Zam bukan nya orang politik kata beliau sendiri. Tetapi
tanpa disedari Zam terjeromos dalam kancah politik apabila beliau tidak dapat
mengelak dalam arus perdana politik dari zaman Razak hingga Najib. Kepimpinan tidak
pernah mengenepikan tulisan Zam sebagai wartawan politik.
Baru-baru ini Zam buat gempaq kelin konon tak mahu lagi
menulis politik semasa. Tetapi hakikatnya Zam harus sedar bahawa wajahnya, kedut
kulitnya dan rambut putih di kepalanya adalah akibat dari penulisan politik
selama 50 tahun.
Dan gambarnya bersama Daim, Kadir Jasin dan beberapa
blogger telah dipolitikkan sehingga mampu menggugat takhta Kerajaan Najib.
Di akar umbi Zam buat kejutan lagi. Jamuan makan malam Zam bersama beberapa
orang kuat beliau di akar umbi dalam Parlimen Merbok telah menjadi bualan panas
pimpinan politik UMNO Bahagian Merbok kerana terasa mereka tergugat konon ‘Zam is making a
comeback’. Dan yang lebih parah konon Zam ‘is planting somebody’ untuk
jawatan Ketua Bahagian. Nampaknya ligat politik Melayu ini bukan setakat pimpinan atasan malah di bawah juga ligat bagaibola golf.
Bahagian Merbok yang sedang dalam zon selesa menjadi tidak
selesa berpunca dari gambar Zam dan penyokong akar umbi. Wajah-wajah kepimpinan bahagian yang baru balik
bersuka ria ‘golfing’ di luar negara kini terasa miang dan bahangnya. Mana
tidak nya dalam kesedihan bencana banjir di Kelantan masih ada kutu-kutu yang
berfoya-foya di luar negara.
Apa pun jasa-jasa Zam di Merbok masih menjadi bualan khasnya
projek rakyat yang beliau lancarkan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Parlimen Merbok. Projek “English Enrichment Program”. Menurut
lapuran Guru Besar Sekolah Kuala Sin dan Dataran Muda menyatakan sekolah mereka
telah mencapai pencapaian Bahasa Inggeris 100% semasa pelajar mereka mengikuti
program tersebut.
Konklusinya gempaq kelin Zam nampaknya tak menjadi.
Jarum lagi mami keling ni....hmmm
ReplyDeleteSeperti dijangka, akan wujud pelbagai andaian hasil daripada pertemuan Tan Sri Zam dengan kawan-kawan lamanya semalam. Seolah-olah setiap kali ada perjumpaan dan jamuan antara "orang lama" dengan sahabat-sahabat lama, mesti ada konspirasi dan perancangan politik. Dan seperti biasa juga, konspirasi ini akan merujuk kepada "menjatuh" atau "menaikkan" seseorang atau satu-satu kumpulan. Tak habis-habis dengan cerita sebegini walaupun orang yang menganjur pertemuan itu tidak langsung ada agenda Politik. TAPI bukankah tidak ada sensasi jika TIDAK di'spin' sebegini bagi orang-orang politik atau kuncu-kuncu dan upahan-upahannya ???
ReplyDeleteDari sudut lain, bila bercakap tentang Politik, adakah ianya domain ahli-ahli parti poltik sahaja. Orang lain .... rakyat biasa, ahli-ahli pertubuhan dan NGO2 misalnya ..... TIDAK boleh bercakap dan bincang politik ke ??? "If POLITIC is a way of life, then everyone has an equal say".
Isu-isu semasa, keadaan ekonomi negara, geo-politik dalam konteks keselamatan negara dsb perlu dibincang dengan serious oleh rakyat yang prihatin dengan apa yang sedang berlaku dalam negara dan apa yang sedang dilaku terhadap negara kita. Barulah kita boleh dianggap sebagai 'rakyat prihatin" !
Politik dalaman seperti "perebutan kuasa poltik dan jawatan dalam sesebuah Bahagian" adalah perkara kecil jika dibanding dengan ancaman-ancaman terhadap Alif Baa Taa walaupun disedari hubungkaitnya diakui ada tapi begitu minimal sekali. Ertinya, jangan dipandang serong jika melihat kumpulan-kumpulan manusia ( orang politik parti semasa atau yang mantan )sedang berbicara tentang soal Politik negara. Jangan jumud dan sempitkan pemikiran kita. Mereka mungkin memberatkan National Politics daripada memberi tumpuan kepada 'gila-gila dan permainan' politik bawahan. Yang sudah masak dengan asam garam dan sepak terajang politik Bahagian umpamanya, sudah muak dan jemu dengan permainan sedemikian.
Tidak semua orang begitu bodoh untuk membuat penilaian tentang apa yang dinyatakan.
ReplyDeleteGolfing kat luar KL pun di sebut luar negara ke? (lihat gambar dan logo)
ReplyDelete