Saturday, February 14, 2015

TIDAK BERLAKU GERHANA SEBAB KEMATIAN SESEORANG



Posting di bawah dihantar oleh salah seorang pengunjung setia blog ini. Beliau ingin MR postkan makluman ini yang beliau petik dari website Pejabat Setiausaha Kerajaan Teranganu. SUK TERANGGANU

MR tidak mahu komen panjang dalam hal ini. Jika ada hujah lain sila rujuk ulamak yang muktabar.

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata: 
Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim (anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya (gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

2 comments:

  1. Baik sekali Ustaz Shamsuri bagaikan memberi kuliah mengenai gerhana bulan dan juga bumi dan dengan memetik ayat Al-Quran dan Hadis bagi menerangkan betapa 'power' Tuhan akan ciptaanya. Dalam konteks sains gerhana itu adalah satu fenomena apabila objek langit dalam sistem suria kita itu bagaikan bertemu dalam satu garisan dan salah satu objek itu melindungi sinar sang suria dan memberi gambaran gelap buta beberapa tempoh, dari balam hingga gelap pekat dan kembali semula proses terang sepenuhnya. Fenomena ini tidak membawa apa-apa mudarat terhadap penghuni bumi malah tiada juga ia membawa apa-apa berkat dan fenomena gerhana akan berlaku secara berkala selagi objek-objek berkenaan mengikut hukum fizik.Saintis boleh pastikan dengan tepat sekali bila gerhana akan berlaku dan juga bila gerhana sebelum wujud tamadun manusia telah berlaku.
    Mungkin pada siri kuliah yang lain Ustaz boleh menghuraikan pula fenomena pemanasan global yang mempunyai potensi fatal terhadap tamadun manusia, juga dengan dalil atau mesej yang telah terkandung dalam al Quran dan Hadis bagi manfaat umat manusia muslim kerana mungkin umat Islam masih belum dicerahkan akan fenomena ini. Kebelakangan ini banyak cerita sedih akan kesan yang dilampiaskan oleh pemanasan global, terbaharu terjadi di Kelantan yang mana pemanasan global ( akibat menggondal hutan bertahun-tahun) bertemu dengan banjir maka ramai umat Kelantan jatuh miskin kedana.

    ReplyDelete
  2. Baik sekali Ustaz Shamsuri bagaikan memberi kuliah mengenai gerhana bulan dan juga bumi dan dengan memetik ayat Al-Quran dan Hadis bagi menerangkan betapa 'power' Tuhan akan ciptaanya. Dalam konteks sains gerhana itu adalah satu fenomena apabila objek langit dalam sistem suria kita itu bagaikan bertemu dalam satu garisan dan salah satu objek itu melindungi sinar sang suria dan memberi gambaran gelap buta beberapa tempoh, dari balam hingga gelap pekat dan kembali semula proses terang sepenuhnya. Fenomena ini tidak membawa apa-apa mudarat terhadap penghuni bumi malah tiada juga ia membawa apa-apa berkat dan fenomena gerhana akan berlaku secara berkala selagi objek-objek berkenaan mengikut hukum fizik.Saintis boleh pastikan dengan tepat sekali bila gerhana akan berlaku dan juga bila gerhana sebelum wujud tamadun manusia telah berlaku.
    Mungkin pada siri kuliah yang lain Ustaz boleh menghuraikan pula fenomena pemanasan global yang mempunyai potensi fatal terhadap tamadun manusia, juga dengan dalil atau mesej yang telah terkandung dalam al Quran dan Hadis bagi manfaat umat manusia muslim kerana mungkin umat Islam masih belum dicerahkan akan fenomena ini. Kebelakangan ini banyak cerita sedih akan kesan yang dilampiaskan oleh pemanasan global, terbaharu terjadi di Kelantan yang mana pemanasan global ( akibat menggondal hutan bertahun-tahun) bertemu dengan banjir maka ramai umat Kelantan jatuh miskin kedana.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.