Bukan sedikit belanja untuk membina beg tangan DS Rosmah |
Di antara bahan kempen yang ampuh yang digunakan untuk menentang BN di dalam PRU13 yang lepas ialah rasuah, keselamatan domestik dan isu pendidikan. Isu rasuah ia dikaitkan dengan isteri PM DS Rosmah Mansor berhubung isu cincin, tas tangan dan beberapa pembelian kelengkapan angkatan tentera.
Fitnah dan tohmahan ini sudah beberapa kali disangkal dan dijawab lengkap dengan faktanya sekali oleh beliau dan yang berkaitan dengan beliau tetapi ternyata jawapan-jawapan ini tidak berkesan dan dilihat sebagai jawapan politik. Stigma persepsinya sudah menebal mungkin kerana ia dijawab pada saat-saat akhir sempena menghadapi musim pilihanraya.
Isu keselamatan domestik ia berkait rapat dengan kelemahan menteri KDN yang gagal berperang dengan persepsi statistik jenayah yang menurun dengan realiti kadar jenayah yang berlaku setiap hari. Samada semua isu-isu ini persepsi atau realiti cuba kita teliti pandangan beberapa tokoh non-partisan atau bukan dari orang politik.
Setelah selesai pilihanraya pihak media telah menemuramah beberapa tokoh bukan politik bagi meminta pendapat tentang pasca pilihanraya kali ini. Di antaranya ialah tokoh korporat terkemuka Datuk Seri Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB di dalam Utusan Malaysia (7/5/2013 : ms 19) dan The Star (7/5/2013:ms2 Biz) menyatakan di bawah tajuk "Kemenangan BN cetus kenyakinan pelabur". "Kami menjangka kerajaan baharu di bawah BN akan terus berusaha mengurangkan rasuah, keselamatan domestik, meningkatkan tahap pendidikan serta membasmi kemiskinan bandar”.
Seorang lagi tokoh yang berpengaruh iaitu Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Datuk PHS Lim pula menyatakan dengan kemenangan BN, Malaysia akan lebih aman, stabil dan berkembang maju dalam dunia serba kompetitif, “Kerajaan BN juga akan lebih berhati-hati mengenai rasuah yang dituduh secara meluas oleh pihak pembangkang PR semasa kempen-kempen panas sebelum pilihanraya” (Utusan Malaysia- 7/5/2013 : ms 19).
Ini hanya lah beberapa petikan komen tokoh-tokoh ekonomi berpengaruh yang bukan di kalangan orang politik dan kita percaya terdapat ramai lagi tokoh-tokoh di luar sana yang senada pendapat mereka untuk memerangi rasuah yang menjadi harapan mereka selepas pru13.
Apa yang lebih menarik apabila The Star melapurkan hubungkait perniagaan anak Tun M, Mokhzani Mahathir dengan pru13 dan Petronas apabila berlaku lonjakan saham Sapura Kencana sebanyak 40sen. Sila baca - “WITH the Barisan Nasional win in the just-concluded 13th general election (GE), the first oil and gas (O&G) stock to bounce back on the radar screens of fund managers would undeniably be SapuraKencana Petroleum Bhd. The stock staged a sharp jump, closing 40 sen to RM3.45 on a volume of 89.75 million shares.
Prior to the GE, there were concerns that politically-linked SapuraKencana would be in trouble should the opposition come to power, as a significant portion of its contracts came from Petroliam Nasional Bhd (Petronas). SapuraKencana's substantial shareholders include former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's son Datuk Mokhzani Mahathir. Dr Mahathir is adviser to Petronas, and until today, continues to wield influence on the country's political scene. (The Star, Biz 7/5/2013 ms: 3).
Isu rasuah, isu keselamatan dan isu pendidikan merupakan isu-isu tergantung yang kerajaan BN gagal ‘address’ dan merupakan stigma yang akan sentiasa melekat dalam fikiran rakyat jika tiada usaha untuk mengikisnya bermula dari hari ini.
Jika di dalam kotak minda tokoh-tokoh ini bermain isu yang serupa bagaimana pula di dalam kotak minda rakyat-rakyat jelata? Bagi rakyat ini bukan persepsi lagi tetapi ia telah bertukar menjadi realiti dan memang benar apa yang berlaku selama ini.
Realitinya pembongkaran video-video sex pemimpin pembangkang gagal mempengaruhi pengundi kerana isu rasuah BN dan isu jenayah domestik lebih dahulu mendapat tempat dalam pemikiran rakyat. Media dan psywar BN gagal.
Minta simpang malaikat 44 mereka yang nak dilantik sebagai Senatot bukan di kalangan pembodek Rosmah atau rapat dengan Rosmah.Jika ini berlaku ia akan parahkan lagi persepsi kepimpinan Najib. 2018 TAK UMNO HILANG DI DUNIA?
ReplyDeleteIsu beg Rosmah lebih kuat dari Isue Video Sex kerana perbelanjaan membeli beg rosmah aja boleh membantu beribu2 rakyat miskin dan bukti mengenai video sex tak pernah disahkan oleh mana Mahkamah ia adalah tulin dan org yg dituduh tak pernah disabitkan kesalahan. Saya rasa kos membuat video sex palsu lebih mahal dari kos membuat replika beg rosmah lagi pun replika beg rosmah dibuat hanya 5th sekali tapi video sex dibuat kerap kali.
ReplyDeleteHarap DSN jadikan semua itu sbg satu pengajaran. Sbg Wanita Pertama jika beliau pakai barang murah pun org tetap kata mahal disebabkan kedudukannya. Jadi, beliau perlu bijak la. Jgn terlalu "Ranggi" dgn gaya yg keterlaluan. Yg penting beliau perlu tonjolkan identiti seorang wanita Islam. Harap2 lepas ni DS Rosmah berubahlah dgn berpakaian yg menutup aurat. Jagalah nama baik laki anda. Kalau nak bergaya pun agak2 lah. Tak perlulah berlebihan dlm penampilan mahupun hubungan sosial. Jgnlah jadikan diri anda sbg alat utk menjahanamkan suami anda.
ReplyDeletetolong pengundi yang mengundi ko...jgn jadi bodoh dengan menolong pengundi yang tidak mengundi ko...
ReplyDelete