Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?. Mundar mandir
dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak menagih sokongan seperti cacing
kepanasan. Tidur lena kah Najib bersama isterinya?
Sokongan dalam cabinet ibarat itik berenang di dalam kolam, Nampak
tenang di permukaan tetapi berkocak kayuh kaki itik di dalam air siapa yang tahu.
Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Setiap penjelasan dan penerangan isu 1MDB oleh jurucakap
Najib menjadi bertambah kerosot bertambah masai sehingga mejadi kerosot-masai.
Penjelasan bukan lagi penawar tetapi penyakit yang melarat dan menjadi kudis
dan tokak membusuk. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Gerak langkah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin
menjadi derap langkah curiga ada kira-bicara. Arah tuju langkah dan senyuman
manis tersimpul tersirat kalam berbisa. Tidur lena kah Najib dalam dakapan
isterinya?
Serangan berisi dan bersiri seorang negarawan Negara bekas
Perdana Menteri bertubi-tubi. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Membangkit mengungkit dengan bangga konon keturunan Bugis
Pahlawan untuk menawan keyakinan rakyat Sarawak tetapi hakikatnya Najib sudah
dicelup oleh penjajah Inggeris yang elit – (Najib mendapat pendidikan rendah
dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej
Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.). Tidak cukup sekadar darah sahaja yang mengalir tapi
jiwa perjuangan sudah dicorak penjajah dan Obama. Tidur lena kah Najib dalam
dakapan isterinya?
Hakikatnya rakyat sedang melihat tarian, lakunan dan seni
cengkerama Najib bersama isterinya. Yakinkah rakyat dengan kenyataan Najib yang
beliau tidur lena dalam dakapan isterinya?
Malam tadi malam jumaat, jadi Najib dgn Rosmah tak tidur. Ia berlanjutan sampai subuh.
ReplyDeleteIni yang menyebabkan Najib tak hadir di dailog "Nothing2Hide". Najib sambung tidur lepas subuh.
Begitu seronok dalam dakapan Kak Ros sampai tak hadir dialog "N2H". Najib oh Najib... semakin kelako perangai dia.. Kita tengokkan aje berapa lama dia boleh tahan. Lagi lama dia hang on to power, lagi menyampah rakyat dengan dia dan keluarga dia. Jangan sampai rakyat mula baling telur or tomato busuk dahlah...
ReplyDeleteApa dah jadi..sampai sekarang tak muncul lagi..??? Takkan sebab tidur lena sebantal dgn si Semah malam tadi sampai overslept. Handal kamu Semah, kemutan kamu masih berbisa sampai tak larat laki kamu masuk gelanggang pagi ini. Sayang sekali forum 'Nothing to hide' bertukar menjadi 'Chicken is hiding'. Cisss Najib.. tak ku sangka Bedak menjadi Powder. Ku kira kau anak raja bugis berdarah panglima rupa2nya Raja Kapur berdarah Pangkosong. Dasar pengecut dgn orang tua seusia 90 tahun pun kamu gentar kecut sembunyi di bawah ketiak bini.
ReplyDeleteKali ini Satu Malaysia benar menjadi realiti kerana Satu Malaysia menyaksi betapa Pembohong & Pengecutnya Pak Pandir Modern ini. Adios amigo.....
Saya rasa dah lama sangat najib tak tido lena disebelah rosmah yang berdengkur.
ReplyDeleteSaya tak kisah berapa ramai menteri kabinet yg akan sokong najib, tapi ingat bila PRU sokongan siapa yg akan beri kemenangan pada BN. Rakyat atau menteri kabinet?
Memang sah2 Najib itu Kecut Penakut, sebab.......
ReplyDeleteKekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'T'. Begitu juga kekuatan Tun Mahathir terletak pada huruf 'M'. Selain itu, fadhilat huruf 'M' menonjolkan istilah berikut :-
M - Mahathir
M - Muhammad
M - Muslim
M - Melayu
M - Malaysia
Semua ciri-ciri ini cukup sinonim dgn keperibadian Mahathir Mohamad, seorang Muslim, perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, pemimpin Melayu bertaraf dunia (world class leader).
Sementara UMNO......
United Malay National Organisation
Under Mahathir No Oppostion
Apa kekuatan yg Najib ada? Telur yang tinggal kecut pun dah kena cawat besi oleh Rosmah.