU APA YANG DIA BUAT. YANG DOK HANTAM DIA PUN ORANG KUIN JUGAK. PUAK-PUAK TOTOK PAS JUGAK. YANG DOK KAIT PENTADBIR NEGERI PASAI APA.

    ReplyDelete
  15. Salam Mummy Rokiah,
    Saya bersetuju dnegan pandangan puan tetapi di negeri Kedah ini satu lagi masaalah asas yang paling besar ialah peranan Syarikat Air Darul Aman atau SADA di mana di sebelah kawasan Baling dan beberapa tempat masih berlaku keputusan bekalan air yang ada hari itu sampai satu minggu. Urusan pembayaran bil yang sukar kerana bayaran bil air sudah tidak dapat dibuat di pejabat pos. SADA merupakan mesalah besar kepada orang-orang Melayu pendalaman ketana meereka hanya menjaga projek-projek perumahan yang besar dan tauke besar.
    Kerajaan Kedah yang baru harus bertanggung jawab memulihkan masaalah ini.

    ReplyDelete
  16. Walaupun Kedah tak ada EXCO Cina tetapi saudagar Cina dgn beg besarnya mulai masuk Pej MB dan EXCO.
    BN senang cina tali barut cina juga yg senang kerana UMNO makan persen.

    UMNO-PAS 2x5=5x2

    ReplyDelete
  17. Seronok tengok rakyat makin maju dalam mengajukan permasalahan ke peringkat tertinggi juga kepada yang berwajib. Tunaikanlah tanggungjawab masing2 tanpa mengira pegangan politik. Yang pasti wajib tunaikan segala janji dan laksanakan gerak kerja sebaik-baiknya.

    Hidupnya semangat beretika dan moral tinggi maka majulah Negara. Aman Malaysia, Allah terus Rahmati.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju dengan salim.kami orang Baling amat menderita dengan ketiadaan air berminggu-minggu..MB tolong tengok isu ini secara serious.Kami orang kampung.tengok sama pd kami.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.