Wednesday, July 9, 2014

SIAPA CEMAR SIAPA? CUBAAN MENCEMAR EXCO ATAU EXCO TELAH MENCEMAR AMANAH RAKYAT?



Memang hampir tepatlah pendapat ramai rakan atas pagar yang mengatakan "orang UMNO" kalau dengar sahaja projek Kerajaan tak ubah seperti kucing lapar ikan. Teliurnya menitik sehingga ke dagu. Perebutan projek Kerajaan sesama orang UMNO sendiri sudah lumrah ianya ibarat perebutan sebiji bola oleh 22 pemain dalam gelanggang Piala Dunia.
Di dalam perebutan projek sesama sendiri  ini ada yang menggunakan kaedah tikam belakang, tikam depan, tikam rusuk kanan, tikam rusuk kiri, das kaki kanan, das kaki kiri, lompat tikam dan berbagai lagi malah yang lebih memalukan ada yang sanggup menarik londeh seluar sesama kawan. Apa juga cara diguna pakai untuk mencapai matlamat.
Semuanya hanya berpunca dari saling kejar mengejar projek-projek kerajaan baik yang kecil mahupun yang mega. Baik yang sekenit mahu pun yang gajah. Baik projek jangka pendek mahupun projek jangka panjang. 
Matlamat akhir kesemuanya ini adalah sebagai mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk menabur wang ketika bertarung dalam pemiilihan UMNO yang akan datang. Mereka percaya dengan wang itu kelak mereka mudah menyogok perwakilan dan membeli kuasa.  Dengan wang mereka kekal berkuasa sebagai Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat (itu pun kalau mereka menang pilihanraya).
Blog ini yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat cuba menyuarakan rungutan kontraktor kecil yang periuk nasi mereka sedang dipasirkan maka ada pula penulis yang cuba membela dan konon ada cubaan mencemar imej exco.
Jika diteliti  tulisan di atas ianya amat jelas lagi bersuluh telah membuktikan ada perebutan projek di antara sesama sendiri di dalam UMNO hari ini. ADUN dan Ahli Parlimen tidak ngam kerana berebut projek. Peruntukan projek Ahli Parlimen pun hendak digagau oleh ADUN. 
Kemelut ini berlaku hampir di majoriti di kawasan atau bahagian di dalam negeri kedah di mana Wakil Rakyat  tidak memegang jawatan Ketua Bahagian. Sehinggakan Pegawai Daerah di daerah tersebut pusing kepala. 
Terdapat juga  punca ini berlaku akibat dari desakan kuncu-kuncu dan opportunis yang dulu telah melabur ribuan ringgit dengan memenangkan Si Polan bin Si Polan sebagai Ketua Bahagian dan hari ini mereka menagih kembali hutang mereka yang mereka rasa patut dibayar balik.
Persoalannya bagaimana kah kesudahan semua episod ini? Ke mana kah hala tuju politik BN dan UMNO di Kedah hari ini? Di mana slogan rasuah sifar seperti yang dilaungkan MB, Mukhriz Tun Mahathir? Sedar kah mereka? mereka baru sahaja celik menjadi pemerintah kini sudah nampak belang apabila berlaku perebutan projek kerana mahu cepat kaya.
Bagaimana perasaan rakyat yang memilih mereka dahulu? Akan kekalkah rakyat menyokong BN/ UMNO jika begini lah kelaku dan perangai yang jelas penuh keserakahan.
Memang tepat seperti kata pepatah Melayu “Mati semut kerana gula” dan “Mati UMNO Kerana Harta”. 
"Harta Yang Ada Sekangkang Kera, Menjadi  Rebutan Bagai Nak Gila, Kelak Tergadai Hilang Kuasa, Mata Terbeliak Lari Cempera. Jangan Dok Cari Salah Siapa, Kerana Diri Ampunya Angkara"

14 comments:

  1. Kemarin 1 hari exco ini ada di MOF. Cari projek lagi nampak gayanya. Cuba tanya exco penyamun tu nak minta minit pun minta sampai puluhan K.

    ReplyDelete
  2. Memang tepat mati U MNO kerana harta dan berebut projek.
    Puncanya agihan yang tidak adil.Istilah CLOSE TENDER yang selalu jadi mainan di Pejabat Daerah,SUK,SDO,KEDA,MADA dan lain lain lagi.
    Semua ini wayang belaka.

    Cerita EXCO yang bernafsu besar hingga lupa pada rakyat amat tidak patut sekali.Kalau EXCO pun kaki rembat semua rezeki dan projek di Kedah.PRU 14 nanti bagi orang keliling dia lah undi BN.

    MB Kedah selaku peneraju Kerajaan Kedah kena lihat benda dan isu ini dengan adil dan saksama.Jangan buat pekak badak sahaja.

    Berilah peluang sama rata dan adil pada rakyat juga ada tanggung bela anak bini.

    Apakah gaji dan elaun EXCO atau SETPOL tak cukup ke.Kalau tak cukup carilah kerjaya lain yang tidak gannggu rezeki rakyat.

    Kalau EXCO dan SETPOL pun kalut dengan buat harta kekayaan yang tak betul masa mana nak jaga kebajikan rakyat.

    Diharap MB Kedah tolonglah tengok dan siasat akan hal ini.Kalau tak betul ada unsuir fitnah sila buat penafian segara.

    Jangan jadi pemimpin tamak haloba.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah
    sindri pangkah sindri komplen pulakk

    ReplyDelete
  4. siapa bunuh siapa sekarang ni???

    bila tender bumiputera, yg di pilih harga tender terendah sedang penjawat awam berkaitan tahu harga yang ditawarkan memang tidak masok akal & memang tidak menguntungkan malah tidak mampu untuk disiapkan.

    bila tender tertutup, memang semua kerja2 keji mereka terpaksa tutup sebab harga memang meleTOP.

    bila tender selektif, jangan terkejutlah jika 1 - 5 petender adalah datang dari satu tuan.

    yang ngam-ngam cukup makan terkadang kala macam nak hidup segan sebab kena 'menabur' dari A - Z.

    siapa mahu kita salahkan...

    ReplyDelete
  5. Harap pagar .Pagar makan padi.EXCo gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  6. Baru sedar ke kerja orang UMNO memang kaki rembat, dahulu kini dan selamanya, he he he

    ReplyDelete
  7. sendiri pangkah sendiri komplen,...hahahahah lawak lawak

    ReplyDelete
  8. Tak boleh ke projek tu dikongsi ramai-ramai, dapat sikit sorang ( telah pun dilaksanakan di Rompin Pahang ).
    Masalah sebenar sebab ada individu yang tamak dan dia je yang nak makan besar!....

    ReplyDelete
  9. Contoh yg baik didepan mata. Contoh manusia-manusia yg cintakan dunia dan tak ingat mati. Apa pun bagi org yg beriman tak perlu lah risau. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Ingatlah setiap rezeki yg bukan haknya hanya akan merosakan generasi seterusnya.. Anak cucu akan menyalahkan kita kerana memberi mereka makan dan kemewahan yg bukan hak mereka...

    ReplyDelete
  10. Mummy tau ka dah 30tahun parti malaun dok wayang hidup melayu sampai kini, sebaiknya rendam surkhabar utusan bagi depa minum telan retorik pembohongan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  11. salam...mummy..mohon utk diwar-warkan..blog baru saya. Sanggul melayu diwujudkan semula..kesinambungan Sanggul Melayu yang dulu.

    Salam manis..

    http://cczsanggulmelayu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Klu tanggo ada dalam MH17, MR nak ucap takziah dak?

    ReplyDelete
  13. Tu dia.Bala dah turun melalui MH 17.pasai pemimpin umno tak amanah.
    suka potong rezeki orang lain.
    doa orang ramai .............

    ReplyDelete
  14. carilah harta dunia sebanyak-banyaknya...tapi perlu kamu PASTIKAN bahawa soalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nakir di dalam kubur sekankang kera itu akan dapat dijawab dengan betul....kerana harta itu tidak di bawa ke dalam kubur walau satu senpun... yang di bawa hanyalah keranda dan kain kafan yang nilainya tidak sebanyak harta yang direbut sesama di atas dunia dulu.......cukuplah MATI menjadi pengajaran.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.