Tuesday, July 1, 2014

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK

Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar dalam daerah di Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.
Protes ini  membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontraktor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 
Pemerhati difahamkan kontraktor-kontraktor kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. 
Jika ini berlaku ia pasti akan mencalarkan integriti serta  kewibawaan kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB di Kedah. Dan yang lebih parah lagi ia akan menjejaskan pengaruh Barisan Nasional di Kedah dalam PRU14 kelak dan ketika itu BN akan menangis tidak berlagu. 
Yang sudah pasti setiap kontraktor kecil paling sedikit terdiri dari 20 periuk nasi di bawah mereka sudah pasti tidak akan mengudi BN. 
Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk bangun protes atas alasan periuk nasi mereka dan keluarga mereka telah disamun secara terang-terangan oleh kroni exco ini. 
Mukhriz sudah pasti akan membuat keputusan yang bijak samada mahu menjaga seorang penyamun atau menjaga ribuan periuk nasi kontraktor marhaen yang sedang kelaparan projek.
Semoga dengan kelembutan Mukhriz isu ini dapat di atasi.

7 comments:

  1. Putera Gunung Jerai.July 4, 2014 at 8:27 AM

    Aku dah agak dah.
    Slogan BN Menang Kedah senang sudah terbalik.
    BN menang diKedah yang senang ialah EXCO-EXCO dan Setpol.

    Mungkin ini adalah penamat UMNO nak berkuasa.
    Cukuplah.

    ReplyDelete
  2. betul la slogan tu..bn menang rakyat senang..exco tu bukan rakyat ke?..apala bising bising..

    ReplyDelete
  3. Exco adalah rakyat yg jenis tarbus.

    ReplyDelete
  4. orang yg lahir dh kaya raya dek harta warisan dan ade platform mmg la xkn heran isu ni.., org skrg bila idup sederhana atau susah di kata malas berusaha.., si berusaha ni plak kucing nk lawan rimau.., so patut la bising atas nama menuntut keadilan..

    ReplyDelete
  5. inilah puncanya bila dasar agihan kekayaan yang tidak adil dikalangan rakyat.kalau cara telus dan ikut peraturan tak ada masaalah.berlaku ketidak adilan.ingatlah orang lain pun nak hidup juga.exco itu adalah pemimpin untuk jaga kebajikan rakyat.kalau dia pun jadi lanun berebut rezeki dengan rakyat adilkah itu.
    exco taklayak bolot semua rezeki.atau pun guna proksi.
    akhir zaman bila pemimpin berebut rezeki dengan rakyat.habis ceritalah.
    perut dan temolok mereka saja yg penting.

    ReplyDelete
  6. Microsoft Project (CPM) Freelancer
    Saya menyediakan Work Programme (CPM) dengan menggunakan Microsoft Project bagi semua kerja-kerja pembinaan kontraktor G1-G7 Sebarang pertanyaan..free to watsapp,Line,Wechat at 019-493 8517 Email : zaiafifahrisma@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. exco nie dn setpol tu..ibarat naga dn buaya..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.