Sunday, September 29, 2013

WARKAH TERAKHIR CHIN PENG

Berikut adalah warkah terakhir Chin Peng yang dihantar ke salah satu blog pro Komunis. Sejauh mana ketulinan warkah ini kurang pasti. 
Diharap sesiapa yang mengenali minda komunis dapat tampil untuk komen  mengesahkan warkah ini.
Kawan-kawan seperjuangan dan saudara –saudari setanah air yang tercinta.

Apabila anda membaca surat ini, saya sudah tidak di dunia ini lagi.

Niat asal saya ialah meninggal dunia secara senyap-senyap dan membiarkan saudara mara saya mengandalikan sendiri hal-hal pengebumian. 

Akan tetapi, pengaruh daripada kesilapan media pada awal bulan Oktober 2011 yang mewartakan bahawa kesihatan saya telah berada di taraf yang amat kritis meyakinkan saya betapa perlunya saya meninggalkan surat ini.
 

Semenjak menyertai Parti Komunis Malaya dan akhirnya menjawat Setiausaha Agungnya, saya telah menyumbangkan sepenuhnya jiwa dan raga saya kepada usaha parti, iaitu berjuang demi satu masyarakat yang lebih adil dan lebih indah, yang berdasarkan cita-cita sosialisme. 

Kini, apabila saya pergi, sampailah masanya untuk mengembalikan jasad saya kepada keluarga saya.

Saya berasa amat bertuah kerana kedua-dua anak saya bersedia untuk mengurus jenazah seorang ayah yang tidak dapat memberikan mereka kasih sayang, kemesraaan keluarga dan perlindungan semenjak mereka dilahirkan lagi. 

Sayang sekali, saya hanya mampu mengembalikan kasih sayang saya kepada mereka setelah saya melepaskan tugas politik dan tanggungjawab awam. Secara ironi, saya dapat berbuat demikian hanya setelah saya sudah tidak bernyawa lagi dan tidak sanggup memberikan apapun kepada mereka.
 

Apa yang amat dikesali ialah mereka mengenali ayah sendiri jauh setelah mereka mendewasa, seorang ayah yang sudah begitu asing bagi mereka. Saya tidak berhak menuntut mereka memahami dan memaafkan saya. Mereka tidak ada pilihan, Mereka terpaksa menerima realiti yang zalim. Sama seperti ramai keluarga para pahlawan dan kawan-kawan saya yang lain, mereka terpaksa menanggung kesusahan dan penderitaan yang luar kemahuan mereka sendiri. 

Mereka terpaksa menanggunginya kerana keputusan kami hendak mencabar dan mengubah kuasa yang kejam.

Sayang seribu sayang, saya tidak berjaya menziarah makam ibu bapa saya yang dikebumikan di kampung halaman Sitiawan. Saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki di tanah air tercinta, bumi tempat saya dan rakan-rakan seperjuangan saya berjuang menentang kaum penceroboh dan penjajah asing.
 

Saya dan kawan-kawan saya telah menyumbangkan seumur hidup kami kepada usaha perjuangan politik yang kami yakini, dan telah memberikan berbagai pegorbanan. Apabila risiko yang menimpa diri kami, keluarga kami dan masyarakat kita, akan kami terima dengan hati terbuka.

Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut. Mudah-mudahan, jalan yang saya tempuhi ini akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda. Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam.
Selamat tinggal, kawan-kawan seperjuangan yang tercinta!

Selamat tinggal, saudara-saudari setanah air yang dikasihi!

Selamat tinggal, tanah air yang dicintai!

Chin Peng (Ong Boon Hua)

9 comments:

  1. Wtf. Pergi mampus dan mampus pun.

    ReplyDelete
  2. hahaaaaa... aku takkan membodohkan diri aku sendiri dengan mempercayai surat BODOH ko sendiri. tuiiiii...!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Apa tujuan mummy (jarum) memuatkan cerita yang belum dipastikan kesahihan nya ? Apa mummy pun salah seekor yang mendewakan Chin Peng ka ? Something is not right with you mummy...

    ReplyDelete
  4. Atuk kak ipar saya dibunuh komunis...adakah itu memperjuangkan kemerdekaan.

    ReplyDelete
  5. 1977, jenazah sepupu ku mati dlm keadaan berkecai kerana jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis balaci Chin Peng di Kroh (Pengkalan Hulu, Perak) meninggalkan dua anak yang masih kecil tidak tahu apa-apa kehilangan bapa!. Chin Peng tidak ada hak untuk meletakkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya kalau dia boleh memikirkan kerosakan dan bencana yang telah dibuatnya kepada insan lain..

    ReplyDelete
  6. Harap puan bagi kredit kepada blog saya kerana menyunting surat itu dari blog kami.

    http://matamin02.blogspot.com/2013/09/hajat-terakhir-saya.html

    ReplyDelete
  7. Pandai betul Chin Peng berbahasa Melayu selepas berpuloh tahun tinggal di China dan Thailand. Malah pandai pula dia menggunakan perkataan makam dan janazah. Huh... tak masuk akal. Kalau kau orang percaya, kau orang sama macam Mummy juga. Cepat terpengaruh dengan cerita palsu.

    ReplyDelete
  8. hahahhah...wtf & gth CP

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.