Friday, August 30, 2013

KUBUR P RAMLEE – ISU ANTARA HUKUM, KOS DAN HIASAN, MANA SATU UMAT ISLAM HARUS PATUHI?

Pembinaan semula pusara P.Ramlee dan Saloma yang mencecah puluhan ribu ringgit itu hukumnya haram dari sisi agama Islam. Selain ianya satu pembaziran Islam juga mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan kerana tanah kubur itu adalah tanah wakaf dan tidak boleh dibina apa juga binaan berbentuk kekal seperti bangunan atau monumen. 
Ini ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid baru-baru ini menegur tindakan FINAS yang berbelanja sehingga RM23,000 untuk membina semula kubur P.Ramlee yang rosak dihempap pokok.
Menjawab balas kenyataan Mufti Selangor itu Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, langkah itu bukanlah satu pembaziran sebaliknya mahu mengekalkan warisan P.Ramlee dan Saloma supaya dapat memudahkan generasi akan datang untuk menziarahi pusara berkenaan. Malah Finas juga terpaksa mengimport batu marmar dari luar negara untuk kerja-kerja pembaikan itu kerana mahu mendapatkan material sama seperti batu nisan asal.
Persoalannya mana satu kita sebagai umat Islam yang wajib akur? Hukumkah? Jimat kos kah? Hiasankah?. (nada Nujum Pak Belalang). 
Janganlah kita keterlaluan memuja seseorang dan menjadikan kubur P Ramlee seperti kubur Elvis Presley yang penuh dengan hiasan. 
Fahamilah apabila kita telah mati tanah kubur pun bukan hak kita lagi hanya apa yang kita tinggalkan adalah ilmu yang dimanafaatkan, amal jariah dan anak yang soleh.

6 comments:

  1. Mengapa tidak mengunkit pasal makam pahlawan dan kubur Diraja?Mufti hanya penting diri sendiri dan jaga periuk nasi dia jer.

    ReplyDelete
  2. MR..Gua Hira' dimana Rasullullah menerima wahyu, kerajaan Saudi tak ambil perduli beria2..walaupun kita rasa terkilan kerana itu amatlah penting dalam sejarah Islam.

    Apalah Finas ni...sedekah jer duit pada pelakun2 yang miskin dan mengalami kesusahan.
    Finas pun ada orang2 yang otak kurang matang.

    Tabung Finas untuk menolong pelakun2 lama/baru yang uzur dan sakit ada ker?

    Finas ni dah crazy!

    ReplyDelete
  3. FINAS dia bukan tahu apa soal hukum hakam.
    FINAS ialah badan hiburan untuk dunia.
    Mana ada ulamak dekat Finas.
    Sepatunya Finas rujuk dulu pada Jabatan Mufti/Jabatan Agama Islam.
    Kerana ego agakanya Finas sudah membelakangi orang yang berkuasa dalam hal Agama Islam.

    Sepaptutnya kalau nak pulih pun biarlah berpada-pada jangan sampai jadi isu besar dan tanggung dosa kering.

    Eloklah Finas juga kena anjurkan kulaih Agama Islam setiap minggu di Finas.Tarbiah mereka kejalan yang mulia.

    Harap Menteri,KSU,KP Finas,Pengerusi Finas tengok-tengoklah hal ini.
    Kerana mereka juga akan dapat saham yang sama......

    ReplyDelete
  4. 23ribu kos biasa untuk penyelenggaraan sebuah dua kubur bukan untuk pemujaan tetapi penghormatan ke atas jasa2 mereka di dunia...semoga roh mereka mendapat lebih penghormatan di sisi Illahi.

    Kalau tak dibaiki, masyarakat juga mencemuh finas kerana tidak menjaga warisan seniman agung negara - banyak mulut sial yg cukup pandai komen tak berlapik pada kuman di seberang laut tetapi gajah dpn mata - tak berani komen

    ReplyDelete
  5. Umat hari ini mmg bergelumang dgn pelbg dosa, kata hati lbh dituruti dr petunjuk agama. Yg menegur tlh melepaskan tanggungjawabnya, menegur mana yg mampu ditegurnya, semmgnya yg menegur pun bnyk kelemahannya. Bila ditegur telitilah apa yg ditegur, jika benar terima dan ambillah tindakan yg sesuai. Jika tidak diterima, terpulanglah, kita bertanggung jawab di atas semua tindak tanduk dan amalan kita sendiri. Jgn pula kita mencari cari kelemahan dan keburukan sipenegur dan mengapa pula yg lain tidak ditegur, yg lain lbh besar kesalahannya dsb.

    ReplyDelete
  6. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid tu memang berfikiran sempit. Lihat bagaimana kubur Nabi dijaga dan dipelihara, malah Kaabah pun dijaga dengan rapi.Banyak kubur di Ampang tu yang dijaga dengan rapi tak perasan ke Mufti ni.Tak tahu kenapa FINAS kena belanja banyak, buat ala kadar tetapi kubur yang pulih nampak kukuh dan berdigniti cukuplah. Soalnya tak salah membuat kubur yang presentable, alah banyak kubur sultan, wali yang lebih makan belanja dari pemulihan kubur P.Ramlee. Mufti tak kisah ke kubur pewira pejuang kiri Kemerdekaan kita tidak dipeduli langsung padahal mereka telah berjuang menentang penjajah British dulu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.