Saturday, April 11, 2015

CINTA ABADI HANYALAH CINTA ROSMAH KEPADA NAJIB.



Betul kah orang UMNO sokong Najib? Kata Daim orang UMNO hanya taat kepada pemimpin di hadapan sahaja di belakang apabila panik lain ceritanya. Begitu juga kata Rafidah Aziz, Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi kolektif semua yang berada di dalam kerajaan.

Hakikatnya mana ada kesetiaan, kejujuran dan cinta abadi orang UMNO kepada pemimpin UMNO. Sokongan orang UMNO adalah hippokrate. Daim sebagai orang lama dalam UMNO sudah boleh membaca kelaku, tabiat, sifat dan lakonan orang UMNO. Itulah realiti sebenar. Hawsiauuuu…loooo.

Orang UMNO akan sokong kalau dapat wang dan dapat kuasa. Sama ibarat berkahwin dengan isteri mata duitan ”Ada duit abang sayang tak ada duit abang melayang”.

Najib tak boleh dibuai di alam khayal keseronokan dengan harapan sokongan orang UMNO. Najib harus menerima hakikat bahawa cinta abadi  hanyalah cinta Rosmah kepada beliau.

Konklusinya bukan orang UMNO tak sayang kepada Najib tetapi alasan mereka ialah “Not that I loved Najib less, but that I loved UMNO more”

1 comment:

  1. Tu yg ramai sgt tukang kipas, kaki ampu, kaki bodek, cium tangan kaki bagai.. Sokong 200%

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.