Friday, June 28, 2013

JUSUF KALLA TIDAK MENCAMPURI URUSAN DALAMAN POLITIK NEGARA INI.

Di antara tajuk besar muka hadapan Utusan Malaysia hari ini ialah kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu. 
Di dalam satu pertemuan, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. 
Sebaliknya kata beliau ego Anwar sangat tinggi dengan imaginasinya sangat melampau-lampau dan bekeras mahu jadi Perdana Menteri. 
Ramai yang mempersoalkan penglibatan Jusuf Kalla di dalam hal ehwal politik dalaman negara ini. Dari sudut positif tindakan ini boleh diterjemahkan sebagai initiatif Jusuf Kalla di atas semangat darah serumpun dari darah Bugis yang ingin melihat perdamaian rakan Bugis nya Najib Razak. 
Bapak Jusuf Kalla pernah menulis di dalam FB nya “orang Bugis sering dianggap sebagai orang yang berkarakter keras dan sangat menjunjung tinggi kehormatan. Bila perlu demi kehormatan, orang bugis bersedia melakukan kekerasan. Namun di balik sifat itu semua, sebenarnya orang bugis adalah orang yang sangat ramah, menghargai orang lain dan menjunjung tinggi kesetiakawanan, bahkan bersedia menjadi bumper demi kesetiakawanan”. (www.facebook.com/jusuf-kalla/diplomasi-ala-bugis)
Hari ini Anwar berdiri kuat di atas sokongan Cina DAP tetapi Anwar harus juga tidak lupa kekuatan Bugis di rantau ini.
Tulis bapa Jusuf lagi “Meskipun sebagai bangsa perantau, orang bugis selalu membawa identitas bugisnya di mana mana. Beberapa orang-orang di singapura dan Malaysia meskipun sudah menjadi warga Negara sana, dan mereka sudah bergaya hidup modern tapi mereka selalu mengaku sebagai orang Bugis meskpiun sudah merupakan keturunan yang kesekian dan belum pernah menginjak tanah bugis. 
Begitu juga dengan saya, selama terjun ke dunia politik saya tidak pernah melepas karakter bugis saya yang blak-blakan, dan sering dianggap kurang santun bagi mereka yang sangat menghargai etiket. Tapi itulah saya, saya sering mengatakan kepada teman-teman, jangan paksa saya jadi orang jawa. Menjadi orang bugis dan berkarakter keras kadang berguna juga”
Konklusinya, Bapak Jusuf bukan mencampuri hal ehwal politik dalaman negara ini tetapi ianya lebih kepada denyut nadi darah serumpun yang mengalir.

Wednesday, June 26, 2013

DEPA 'OK' CUMA YANG DOK LAGA-LAGAKAN IALAH UTUSAN MALAYSIA DAN HARAKAH DAILY




Melihat visual di atas berbagai tafsiran boleh dibuat. Anwar memang pandai buat lawak sehingga Najib ketawa terbahak-bahak. 

Ada pendapat yang mengatakan Najib dan Anwar depa ’OK’ yang tak ‘OK’ ialah media-media pembodek PM dan media-media pembangkang yang menjadi batu api melaga-lagakan mereka khasnya Utusan Malaysia dan Harakahdaily.

Ada juga pendapat yang lebih extrim menyatakan jarum halus Jusuff Kala untuk menjahit ikatan Najib dan Anwar sudah mula berlajalan.
Ada pula yang  menyatakan kalau Najib boleh berbaik-baik dengan Dong Zong mengapa tidak berbaik-baik dengan Anwar.
Apa pun rakyat berhak mentafsirkan apa juga tafsiran mereka yang tersendiri. 
Seribu macam tafsiran boleh dibuat seperti ungkapan di dalam lirik lagu “IF” oleh kumpulan Bread :-
If a picture paints a thousand words,
Then why can't I paint you?
The words will never show the you I've come to know.
If a face could launch a thousand ships,
Then where am I to go?
There's no one home but you,
You're all that's left me too.
And when my love for life is running dry,
You come and pour yourself on me.
 
If a man could be two places at one time,
I'd be with you.
Tomorrow and today, beside you all the way.
If the world should stop revolving spinning slowly down to die,
I'd spend the end with you.
And when the world was through,
Then one by one the stars would all go out,
Then you and I would simply fly away.
Lagi empat tahun akan tiba pilihanraya ke 14, mungkin 2018. Masa semakin pendek. Semangat PM Najib hari dilihat sedikit menjunam selepas pru13 yang lepas.
Hari ini sangat kurang kedengaran gema, jeritan, laungan dan pekikan semangat sambil menjolok jari “SATU!!!!!....SATU!!!!!.... Satu Malaysia!!!” di dalam setiap penutup ucapannya tidak seperti sebelum pru13 yang lepas.
Mungkin geruh atau badi semangat “Tsunami Cina“ masih bersarang dalam diri Najib sehingga jari yang nak dijolok pun tidak lagi terpacak keras di langit.

Wednesday, June 19, 2013

TAKRIF SEBENAR 10 WANITA YANG PALING BERKUASA DI MALAYSIA

Sumber : ms 5 The Star
The Star semalam mengiklankan paparan 10 wanita yang paling berkuasa di Malaysia. Seperti yang jangkakan no 1 ialah DS Rosmah Mansor, 2- Dr Zeti (Gavenor Bank Negara), 3- TS Michelle Yeoh (Pelakon Hollywood), 4- Dato Ambiga (Bekas Presiden Bar Council), 5– Nurrul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai), 6- Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya), 7- Teresa Kok (MP Seputih), 8- Geethanjali G (Host TV), 9- Datuk Jamelah Jamaludin (CEO Kuwait Finance House (M) Bhd), 10– Marina Mahathir (Anak Tun M). 
Mengikut keterangan pengiklan tersebut, pemilihan ini dibuat berasaskan penglibatan kewangan, pendedahan media dan impak social. 
Jika dilihat daripada ranking no 2 hingga ke 10 ia telah mempamirkan penglibatan tokoh wanita yang sebenar atau tulin kerana tidak ramai yang mengetahui siapa suami mereka. 
Suami mereka tidak pernah didedahkan, mendapat pendedahan atau mungkin tidak mahu tampil bersama isteri atau mungkin malu media @ ‘media shy’. 
Dalam erti kata lain kekuasaan mereka adalah kekuasaan hakiki wanita di atas kewibawaan kaki mereka sendiri tanpa menempel di sebelah kuasa suami mereka.
Hakikatnya wanita yang sebegini mampu bertahan lama dan terus menyumbang kepada masyarakat kerana mereka tidak pernah gusar jika suami mereka tersungkur dalam politik.
Sesungguhnya kekuasaan mereka di luar jakauan kamar tidur dan mereka layak untuk disenaraikan.

Monday, June 17, 2013

MELAYU AKAN MENERIMA HUKUMAN PASARAN

Seorang CEO sebuah syarikat penerbangan berpendapat bagi menguasai pasaran yang terbuka kita harus bergerak tanpa berlandaskan garisan etnik dan jantina. Kita harus menjangkaui pasaran peringkat serantau dan global. 
Kita juga harus sedar bahawa pasaran Malaysia adalah terlalu kecil. Kita di kelilingi oleh pasaran besar seperti China, India dan Indonesia. Malah, pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina adalah jauh lebih dua kali ganda saiz pasaran Malaysia. 
Jadi, untuk hidup kita perlu menjangkau dan aktif melibatkan diri di dalam skala itu. Kita mesti bergerak keluar dari dikuasai oleh agenda politik dari sudut keseluruhan pepecahan serta penguasaan dan bergerak di luar kepompong bangsa. Lupakan kebangsaan. Ada peperangan yang lebih besar di antara Malaysia dan seluruh dunia.
“Apabila saya pulang dari luar negara. Malaysia di dalam tempoh 10 tahun yang lalu telah menjadi terlalu jumud dan tertumpu kepada etnik-centric. 
Sehingga sampai satu tahap di mana saya dan [isteri saya] Azreen menarik keluar anak kami dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara kerana ia merupakan persekitaran sekolah yang sangat berbeza jika dibandingkan ketika kami berada di sekolah 20 tahun dahulu. Ia kini sangat ‘centric-Melayu’ dan terlalu keagamaan.
Kami telah menempatkan anak kami di sekolah persendirian antarabangsa. Sebagai ibu bapa, cabaran kita hari ini ialah sekolah-sekolah kerajaan terlalu polarisasi.
Kita kini perlu aktif mencari persekitaran untuk membesarkan anak-anak kita di dalam suasana berbilang kaum dan kepelbagaian budaya. Anda perlu segera berubah sebelum anak-anak anda tenggelam ke dalam arus perdana polarisasi" Azran Osman Rani (11 September 2009).
Inilah nilai-nilai jaguh Melayu Baru yang akan menguasai pasaran dunia hari ini. Melayu harus sedar bukan setakat pasaran mereka kecil tetapi suara mereka juga semakin mengecil.

NOTA: Berhubung dengan posting yang sebelum ini (Peranan Pengarah Melayu dalam syarikat Cina) MR memohon maaf jika ia menyentuh mana-mana pihak. MR juga 'salute'kepada mereka yang betul-betul bersemangat juang Melayu dengan hala tuju dan strategi yang tersendiri di dalam syarikat tersebut.
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keikhlasan anda.

Saturday, June 15, 2013

LAGI CERITA MELAYU TONGGEK DALAM SYARIKAT CINA - APA IMPLIKASINYA?

Sinar Harian hari ini melapurkan seorang pengarah urusan syarikat Teknologi Maklumat (IT) dan kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh pengarah eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat TV transit digital, Asia Media Group Bhd, Datuk Ricky Wong Shee Kai pada Mei lepas (lihat Sinar Harian).
Umum, khasnya komuniti perniagaan mengetahui bahawa Asia Media Group adalah sebuah syarikat Cina yang melantik seorang Ketua Bahagian UMNO sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif nya. Umum juga mengetahui perlantikan itu hanya lah sebagai boneka untuk mendapatkan lesen dan projek Kerajaan. 
Apabila berlaku kes seperti di atas ianya bukan setakat tempias kepada pengerusi Melayu nya sahaja tetapi juga kepada keseluruhan imej bangsa Melayu itu sendiri. 
"Eh.? You tak tau ke syarikat ini bukan kah Si Fulan bin Si Fulan sebagai Chairman nya?" tanya seorang sahabat Melayu semasa minum pagi tadi sambil membalikkan akhbar Sinar Harian pada saya.
Inilah akibatnya jika ada Melayu UMNO yang sekadar tangkap muat ingin duduk dalam syarikat Cina yang entah dari mana sejarah syarikat nya bermula. Kerana ada syarikat Cina yang bermula dengan hasil wang tauke along dan wang haram. Apabila melantik Melayu UMNO dalam syarikat mereka secara atomatik mereka dapat membersihkan punca datang wang mereka. 
UMNO harus membasuh pemimpin-pemimpin mereka yang ‘tonggek’ kepada Cina dahulu baru mereka layak untuk bercakap tentang perjuangan Melayu. 
Jika tidak mereka seharusnya menyokong sahaja cadangan Parti Gerakan untuk dijadikan 1BN dan kuburkan sahaja UMNO.

Thursday, June 13, 2013

PERANAN PENGARAH MELAYU DALAM SYARIKAT CINA. "CINA TATAK HELAN SAMA MELAYU"

Hari ini kita baca dalam akhbar Utusan Malaysia syarikat milik Cina sisih graduan Melayu. 
Kita juga pernah dilapurkan impak sampingan dari hasil Dasar Ekonomi Baru ialah kewujudan perniagaan Ali–Baba di antara Melayu dan Cina. Ali berkongsi perniagaan dengan Baba tetapi peranan Ali hanyalah broker atas nama Melayu untuk memudahkan Baba mendapat permit, tanah simpanan Melayu dan projek-projek kerajaan. 
Ali hanya menjadi ‘teman tidur’ Baba (sleeping partner) dengan hanya mendapat elaun sebagai ahli lembaga pengarah yang tidak berapa sen manakala perjalanan pengurusan perniagaan masih di bawah kuasa Baba. 
Ali tidak ada suara dalam syarikat Baba dan bila-bila masa jika Baba telah mendapat apa kehendak nya Ali akan ditendang keluar. Habis manis sepah dibuang. 
Hari ini pun masih terdapat ramai Melayu yang dilantik dalam syarikat Cina sekadar berperanan menjadi broker untuk mendekati pak menteri bagi mendapatkan projek kerajaan yang dikuasai menteri Melayu. 
Yang lebih melucukan Melayu-Melayu yang dilantik ini konon cukup kuat keMelayuannya menyalak atas nama Melayu bagai nak rak tetapi dibayar Cina untuk menjadi broker sahaja. 
Melayu-Melayu ini langsung tidak dapat menolong Melayu yang lain kerana mereka tidak ada ‘say’ dalam pengurusan syarikat Cina tersebut. 
Sesungguhnya jenama Melayu dalam negara ini sungguh berharga dan amat menguntungkan bagi oportunis Melayu ‘urban’ dan Melayu elit yang pandai menjual nama Melayu. Melayu di desa dan Melayu pertengahan di akar umbi hanya menjadi alat untuk mendapat sokongan kuasa Melayu dalam pilihanraya. 
Apakah jenama ini masih boleh bertahan? jika Melayu hari ini bukan setakat menjadi pengemis dalam syarikat Cina tetapi lebih parah ialah mengemis undi Cina untuk menang dalam pilihanraya konon untuk mengekalkan kuasa Melayu. 
Padan lah jika “Cina Tatak Helan Sama Melayu” kerana ada Melayu yang boleh dibeli dengan nilai yang begitu murah.

Sunday, June 9, 2013

SIAPAKAH KSU YANG HEBAT ITU?

Visual ini hanya hiasan sahaja
RAMAI yang bertanyakan mengapa terdapat seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian asyik disambung perkhidmatannya walaupun telah bersara. Hebat sangatkah prestasinya hinggakan tiada pegawai kanan lain yang layak menggantikan beliau.

Awang tiada jawapan. Soalan seperti itu patut ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ali Hamsa.

Isu membabitkan KSU itu sudah lama menghantui banyak pihak terutama kakitangan dan pegawai di kementerian berkenaan. Jika dibuat undian sulit sama ada wajar KSU itu dikekalkan, majoriti pasti mahukan perubahan.

Malangnya, setakat ini, suara dan harapan mereka tidak dapat difahami dan diambil kisah oleh pihak atasan.

Siapa KSU itu? Tidak perlu Awang sebutkan tetapi dalam kalangan pegawai kanan perkhidmatan awam, ramai yang boleh mengagak siapa orangnya.

Menjadi desus-desus bahawa KSU itu mampu bertahan lama di sebalik beberapa kontroversi kerana dilihat begitu elit dan berkuasa laksana Napoleon kecil. Menteri pun boleh tunduk.

Pertanyaan susulan Awang, mana lebih utama - imej sektor perkhidmatan awam atau menjaga kepentingan seorang KSU yang pada hakikatnya telah pun bersara. Ali Hamsa tentu ada jawapannya.(Awang Selamat Utusan)
KOMEN:
Kata sahabat menteri yang tak berapa cerdik memerlukan KSU yang hebat untuk menasihati mereka. Manakala KSU yang cerdik akan sentiasa menyimpan kebodohan menteri nya sebagai aset ketika kelemasan.
Rumusannya menteri jangan dibiar terlalu pandai demi survival KSU.

Friday, June 7, 2013

MULA-MULA ‘TSUNAMI POLITIK’ SELEPAS ITU ‘TSUNAMI CINA’ KINI AKAR UMBI UMNO HARUS BANGKIT UNTUK BUKTIKAN KEKUATAN ‘TSUNAMI MELAYU’

Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin. 
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga sudah bersuara supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahuin ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.
Hakikatnya kali ini tiada siapa yang dapat mencegah atau menyekat Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden dari dicabar kerana ruang untuk akar umbi UMNO bangkit dan bersuara telah terbuka luas. 
Pindaan perlembagaan UMNO yang telah diluluskan dalam pehimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 telah membuka pintu kepada 146,500 anggota UMNO untuk memilih siapa sahaja yang mereka mahu. 
Dua di antara tujuh perkara utama pindaan perlembagaan Umno yang telah diluluskan oleh perwakilan pada Oktober 2009 ialah: 
1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing. 
2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).
Sesungguhnya pemilihan UMNO kali ini amat penting kerana ia akan membawa cerminan sebenar kehendak akar umbi dan ia juga akan membawa hala tuju kepimpinan sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang. 
Jika terdapat berbagai pendapat mengatakan UMNO tidak berubah maka kali ini lah masa nya untuk dilakukan perubahaan perdana secara besar-besaran. UMNO sendiri harus melakukan tsunami Melayu sebelum UMNO ditsunamikan dalam pru14 yang akan datang. Kata Elvis Presley “It’s Now or Never”. 
Hari ini akar umbi UMNO melihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh bersuara lagi untuk orang-orang Melayu kerana mulut mereka telah dipalam oleh aspirasi Barisan Nasional sehingga ke tahap menjadi pengecut takut dilabelkan sebagai rasis. Mereka juga takut bukan setakat berkawan tetapi juga untuk berada di dalam majlis NGO-NGO yang berjuang atas kepentingan Melayu. Bukti terkini ialah apabila institusi Raja-Raja dihina oleh cybertrooper DAP pemimpin atasan UMNO tidak berani besuara dan hanya NGO-NGO yang pro aktif bangun sebagai 'champion' menyalak menentang anasir ini. 
Kebangkitan NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka. 
Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan. Pindaan perlembagaan yang diluluskan dengan tepuk sorak dalam dewan PWTC itu mesti diterjemahkan sebijak-bijaknya oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.  
Mungkin jika Najib dicabar dan tumbang kali ini kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak.

Wednesday, June 5, 2013

Tuesday, June 4, 2013

SENIMAN S.SHAMSUDDIN MEMAHAT BANYAK KENANGAN

4/6/2013 - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.


Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.


Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus. (SH)
AL FAATIHAH..

Monday, June 3, 2013

MR MENJAWAB BLOGGER TUN FAISAL ISMAIL "Pasca #PRU13 - Tun Daim bukan 100% benar"

Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain? Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan. 
Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar. 
Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang.(tunfaisal.blogspot.com)
KOMEN: 
Salam Tun Faisal, 
Perbandingan saudara di antara Pilihan Raya Umum 1990, pru 1999, pru2008 dan pru2013 ternyata di luar fakta 'sejarah politik' yang penuh tersirat. Ianya tidak boleh dirumus secara pukal. 
1) PRU1990 kelihatan Tunku Razaleigh menentang Tun M, ia berpunca dari leretan kekalahan Tunku Razaleigh menentang Tun M di dalam perebutan jawatan Presiden UMNO sehingga UMNO di bawa ke mahkamah dan diharamkan pendaftarannya. Susulan dari kekeciwaan itu Tunku Razaleigh dan penyokongnya telah menubuhkan Parti Semangat 46 dan membentuk APU manakala UMNO menjadi UMNO Baru. Atas peristiwa ini ia dilihat pertembungan di antara Tun M dengan Tunku Razaleigh di dalam pru1990. 
2) Begitu juga dalam pru 1999 ia dilihat Tun M menentang Anwar Ibrahim kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO berpunca dari pendedahan tingkah laku buruk songsang Anwar Ibrahim. Dalam isu yang yang sama Anwar Ibrahim turut disingkirkan dari kerajaan. Marah dengan pemecatan ini Anwar telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan membentuk Barisan Alternatif. Pembentukan BA ketika itu masih longgar hanya untuk pru1999. *(Perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama. Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA)  
3) Pru2008 yang sebenarnya bukan Tun Abdullah menentang Anwar tetapi menentang Pakatan Rakyat atau versi baru BA yang lebih kemas strukturnya dan lebih terancang. Gabungan ini dilakukan dengan lebih kemas menyedari kekalahan teruk dalam pru2004 *(PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKR hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi dan DAP memenangi 12 kerusi). 
 4) Saya menyetujui pandangan Tun Daim bahawa “As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008”.  
Sayangnya ini tidak berlaku, DS Najib ke hulu ke hilir membawa mesej nya tetapi di peringkat UMNO bahagian dan cawangan mereka tidak menerap, menyelami dan menyampaikan mesej ini kepada rakyat di akar umbi kerana asyik mengejar siapa yang akan jadi calun baru mereka mahu turun ke bawah. DS Najib dilihat keseorangan di atas. Maksud Tun Daim pakar strategi mestilah fokus isu sebenar di bawah. Setiap kawasan menghadapi isu yang berlainan dan tidak sama isunya 'it should be customized' bukan pukal atau pakej. 
5) Apabila konon pakar strategi atau penasihat seperti Alies Anur turun ke bahagian-bahagian beliau asyik bertanyakan kelompok UMNO tegar mengapa awak tidak mahu menyokong si anu bin si anu? Kerana si anu bin si anu adalah kawan karibnya. Penasihat yang sebegini akan membawa balik mesej kepada Presiden “yes boss, I dah handle boss, everything ok boss, no problem boss, we will win boss and si anu is the best candidate boss”
6) Akhirnya saya harap tuan patut kaji ‘sejarah politik’ dengan mendalam. Maksud saya ‘sejarah politik’ bukan sejarah biasa kerana sejarah yang tertulis di dalam buku adalah tersurat tetapi ‘sejarah politik’ banyak yang tersirat. Terima kasih. 
PEACE!