Friday, May 17, 2013

SIAPAKAH OTHMAN WOK DI MALAYSIA?

Young Mr. Othman Wok  at right of LKY
Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjaya nya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura. 
Dia menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja Melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini). Ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti raja-raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam harakah jugak la. 
Selepas itu dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines pada tahun 1959. 
Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di Singapura. 
Dia juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah diplan oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. Dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia. Padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku. 
Sehingga sekarang ini dia masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. 
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu. Akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan dia sekali lagi bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri.   
Selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew. Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden.
Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Tak kan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. 
Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana 'memperjuangkan' nasib bangsa sendiri.
Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? 
Fikir2kan...
Sumber artikel daripada:
(Darulehsan Today)

28 comments:

  1. Tetapi bukan othman wok yg serah mesia kpd singapura! Yg serahkan ialah presiden umno dan org besar johor! Awat hang bodoh sangat tt oii! Benudak mentah macai bulih la ko tipu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuiiii, bukan othman wok yg serah Malaysia kpd SporK.....Siapa le othman wok nie yg nak serah itu dan ini. Lu minum le bro

      Delete
    2. betulke umno yg bagi singapura kat cina setau saya anuar ibrahim yg bagi, umno hanya bagi pulau batu putih saja (pulau tu kecik je dan tak de nilai langsung.)

      Delete
    3. "serah mesia kpd singapura" ???

      bila masa pulak. ashburn udah2 la hisap ganja tu....

      Delete
    4. Kahkahkah lawak bila org mabuk berkata2.. Ada bukti ka umno bg sgpura pd cina? Stakat ckp suma org oun bole! Dasar macai PR fitnah berpisah tiada. Keputusan keluar dr malaysia atas dasar pemimpin yg memerintah negara2 gabungan (spura, sabah & srwk). Spura tlh dikuasai PAP(pembangkang).. So pemimpin dia nk kuar malaysia sapa bole larang. Sama jgk sabah srwk. Mereka masih kekal dlm malaysia sbb pemerintah di sana adalah parti komponen yg sma memerintah di sememnanjung.. 1 kawan buat pe nak berpisah. Yg jd masalah bila misuh memerintah. Confirm dorg nk kuar dr malaysia. Tu yg dap dok perosah srwk dan sabah. Bila dorg menang kat sana dorg mintak kuar dr malaysia.

      Delete
  2. Mamu.yg dok jual tanah kat singaporean tu kira cam na plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tolong jawab, senang je kerana nak untung besar, jual kat melayu ( melayu mana ada duit)harap brim setahun sekali mana cukup nak bayar harga tanah yg mahal)

      Delete
  3. shah ashburn,
    Bila bahagian dah jadi kanser, kita kena buang walaupun menyakitkan hati.

    Tak nak bahagian lain dicemar sama. Tapi macam kanser, kadang-kadang tak dapat buang semua.

    Itulah yg terjadi sekarang, bahagian kanser dah merebak. Tak pe lepas ni kita buat chemo and radiation pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang wslaupon macsi..ttp hang mengaku bahwa nkn othman wok yg bg s'pore kat china! But to quote that bloody idiot reason as said by tunku..was merely a lame excuse! Macam tanah tok milik tok nenek dia! Apa dia ingat darah dia kaler lain! Hsng pnya pon kaler lain jgk ka?

      Delete
    2. engkorang semua salah anwar yg bagi singapura kat cina

      Delete
    3. kalau kanser ada ubatnya (mengapa tak cari doctor pakar)

      Delete
    4. oi ashburn bodo, keje nak lari tajuk je. othman wok ni contoh tali barut, kisah dia ni untuk jadi teladan. yang ko dok kecoh pasal isu singapore keluo dari malaysia je apahal? ada hikmahnya singapo keluo dari malaysia, sekurang2 racun pap cuma dalam singapork. mudah org melayu nak ambik iktibar sebelum racun dap jadi parah.

      Delete
  4. nama dia yang betul ialah Othman Berok.kalau dah orang Umno dan orang besar Johor lepaskan Johor, Shah baghal rela Selangor dan Pulau Pinang di berikan DAP.Sekarang nak rampas Johor pula.Kalau dah baghal kata orang budak mentah.Lu apa tua nyanyuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang nih betui tongong la..hujah sebijik macai tegar yg jahil muraqab! Ketonhongan hang jenggambarkan yg hang nih penganut tegar umno sekular yg cintakan assobiyah! Tu passi hang tongong. DAP kat mslaysia kn..rakyat yg sokong pakatan rakyat x sibuk pon nk keluar malaysia..alih2 hang yg tongong2 dan menteri jawa bonhok suruh keluar mesia? Ko ingat mesia nih milik mak pak ngn tok nenek ko?

      Delete
    2. memang malaysia ni umno yg punya depa boleh bagi p singapura kat cina,p batu putih,kawasan minyak dan banyak lagi, so kalau tak puas hati dgn umno,boleh hijrah ke negeri lain sebelum umno halau kerena malaysia umno yg punya (bukan hak org melayu)

      Delete
    3. bukan nak rampas johor tapi nak perintah johor (ada faham)ni kena ambik spm sekali lagi)kmalaysia ada undang undang mana boleh senang senang nak rampas.

      Delete
    4. aku syak ashburn yang bangang ni kepala dia dah biol sebab jangkitan sifilis dari chinadoll.. keje nk lari tajuk je. tipikal cybertrooper dap.

      Delete
  5. Mmg patutla Singapork kena tendang keluar dr malaysia sbb PAP perjuangkan Malaysian Malaysia.. ko ni bodoh la shah ashburn.. ko tu yg budak mentah... bangang.. ada jugak melayu kalu melayu la sanggup jd penjilat ponggong cina..pancacai yg tk tau sejarah.. celaka punya budak.. pengkhianat bangsa.. sian mak bapak ko lahirkan pengkhianat bangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu 8:14,1Malaysia tu apa beza ny dgn Malaysian Malaysia?Institut Pengajian Tinggi Swasta dgn Universiti Merdeka apa pula beza ny?KHIANAT dlm istilah Islam ialah mereka yg menyeleweng bila di beri AMANAH!Tanah Rizab Melayu semakin mengecil.54 billion saham org2 Melayu lesap.Di Perak DR,beratus hektar tanah di Belukar Semang di beri kpd tiga syarikat bkn Melayu,tp di miliki oleh individu yg sama.Rumah Perak yg terletak di prime land Batu Feringhi,di serah kn kpd pembantu khas ADUN Pangkor dgn bayaran RM90ribu++ setahun. Pantai peranginan Teluk Rubiah di jual kpd syarikat Brazil,Vale utk kilang bijih besi.Kilang simen Perak Hanjoong,yg saham ny di miliki oleh PKNP di jual kpd YTL Corporation.Belum ada dlm sejarah dunia kilang simen yg rugi.Siapa punya angkara semua ini,Cina ke?Semua ny di laku kn oleh pejuang Melayu.Kesian tengok kamu yg tk pernah tau tentang FAKTA!Di perbodoh kn oleh pejuang2 Melayu yg kamu sanjung!

      Delete
    2. gua melayu,beb!May 18, 2013 at 1:02 AM

      ko ni betul2 salah tembak. mentang2 ko benci sebahagian melayu yg jahat, ko borong semua melayu jahat, semua cina baik. ko ni tipikal otak biri2

      Delete
  6. Yg aku hairan tengok pasal apa berlainan wadah di tuduh yg bukan2.Anti Raja2 Melayu le,menggadai kn hak2 org Melayu le.Ni yg bercakap ni FAHAM ke TIDAK tentang demokrasi.Sprt kata Dato Saifuddin Abdullah,yg memilih HABUAN memilih BN dn yang memilih DEMOKRASI memilih PR.Bg aku yg memilih PR,aku tidak melihat apa yg di beri kn oleh BN sebagai menjamin kehidupan anak cucu aku di kemudian hari.Apa kh dgn pemberian BR1M dh sejahtera dn terjamin hidup mereka.Sepanjang kempen PRU 13 aku tidak melihat satu pun dasar2 unjuran dr BN yg blh memberi kesejahteraan kpd rakyat.Yg ada mereka memperlekeh kn unjuran2 dr pihak PR.Yg ada dok mengungkit jasa2 BN.Begitu juga dgn mencerca dn mencaci org lain.Dh menang,dok membalas dendam sprt di Terengganu.Tk cukup dgn itu ada pula Menteri yg tidak tahu Artikel 10 dlm Perlembagaan Malaysia,hak dn kebebasan bersuara.Semasa kempen PRU dok merayu dn memujuk supaya rakyat memilih mereka,bila dh menang nk tunjuk BESAR KEPALA pula.Ini lh padah ny bila mereka menyertai politik dgn NIAT yg tersirat. Mereka menjadi kn politik sbg medium utk mengumpul harta kekayaan.Malang bila negara ini punyai ramai ahli politik yg sebegini.

    ReplyDelete
  7. Kenapa x citer skali pmbesar melayu gadai tanah melayu di johor...tu bukan saki baki othman wok zaman moden ka

    ReplyDelete
  8. Dalam mana-mana pertubuhan politik mesti ada ahli yang bijak menyamar sebagai penyokong kuat kepada parti pemerintah walaupun pada akhirnya dia akan jadi pengkhianat atau barua kepada parti pemerintah. Misalnya dalam UMNO ada pendukung kuat yang berpendapat UMNO itu perjuangkan Islam dan orang Melayu sedangkan adalah jelas UMNO boleh membiarkan amalan rasuah, melontarkan kata-kata benci dan busuk terhadap bukan Islam, melakukan penipuan (gerrymandering) dan banyak lagi. Kes Osman Wok itu kes biasa aje, tiada luar biasa. Kini ramai Profesor Kang Kung/Kong Kang yang menutup mata dan telinga mereka terhadap kezaliman pemerintahan UMNO malahan mereka membodek selalu dan mempertahankannya, dan malahan ada ramai blogger yang berperanan seperti Osman Wok juga yang segala-gala UMNO itu adalah parti keramat yang telah direstui oleh Tuhannya.

    ReplyDelete
  9. Sperti mana kes di kelantan .. yb anuar tan banyak menbantu kaum CINA dapat menbeli TANAH di kelantan ..
    Fikir fikir kan lah ... selagi manusia di panggil MANUSIA .. NAFSU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kota bharu Aku tak heran masa depan negara akan menjadi gelap kerana banyak lagi Othman Wok yang akan muncul. Selain YB Anuar Tan semua rakyat harus berhati-hati, Othman Wok akan datang ialah YB Ridhuan Tee Abdullah. Fikir-fikirkan lah orang-orang Melayu akan tertipu lagi.....

      Delete
  10. Copy pastu paste ke page sendiri..tu je la.. sumber dari wiki..
    minded tempurung..

    ReplyDelete
  11. aku langsung tak tau othman wok ni rupanya bekas menteri singapore. masa sekolah aku pernah gak baca cerita hantu dia, ingatkan penulis picisan mana la. memang sesuai la jadi pengkhianat, otak pun tahap khurafat je....

    ReplyDelete
  12. Looks like Othman Wok ..and Ishak Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed were al the clever guys...leaving the dummies t rob and plaunder Malaysia to nothingness...............he did he right thing to get Singapore out of Maaya....Brunie were smart too....only problem is Sarawak and Sabah didnt have OthmanWoks.....now sure die....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.