Itulah betapa besarnya rahmat Allah SWT kepada mereka.
Sehubungan itu kesemua mereka harus bermuhasabah diri bahawa jawatan, kuasa dan darjat bukan pakaian mutlak sampai ke mati. Hari ini mereka dijulang ke atas dan besok masih belum tentu nasib mereka kerana Allah SWT maha berkuasa boleh menarik kembali mereka ke bawah jika amanah yang diberi dikhianati dengan dipergunakan untuk kekenyangan diri sendiri, kroni, anak bini dan pembodek-pembodek sekeliling.
Cukuplah dengan hidangan lakunan sandiwara dan hippokrasi dengan mengambil peluang untuk mengaut untung dari jawatan dengan menyalahgunakan kuasa untuk membaham projek-projek kerajaaan seperti ular sawa melalui kuasa melulus.
Hapuskan lah niat untuk memasang proksi untuk menyodok hasil mashul negeri seperti pasir, kuari batu dan balak.
Mereka harus merapatkan jurang dari bermusuh sesama sendiri. Berhenti dari memperbanyakan masuh dalaman. Perbesarkan parimeter siratulrahim dan perjuangan menjangkau sebanyak mungkin ‘circle’ rakyat di bawah.
Janganlah berkereta terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk berpakaian mewah yang menyebabkan terbina tembok jarak yang memisahkan rakyat dengan YB. Kemenangan hari ini adalah kemenangan dukacita dan bukannya masa untuk mencalai bergentayangan dengan kemewahan yang merupakan sembilu kepada rakyat.
Wakil rakyat hari ini adalah hamba kepada rakyat. Berkhidmatlah dengan ikhlas dan tidak bermuka-muka berlakon atau sombong atau bongkak di hadapan rakyat. Jagalah perangai isteri dan anak-anak supaya tidak bertindak lebih camca dari bubur.
Jika mereka lalai dan mabuk dengan kuasa tidak mustahil mereka akan dihumbankan rakyat dalam pru 14 yang akan datang. Pada ketika itu bukan setakat mereka sahaja yang kojol tetapi seluruh bahtera UMNO dan BN akan turut sekali lingkup punah-ranah dengan penuh kehinaan.
Walaupun semikian kita percaya ramai wakil-wakil rakyat yang sudah mula sedar dan menghayati kandungan sumpah yang mereka angkat.
“Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna”
NAK NASIHAT MACAM TU BAGI TAU PADA PUAK SEBELAH LAGI. HAD PUAK SATU LAGI TU.PUAK TU HANG TAK BAGI TAU APA HANG TAKUT KE ENTAH ENTAH HANG PUN SEKALI SAPU DENGAN DEPA KOT HAHAHAHAHAHAHAHA
ReplyDeleteAlahhh biasa la ..sapu kena la sapu sikit, kita pakat bahagi-bahagi la. Hang ambik isi aku ambik kuah.UMNO memang kaki sapu pun pantang ditegur pasai depa dok buat benda tu.
ReplyDeleteTAK RASA MACAM SIMBAH AYAQ KE DAUN KELADI KAA...MR?? PUAK UMNO NI BUKAN JENIS ULAQ SAWA...TAPI ANACONDA...BOYA PUN ADA...TAK KAN TAK TAU KOT...
ReplyDeletetak baik cakap macamtu bagilah peluang depa berubah, dari anaconda kepada kucing(alim kucing) .ataupun jadi anjing(tak makan taik dapat hidu pun jadilah)
DeletePR & BN 2x5.
ReplyDeleteBetui betui. Bab politik ni sapa2 pon lebih kurang ja ta payah nak cakap sebelah pihak ja. Yang nak beza sikitpun tang tahap keterukan kut.
Delete
ReplyDeleteبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلم عليكم ورحمة الله
tanggungjawab kita ingatkan mereka. esok-eaok kalau Allah SWT nak beri peringatan atas niat & sifat tidak amanah mereka...kita tidak terlibat sama sbb kita sudah pun beritahu mereka.
Setuju dgn sdri. Tapi.. Mrk baca ke blog ni, MR? atau ada ke yg menyampaikan kpd mrk message ini. Or else, blog ni dok berleter sensorang apa pun tak berubah.
Deletesetakat yg aku tahu elaun dan gaji exco lebih kurang rm18 ribu sebulan.
ReplyDeletebuatlah kerja betoi-betoi.jgn dok rembat harta dan rezeki rakyat sudahlah.
elakkan exco 10persen dan exco komisen.
maaf sekadar nak ingat.
ingarlah doa rakyat yg kena zalim macam zama Pas/PKR Allah bayar tunai.
umno waspadalah.
Belanja PRU tu kena bayar. Macam mana nak langsaikan hutang?
ReplyDeleteTak dapat rembat, siapa nak jadi YB? Bodoh punya kerja, tak kalau menyusahkan sendiri jadi YB?
Berapa ketul sahaja yang benar-benar nak jadi macam Nelson Mandela?
pas tak ada masalah belanja pilihanraya, duit hasil derma ceramah,duit hasil menang saman utusan (semua masuk dana pilihanraya),petugas guna duit sendiri, tapi bn saya tak tau mungkin guna duit poket sendiri.atau loan bank.
Delete