Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Kedah (PERKASA) telah mengadakan perarakan besar demonstrasi mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin. Ribuan yang hadzir telah mengadakan demontrasi aman di hadapan Mesjid Zahir bagi menyokong Gaza dan mengecam kekejaman Israel.
PERKASA Kedah nampaknya tidak luntur dan masih kekal momentum perjuangannya. Sejak dari awal gerakan menakluk negeri Kedah dari tangan PKR sehingga kini terbukti mereka masih konsisten dan tidak berganjak. Mereka lebih prihatin, sensitif dan mendahului khasnya isu-isu yang bersabit dengan hak Melayu, Raja-Raja dan agama Islam. Ini yang UMNO Kedah gagal dan kelihatan masih lagi tidak berubah.
Seharusnya UMNO Kedah melalui kepimpinan pengerusinya Mukhriz Mahathir bijak menunjang isu-isu global seperti ini tetapi ternyata pancaindera mereka kematu untuk menjadi ‘champion’ di dalam perjuangan ini. Malah Mukhriz sendiri hanya turun sekejap kerana kesibukan dan kalut dengan jadual yang diatur oleh orang-orang sekelilingnya.
Ini berlainan dengan pendekatan Khairy Jamaludin yang bijak mengambil kesempatan apabila beliau menyertai demonstrasi mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin ketika berada di UK baru-baru ini. KJ sempat singgah di London ketika dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland bagi menyertai kontinjen negara di temasya Sukan Komanwel 2014. Di atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah bersama-sama masyarakat di sana dalam satu himpunan yang besar dan beliau telah ‘share’ dalam FBnya dengan generasi media sosial di tanah air.
Akhir-akhir ini terdapat beberapa komen pemerhati menyatakan Mukhriz masih ‘lost’ dan tidak terbukti kewibawaan mengemudi UMNO Kedah yang masih simpang kelewang. Ini bakal menghanyutkan bahtera politik Mukhriz dilambung gelombang jauh berbanding dengan KJ yang sentiasa kelihatan konsisten, bijak dan terancang.
Difahamkan ramai soldadu-soldadu tegar yang menaikkan beliau semasa meragas tangga politik di Kedah dahulu kini telah lari, kecewa dan membawa haluan masing-masing. Mereka meluat kerana orang-orang baru sekeliling Mukhriz telah membina tembok besar sehingga mereka terpaksa melalui saringan yang ketat, padad dan sendad. Mereka ini sebenarnya tidak faham adalah kebiasaan di dalam UMNO, "habis manis sepah dibuang". "Biasa la Bro..." kata seorang rakan.
Hakikatnya Mukhriz kelihatan bersungguh-sungguh bekerja di kampung untuk menghakis status elitisnya manakala KJ dilihat lebih global dan berketrampilan khasnya semasa mengiringi Obama ketika lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia baru-baru ini.
Kegagalan percubaan pertama Mukhriz bertarung sebagai Naib Presiden UMNO yang lepas nampaknya tidak diambil sebagai iktibar dan tidak mustahil Mukhriz akan terus hanyut hilang dilambung gelombang badai politik UMNO yang ganas. Berbinkan Mahathir bukan jaminan lagi.
Anak Mamakutty Kira dah bernasib baik jadi MB atas usaha gigih bapanya di belakang.
ReplyDeleteTak de karisma langsung nak jadi seorang pemimpin.
Orang UMNO Kedah memang dunggu Dan bebal.
Sebuah syarikat perunding di Penang menyipatkan Dato' Mukhriz seorang yang aggressive menarik pelaburan FDI. Mereka meletakkan Kedah sebagai saingan utama Penang. Semua orang boleh menjerit mengutuk Isreal untuk mencari publisiti tetapi apakah tindakan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat palestin yang mereka lakukan.
ReplyDeleteApakah hebat sangat syarikat perunding dari Pulau Pinang? Mengapa dari Pulau Pinang? Nak main politik ka? Kita jangan mudah terperangfkap dengan syarikat perunidng atau rating agensi yang penuh tersirat agenda mereka.
DeleteYang penting periuk nasi rakya hari ini. Mana janji BN Menang Kedah Senang ? Konon akan menaikan hasil tanaman petani.
Petani di Kota Kuala Muda baru-baru ini sawah mereka diserang kupu-kupu puteh mana agensi Kerajaan Negeri yang jenguk dan buat kajian bagaimana menangani penyakit ini?
Rakyat ingin bukti yang lebih realistik dan pragmatik bukannya data-data FDI syarikat perunding yang tidak mengenyangkan rakyat. Data-data itu hanya untuk menyeronokan pemimpin atasan.
Menjerit mengutuk Israel hendaklah dilakukan. Kalau tak menjerit pemimpin itu akan dilihat pondan, lemah dan lembik. Buatlah apa juga tindakkan yang berkesan untuk membantu rakyat Palestin tetapi jeritan mengutuk Israel mesti dilakukan.
Bagi peluang lah bangang ...nak kan hasil sekelip mata buat sendirilah..ingat senang ke nak memimpin orang melayu yang suka mengemis dan mengada gada..kelantan 23 tahun pun masih mrangkak rangkak ni kan Kedah baru 2 tahun..lain lah kalau dah sepenggal..time tu engkau nak melalak no body care..
DeleteSekarang ni mukriz dok sibuk buat kerja untuk memakmurkan kedah supaya orang kedah rasa selesa macam mana kita rasa seperti zaman tun.Tapi budak kj tu asyik berpolitik untuk kepentingan diri ja.
ReplyDeleteKJ sibuk berpolitik untuk jaga periuk nasi dia sendiri..tapi mukriz sibuk utk kepentingan rakyat kedah
Mummy jarum dah kembali kutuk Mukhriz. Asal ada anjing yang menyokong, pasti tulisan itu akan diterbitkan. Mummy busuk hati tapi entah mengapa dan kenapa masih terus berdendam pada Tun dan Mukhriz ?
ReplyDeleteSudah2lah Mammy bertaubatlah tambah2 bulan puasa ni hilang pahala puasa tu.
ReplyDeleteAda 2 janji Mukhriz dengan PERKASA Kedah sehingga kini tak ditunaikan.
ReplyDeleteKalau mukriz yg pi demo kat london kutuk israel ...aku rasa lagi hangpa kutuk dia kaw2.
ReplyDeleteTakkanlah baru tarik fdi hari ni esok hangpa dah nak joli hasilnya. Tunggu la sikit hari lagi baru la rakyat kedah dpt hasilnya.
Yg hangpa dok pitching mukriz dgn kj ni apa niat hangpa? Kj peringkat pusat mukriz peringkat negeri. See the difference?
Kalau berasa pandai sgt hg tawar diri jd mb la...nk hasil serta merta mana boleh..cakap mmg senang..kluaq ayaq lioq x kena byr..kj keje utk populariti ja..mana dominannya utk org melayu islam..jgn jd parasit la..
ReplyDeleteKalau Lim Guan Eng dan perunding kafir (KPMG) pun mengiktiraf daya intelek kepimpinan Dato' Mukhriz, siapa kamu yang asyik buat komen bodoh dalam blog2. Kekuatan seorang pemimpin adalah terletak pada perancangan dan strateginya bukan pada suara. Lihatlah Anwar Ibrahim kecundang jua ditangan DS Najib walaupun beliau diiktiraf sebagai pemidato terbaik dengan ucapan yang berapi2.
ReplyDeleteApapun, saya bukanlah anti KJ, beliau adalah pemimpin pelapis dan bakal PM masa depan tapi selepas Dato' Mukhriz lah itu pun jika BN menang. Tapi kalau Mummy Rokiah asyik dok cucuk untuk pecah belah UMNO, rasa2 next PRU BN boleh kalah.
Pengarang akhbar The Star telah menyusun bakal PM selepas DS Najib iaitu Hisyamudin, Mukhriz dan KJ kerana kefasihan mereka dalam Bahasa Inggeris. TS Muhiyudin lebih tua dari DS Najib dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Sukar diramalkan nasib TS Muhyiddin melainkan DS Najib meletak jawatan dan memberi peluang kepadanya menjadi PM seperti Tun M memberi peluang kepada Pak Lah. Rasa2 elok juga kerana saya yakin DS Najib akan gagal untuk mendapatkan undi orang2 Cina. So, lebih baik UMNO concentrate untuk dapatkan undi orang2 Melayu sahaja dengan melantik TS Muhyiddin sebagai PM. Beliau lebih bersih dan membawa imej yang lebih islamik.
Dok puji KJ buat apa? ada habuan ke? Minta jangan jadi PM jahanam Melayu dan Malaysia, Melayu liberal yang tak boleh diikut.
DeleteSetuju dgn artikel mummy..
ReplyDeleteape punya BANGANG blogger low class ko ni, kau tgk semula sape yg pi GAZA to tahun 2005, dan sape yg BACUL sebelum nak berlayar dah SERAH diri atas alasan KESELAMATAN di port Turkey
ReplyDeleteAnon 12.50 am
ReplyDeleteKau setuju apa ? Cuba beri hujah.
Pakat pakat mimpi nak jadi PM.
ReplyDeleteTahukah anda.
Selepas PRU 14 akan datang UMNO akan jadi pembangkang dalam Parlimen.
UMNO indah khabar dari rupa.
Di Kedah pun UMNO selerak.
Cuba tengok UMNO bahagian yang indah khabar cuma taroh bedak sejujk.
UMNO Baling.
UMNO Kulim,B.Baru
UMNO SP
UMNO Merbok
UMNO P.Serai
UMNO P.Sena
UMNO Sik
UMNO Jerai.
Dulu UMNO gaduh sementara saja.Yang menang jaga yang kalah.Pakat pakat bersatu.
Hari ini.Yang menang pinggir yang kalah.Ketua main teori kroni dan bunuh karektor.
Yang muda pinggir yang tua.Yang tua pinggir UMNO.Lama lama UMNO lingkup.
Mukrij dan barisan nya di Kedah masih ditahap lena.
Banyak dalil nya.Faham sendiri.
Tak payah mimpilah nak jadi PM termasuklah Khairi juga.
realistik,rakyat merasa,mendengar dan melihat..menilai,keputusan kelak,kuasa ditangan rakyat,setuju3..
DeleteMami boleh tak hang jangan dok hentam MB kesayangan kami nanti kami dedahkan sapa hang. Ini warning kami.!!!!
ReplyDeletekawe sebagai rakyat biasa,yg takda kepentingan dlm arena politik,sebagai rakyat yg mampu melihat ,merasa ,mendengar..menilai kerajaan skrg dbwh pimpinan MB kedah dan exco..penah brurusan d pjbt exco ..pndidikan cuma bgi 1 bintang ja,4 lgi taik bintang..
ReplyDelete